lebih dalamiĀ  kepercayaan dan ajaran Islam dan cuba untuk mengetahui ajaran 
ugama lain juga, ini boleh memberi kita lebih kefahaman. Tuhan ada banyak nama 
dan hanya 99 sahaja yang wajib kita tahu. hak asasi setiap penganut ugama Islam 
dan ugama lain haruslah di hormati, adalah tanggungjawab kita untuk memastikan 
keluarga dan anak2 kita tidak keliru. Expect more issues in future and we hve 
to be open, ready and able to clear it for the sake of our generation and 
Muslim in general.

Iman

--- Pada Sel, 24/3/09, am...@yahoo.com <am...@yahoo.com> menulis:

Daripada: am...@yahoo.com <am...@yahoo.com>
Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Apabila nama Allah di gunakan oleh  
bukan Muslim
Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Tarikh: Selasa, 24 Mac, 2009, 4:03 PM












            Jika kita orang Islam melaksanakan tanggungjawab kita (1) 
meningkatkan ilmu agama masing2, (2) berdakwah kpd yg bukan Islam mengenai 
Islam, tak ada masalah. Yg keliru jadi cerah.

Masalahnya kita rata2 malas nak belajar dan tingkatkan ilmu.

Bila ilmu kurang, mudah ditipu dan disesatkan oleh yg bukan Islam.
Daripada berubah dan bersungguh2 dalami ilmu, kita lebih suka relaks seperti
sediakala, hanya kita beri amaran kpd bukan Islam: "Kau jgn sesatkan aku!"

Dan kita berharap mereka akan patuh!!! Boleh percaya ka?

AHMAD



2009/3/16  <>


















            Semua makhluk berhak menyebut dan mempergunakan nama Allah, kerana 
Allah tuhan Alam semesta.


Tetapi persoalan nya Allah yang di maksudkan Islam dengan Allah yang di 
maksudkan Kristian berbeza dan tidak serupa.Yang di maksudkan Allah oleh 
Kristian ialah "tuhan 3 dalam satu (Trinity)".


Dan bagaimana pula di kuil, gambar dan patung patung Hindu dan Buddha bila di 
panggil Allah? Tentu akan timbul kekeliruan dan mengancam akidah Umat Islam 
yang tipis Iman dan Ilmu nya.


Lihat di Indonesia nama Allah bebas di gunakan oleh agama bukan Islam.Hasilnya 
kedudukan agama Islam di sana jadi bercelaru.Satu contoh kecelaruan, orang 
Islam dan Kristian boleh kahwin tanpa perlu menukar agama kerana masing masing 
mengaku menyembah Allah.Lepas itu anak anak mereka boleh pilih agama mana 
hendak ikut.Agama bapa nya atau agama ibu nya.Tidak kah ini sudah jadi keluarga 
celaru?


Dari keluarga celaru terbina pula rakyat celaru dan akhirnya di peringkat 
negara bagaimana pula? Boleh kah kita sebut negara IslamKristian atau negara 
KristianIslam?
Kalau begini jadi nya di mana kah letak nya kedaulatan agama wahyu agama Islam 
agama Allah nanti? Apabila sesiapa sahaja boleh pergunakan dan peralatkan 
perkara perkara yang berkaitan dengan nama Allah?



Apa yang saya lihat dan persoalkan ada lah penggunaan nama Allah dari sudut 
amali nya oleh bukan Islam.Kita curiga bagaimana mereka boleh menjaga kesucian 
nama Allah ini sebagaimana kita umat Islam menjaganya.


Bagi bukan Islam apa guna di sebalik nama Allah sedangkan mereka tidak faham 
dan kenal siapa itu Allah.Sekiranya mereka tidak mengerti dan mengenali siapa 
itu Allah maka tidak layak lah untuk mereka menggunakan nama Allah.


Sedangkan kalimah Allah bukanlah satu kalimah sekadar menjadi tulisan atau 
sebutan bagi tuhan semata mata.Ia merupakan nama yang melambangkan Akidah atau 
agama bagi orang yang menggunakan nya.



Kesimpulan:


Sudah tentu "tuhan 3 dalam satu" tuhan agama Kristian bukan tuhan Allah. Maka 
dalam konteks ini mereka tidak boleh guna nama Allah.
Sudah tentu tuhan patung agama Hindu dan Buddha bukan tuhan Allah.Maka mereka 
tidak boleh sebut Allah merujuk kepada patung patung tersebut.
Apa untung nya Umat Islam di Malaysia jika nama Allah di benarkan di guna oleh 
bukan Muslim?
Benarkah melarang mereka guna nama Allah akan membantutkan dakwah.Dan 
menjauhkan orang bukan Islam untuk mendekati Islam?



Orang Kristian tidak perlu menamakan tuhan mereka itu Allah kerana tidak 
tersebut di dalam bible tuhan mereka namanya Allah.Dalam kitab agama Hindu dan 
Buddha langsunglah tidak wujud nama Allah.



Mengapa tiba tiba di Malaysia mereka beria ia mahu guna nama Allah? .Sudah 
tentu mereka ada ajenda.Mungkin untuk mempermudahkan kerja dakyah mereka 
memurtadkan orang Islam dengan memperguna atau memperalatkan nama ALLAH.
Tidak mustahil satu hari nanti gereja gereja di hiasi dengan logo logo tulisan 
Allah.Menara di letak lambang Allah ganti lambang salib.Hingga akhirnya Masjid 
dan gereja nampak kurang perbezaan nya.Siapa nanti akan keliru?



Mereka akan pakai T Shirts berlogokan tulisan Allah.Umat Islam ada hukum 
berkaitan kegunaan nama Allah.Umpama tulisan nama Allah tidak boleh di bawa ke 
dalam tandas dan tempat tempat maksiat dan kotor.Bagi mereka, tidak jadi 
masaalah, mereka boleh bawa nama Allah kemana mana sahaja mereka suka, ke 
tandas, tempat perjudian kerana mereka tidak terikat dengan hukum hukum Islam .

Saya hanya menyuarakan kebimbangan saya.Saya tidak tolak pendapat Dr Asri dan 
TGNA .Tetapi saya lebih setuju dengan pendapat ramai ulama dari JAKIM, dan 
beberapa ulama lain di luar JAKIM.


Realiti nya boleh kah kita jamin agama agama lain, terutama Kristian di 
Malaysia. tidak akan ambil kesempatan mengguna nama Allah sebagai alat untuk 
memesongkan umat Islam yang kian tenat akidah nya hari ini?
.



Salaam & Regards
Amri el Wahab
68000 Ampang, Selangor
MALAYSIA
SMS: 0122441105
http://wahabamri. blogspot. com



















































      Sungguh mudah dan ringkas untuk menambah lebih ramai rakan. Jemput rakan 
anda dari Hotmail, Gmail ke Yahoo! Messenger hari ini! 
http://malaysia.messenger.yahoo.com/invite/

Kirim email ke