Wslm wbt,
     Dua hari lepas saya ke Kuantan atas urusan keluarga. Dalam perjalanan 
pulang ke Kota Bharu saya singgah untuk solat di sebuah masjid (tak perlu sebut 
di mana masjid itu tetapi bukan dalam negeri Kelantan). Selesai solat saya 
beredar melalui koridor masjid untuk keluar mendapatkan kenderaan saya. Sambil 
itu terpandang beberapa notis yang dilekatkan pada papan notis masjid. Saya 
terbaca satu daripada notis yang melarang parti politik terlibat dengan program 
masjid ? dikeluarkan oleh pihak berkuasa negeri yang bertanggongjawab keatas 
hal ehwal masjidlah pastinya. Memanglah perkara ini diketahui umum tapi saya 
tidak pernah lihat notis larangan secara jelas !! Maka apabila larangan seperti 
ini dibuat terlintas dikepala saya siapakah yang nak bercakap soal politik 
dalam Islam ?? Adakah pihak tersebut berani untuk berbuat demikian ?? Mereka 
ini sebenarnya diperalat sahaja oleh musuh-musuh Islam (musuh dalam selimut) 
yang diberi sedikit kuasa.
 Malangnya kuasa dan perintah daripada Allah swt yang lebih besar sanggup 
diketepikan. Maka apa yang akan terus berlaku ialah pemisahan antara politik 
(pentadbiran negara) dan Islam (titah perintah Allah swt). Mereka ajak orang 
Islam bersolat penohkan masjid sekadar untuk solat Jumaat tapi mereka tidak 
pernah nak berusaha menegakkan dan menyempurnakan solat dengan amar makruf nahi 
mungkar !! Tanpa kedua-duanya apakah solat itu bernilai di sisi Allah swt ?? 
Hanya ustaz-uztaz yang dok nggajar bab haid dan nifas saja diberi tauliah bila 
masalah umat Islam yang lebih besar seperti zina dan buang anak dalam longkang/ 
tandas, judi dan arak akan selesai ??
 
     Maka ramai yang akan terus berada pada tahap kefahaman Islam sekadar cukup 
dengan solat, puasa, zakat serta berserah kepada qada dan qadar tanpa kefahaman 
yang betul. Ada yang menunaikan fardu Haji dan bermatian-matian melontar 
batu-batu kearah syaitan tapi bila balik ke tanah air ramai yang terus 
berdamping dengan syaitan-syaitan. Pilih pemimpin-pemimpin syaitan bertopengkan 
manusia (yang pura-pura beriman kepada Allah swt). Tentang isu Perak pemimpin 
Pakatan Rakyat masih bertindak dengan meletakkan undang-undang dan perlembagaan 
sebagai asas memperjuangkan menuntut hak yang mereka percaya mereka masih 
berhak. Apakah ini saudara sifatkan tidak berserah kepada qada dan qadar ?? 
Adakah mana-mana pemimpin Pakatan yang ajak pengikut mereka ramai-ramai bawa 
parang bawa senapang untuk menyerang mana-mana pihak ?? Jika ada yang berkumpul 
dan menunjukkan rasa tidak puas hati dan mungkin ada segelintir bertindak 
sedikit keterlaluan ianya bukanlah
 atas arahan rasmi pemimpin Pakatan !! Pengikut-pengikut pun ada macam-macam. 
Kalau saudara rujuk kepada para sahabat Rasulullah SAW pun ada ramai yang 
bertindak fanatik apabila berdepan isu yang berkaitan dengan Islam yang 
menimbulkan kemarahan mereka, apakah mereka ini tidak percaya kepada qada dan 
qadar ?? Saya mungkin lemah dalam menyampaikan hujah maka jangan dengar apa 
yang saya perkatakan.  Jika saudara benar-benar inginkan iktibar untuk mengenal 
antara yang hak dan yang bathil jadikan al Quran dan Sunnah sebagai hakim !! 
Ikutilah kuliah-kuliah tafsir dari ulamak-ulamak yang tidak berkepentingan dan 
yang tidak berpolitik. Kalau nak dengar kuliah ulamak PAS saudara 
mungkin berfahaman agama suku politik suku !! Tapi tak salah untuk dengar dan 
buat penilaian dengan akal bukan dengan nafsu !! Saya tetap percaya ulamak PAS 
tidak berkepentingan. Kalau mereka berkepentingan dah lama mereka masuk UMNO !! 
Dah lama PAS berkubur !!  Dalam UMNO belum
 jadi pemimpin tinggi pun dah kaya raya dengan mengamalkan rasuah dan 
macam-macam penyelewengan. Ini diakui sendiri oleh pemimpin UMNO bukan oleh 
orang luar !! Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal
 

