saya dapati ada 2 agenda dalam tulisan anda:

1- boikot barangan dari israel

saya berpendapat barangan yang di import direct dari israel dan sekutu2nya 
adalah boleh diboikot. tetapi barangan seperti KFC, MD dan lain2 yang setara 
dengannya adalah tidak adil diboikot. sebab empunya perniagaan ini adalah 
terdiri dari orangĀ  islam malaysia dan pekerja juga orang islam malaysia. cuma 
yg digunakan ialah nama atau brand sahaja (sistem franchise) cuba anda 
bayangkan jika semua orang bertindak memboikot barangan dan perkhidmatan ini 
maka tutuplah perniagaan itu dan adakah anda merasakan tanggungjawab anda untuk 
menawarkan pekerjaan kepada bekas pekerja2 ini?

lebih buruk lagi jika pekerja2 ini mempunyai keluarga dan commitment lain? 
siapa yang akan memastikan mereka2 ini survived?

sebaiknya jangan terlalu mengikut perasaan bila berjuang atas nama Islam. 
Haruslah fikir yang tindakan tuan itu mungkin akan menyusahkan umat Islam yang 
lain.

sekian
Iman

--- Pada Sel, 24/3/09, or...@yahoo.com <or...@yahoo.com> menulis:

Daripada: or...@yahoo.com <or...@yahoo.com>
Subjek: Help Palestine [hidayahnet] Sambungan Kisah Ayam
Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Tarikh: Selasa, 24 Mac, 2009, 9:57 PM












            Sambungan Kisah Ayam

Dilulus terbit pada Tuesday, March 24 @ 19:11:08 MYT oleh TokPenghulu

 Oleh kerirooney



"Oleh

kerana sambutan dan penerimaan yang amat hangat sekali ke atas artikel

saya dalam tranungkite. net kelmarin, saya sambung lagi tulisan mengenai

kisah ayam yang dipertontonkan di kaca TV3 beberapa hari yang lalu.



Kisah

cara penyembelihan ayam yang amat diragui oleh Jabatan Agama Islam

Selangor(JAIS) sehingga ditemui 1,863 kilogram ayam yang telah siap

disembelih dengan cara yang salah, akan dipasarkan ke seluruh Selangor

dalam masa terdekat. Dan tidak mustahil, sebelum ini penduduk Selangor

telah memakan ayam yang disembelih dengan cara yang tidak betul itu.



Oleh

sebab hal ini baru ditemui hari ini, bagaimana kalau perkara itu dah

berlarutan sejak bertahun-tahun dahulu. Nauzubillah. ..Apa yang telah

kita makan selama ini? Apa yang telah kita beri makan pada anak-anak

kita untuk membesar dengan sempurna?



Memang la orang ramai

atau kita sebagai masyarakat akan ambil peduli mengenai perkara ini

untuk sementara waktu ini, tapi saya yakin dalam masa beberapa hari

lagi masyarakat akan tidak akan ambil kisah mengenai kisah ayam tidak

HALAL ini dek kerana ianya adalah tidak diberi penekanan sangat oleh

pihak kerajaan pimpinan UMNO-BN.



Samalah juga dengan kisah

kita memboikot barangan keluaran ISRAEL, pada masa Palestin diserang

bertubi-tubi oleh ISRAEL Laknatullah, kitalah orang yang berada di

barisan hadapan sekali dalam memboikot semua barangan keluaran ISRAEL

Laknatullah. Kalau boleh, semua produk dari ISRAEL atau yang memberi

sumbangan kepada ISRAEL hendak kita boikot.



Tapi cuba kita

tengok dan perhati sekarang, berduyun-duyun orang beratur di setiap

Restoran McDonald, KFC, PIZZA Hut dan lain-lain. Seolah-olah jihad yang

kita perjuangkan beberapa hari dahulu adalah untuk sementara sahaja.

Kemana perginya semangat jihad 'kecil' kita untuk membantu umat Islam

di Palestin. Sedarkah kita bahawa dengan membeli produk keluaran ISRAEL

atau yang memberi sumbangan kepadanya, kita seolah-olah sedang

menghantar sebutir peluru kepada penduduk Palestin yang sedang

menanggung derita sengsara. FIKIRLAH! Janganlah kita menjadi orang yang

membuat sesuatu perkara itu bermusim!



Berbalik kepada komen yang

diterima dalam tranungkite. net, ramai yang mengatakan bahawa alangkah

eloknya kalau diwujudkan atau diketengahkan pengeluaran AYAM ORGANIK

keluaran HPA Industries Sdn. Bhd. Cadangan yanag amat bernas kerana

ayam organik HPA adalah dijamin keHALALANnya dari segi hukum syarak,

bukan sahaja kaedah penyembelihan tetapi kaedah penternakannya amatlah

diyakini kerana tidak diberi makan dengan sembarangan makanan seperti

yang biasa diberi kepada ayam-ayam bukan organik.



Cara

penternakannya juga adalah amat berbeza daripada ayam biasa. Secara

ringkasnya, ayam organik HPA adalah bebas daripada penggunaan bahan

kimia tidak halal, selain itu ianya diberi makanan herba serta bebas

daripada penggunaan MSG bagi tujuan menyedapkan rasa yang digunakan

dalam kebanyakan produk masa sekarang. Satu perkara lagi yang menarik

tentang AYAM ORGANIK HPA ialah ramuannya disenergi dengan herba

terpilih yang dikeluarkan khusus kepada semua pengguna Muslim. Kalau

anda hendak mengetahui lebih lanjut, lawatilah laman web HPA.com.my

yang akan memberi gambaran secara jelas dan nyata mengenai AYAM ORGANIK

keluaran HPA Industries Sdn. Bhd.



Apa yang saya ingin nyatakan

disini ialah bukan peluang perniagaan yang amat saya impikan dalam

penulisan artikel ini tetapi masalah umat Islam sekarang yang sentiasa

berdepan dengan permasalahan HALAL dan HARAM yang sentiasa membelenggu

kita semua. Tanggungjawab yang diberikan sebagai khalifah ALLAH di muka

bumi ini menyedarkan saya bahawa kita perlu sentiasa pesan mengingati

antara satu sama lain demi agama ISLAM yang kita cintai. Sebenarnya

saban hari kita tidak sedar tentang status HALAL HARAM sesuatu produk

yang kita makan, dan jika seseorang itu amat sensitif mengenai hal ini,

belilah buku yang dikeluarkan khusus oleh CAP iaitu Persatuan Pengguna

Pulau Pinang mengenai status sesuatu produk di Malaysia. Saya yakin,

anda akan terkejut jika membaca buku itu kerana sebenarnya hampir 90%

produk di Malaysia adalah diragui status HALAL dan HARAMnya!



-www.seepot. blogspot. com-





























      Bolehkah kita makan tumbuh-tumbuhan itu? Ketahui jawapannya di Yahoo! 
Answers. http://malaysia.answers.yahoo.com

Kirim email ke