--- On Sun, 3/29/09, Nazli Ali (Kuala Lumpur)@yahoo.com <Nazli Ali (Kuala 
Lumpur)@yahoo.com> wrote:

From: Nazli Ali (Kuala Lumpur)@yahoo.com <Nazli Ali (Kuala Lumpur)@yahoo.com>
Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] Syabas Kerajaan Pakatan Perak !!
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Sunday, March 29, 2009, 11:27 PM






Salam..
Brader jgn kecil kecil hati dgn org macam kholid ali tu...dalam hidayah
group ni mmg ada segelintir yg berfikiran macam tu...biasalah manusia di
jadikan ada yg panjang akal dan ada yg pendek akal..nak jadi MR POLITIK
lah katakan...kita just tengok jer setakat mana kemampuan dia
berhujah...kalau tk tahan ko gelak jer kuat-kuat kat topis tu...tin milo
kosong kalau di ketuk bunyinya bising...tapi kalau tin yg berisi penuh
kalau di ketuk bunyinya senyap.. renungkanlah. ..

-----Original Message-----
From: hidayah...@yahoogro ups.com [mailto:hidayah...@yahoogro ups.com] On
Behalf Of "[S][H][M][A] [M][I][R] "
Sent: Wednesday, March 25, 2009 7:18 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Syabas Kerajaan Pakatan Perak
!!

Kalau saudara memegang kepada kepercayaan Qada & Qadar sudah tentu
saudara akan dapat menerima setiap kejadian dengan tenang. Sudah
pastilah kalau berlaku kemalangan kepada kereta saya seperti yang
diayatkan oleh saudara itu, saya akan dapat menerima dengan tenang
bukannya nak bergaduh semberono sehingga melingkaQ tidorQ atas jalan
akibat daripada rasa tidak puas hati kerana saya telah bersedia dengan
segala insuran & cukai jalan yg sah. aDA PAHAM....aLHAMDULLI LAH jika
anda sudah paham.

2009/3/17 <KholidAli>



Sekiranya saudara sedang memandu dan berhenti pada lampu isyarat
merah tiba-tiba sebuah kenderaan lain yang dipandu dengan laju dan
melanggar belakang kereta saudara tentu pemandu yang melanggar saudara
sangat bertuah kerana saudara pasti akan berkata kepadanya no problem
dah qada dan qadar nak buat macam mana !! Kalau pun kereta saudara rosak
dengan teruk atas dasar ? "pegangan kuat" saudara kepada qada dan qadar
saudara tentu tak akan tuntut apa-apa dari pemandu yang langgar kereta
saudara !! Mungkin arahan JPJ mengenakan syarat kenderaan mesti memiliki
insuran dan cukai jalan juga bercanggah dengan konsep qada dan qadar
!!?? Elok saudara abaikan saja syarat-syarat tersebut !! Jika saudara
pula yang langgar orang lain dan kalau kakinya patah sekali pun saudara
katakan saja kepada orang yang saudara langgar itu tak perlu buat
laporan polis kerana dah qada dan qadar nak buat macam mana !!
Wallahua'lam.

ibnuAli
kota jembal

--- On Tue, 3/10/09, [S][H][M][A] [M][I][R] @yahoo.com
<[S][H][M][A] [M][I][R] @yahoo.com> wrote:

From: [S][H][M][A] [M][I][R] @yahoo.com
<[S][H][M][A] [M][I][R] @yahoo.com>

Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Syabas Kerajaan Pakatan
Perak !!
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com
<mailto:hidayah...@yahoogro ups.com> >

Date: Tuesday, March 10, 2009, 11:34 PM


Apa pun sebenarnya berbalik kepada ajaran & anutan Islam itu
sendiri iaitu PERCAYA KEPADA QADA & QADAR, kalau tak boleh terima Qada &
Qadar...fikirlah sendiri apa balasannya. Nampaknya sekarang satu persatu
dipertunjukkan olehNya, belang & tembelang pakatan pembangkang merujuk
kepada pas, dap & keadilan sosialis. Tunjuk lah kepada mereka ini segala
hadis & ayat Quran yang berkenaan Qada & Qadar, pasti mereka & sekutunya
takan bersetuju sehingga sanggup sembah derhaka segala.

Sungguh menghairankan rukun Islam itu sendiri dipermainkan oleh
mereka yang berkata memperjuangkan Islam tetapi hanya permainan politik
duniawi mereka sahaja. Dunia akhir zaman.


2009/3/9 <>


Dalam Islam solat itu wajib dan ada juga yang sunat. Apa pun kalau
nak solat kena ada wudhu. Kalau wudhu tak sah maka solat pun tak sah.
Kalau tiada air boleh juga tayamum ganti wudhu tapi kalau air ada dok
tayamum juga tak sah juga tayamum tu. Kerajaan yang dirampas (rompak
kerusi) kerana nak bagi cukup majoriti macam tulah juga. Kalau majoriti
dapat cara tak sah maka tak sahlah kerajaan tu !! Cerita sebenar Sultan
pun tak tahu. Dia bukan macam pegawai polis nak siasat dulu !! SPR saja
yang berlagak dia pun polis, dia juga cawangan khas UMNO !! Rupanya
masih ada juga manusia yang nak balik ke zaman purba yang letak
seseorang pada tahap "maha berkuasa" !! Wallahua'lam.

ibnuAli
kota jembal

--- On Wed, 3/4/09, abu sa...@yahoo. com <mailto:sa...@yahoo. com> <abu
sa...@yahoo. com <mailto:sa...@yahoo. com> > wrote:

From: abu sa...@yahoo. com <mailto:sa...@yahoo. com> <abu
sa...@yahoo. com <mailto:sa...@yahoo. com> >

Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Syabas Kerajaan Pakatan
Perak !!

To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@ yahoogro ups.com
<mailto:hidayah...@yahoogro ups.com> >

Date: Wednesday, March 4, 2009, 5:27 AM

Assallamualaikum. ..

Sudah2 lah tuu....dah Sultan tak suka...terimalah hakikat,
jangan nak membodohkan
diri sendiri . Kononnya perjuangan untuk rakyat.....dah terbukti
wakil dari pembangkang
atau BN yang telah menang tempohari bekerja untuk rakyat .
Bukannya tak habis2 nak
rebut kuasa . PRU 13 bakal muncul lagi...tak lama lagi dah.
Kalau benar rakyat suka kat
PR jangan takut, insyaalah akan menang......

Dikhuatiri perbuatan begini akan mengundang kemarahan rakyat dan
undi yang sepatutnya
untuk PR akan jatuh pula ke tangan BN.
Tambahan sidang DUN tempohari mesti mendapat perkenan
Sultan...bukan ikut suka aje...
Ini melambangkan perbuatan orang yang dah terdesak...mungkin
simpati yang ditagih
dari rakyat...tapi percayale, orang Melayu kalau bab raja2 niii,
mereka memang pantang.

Tak ya nak membodohkan diri sendiri..... .Beri peluang wakil
yang menang menjalankan
amanah dari rakyat tak kira dari PR atau BN.

Wassallam





----- Original Message -----
From: Kholid Ali <mailto:Kholid+ Ali>
To: Ikhwanul Muslimun
<mailto:hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Tuesday, March 03, 2009 1:47 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Syabas Kerajaan
Pakatan Perak !!

Aswt,

Akibat tindakan UMNO/BN yang menguasai segala jentera kerajaan
bukan saja di Perak tapi jentera kerajaan Persekutuan telah bertindak
menghalang sidang tergempar DUN Perak maka sidang tersebut terpaksa
diadakan di bawah pokok. DUN Perak belum dibubarkan jadi mengapa
persidangan dihalang ? Jelas inilah sikap kuku besi pemimpin UMNO yang
tidak mau mendengar suara rayat yang masih sah . Syabas YAB Nizar, lawan
tetap lawan. Ketika Rasulullah berperang melawan kaum Quraisy tentera
Islam hanya sekitar 300 orang tetapi menentang tentera Quraisy yang jauh
lebih ramai iaitu kira-kira 1,000 orang. Nabi SAW tidak mengharapkan
pertolongan dari sesiapa tapi cukuplah dengan pertolongan Allah SWT
untuk kemengangan ll Pemimpin UMNO bersama agen-agen nya yang menzalimi
kerajaan anda mulutnyua saja mengaku Islam tapi hatinya mungkin sama
busuk dengan pemimpim kaum Quraisy yang membenci Nabi Muhammad SAW dan
Islam itu sendiri. Biarlah UMNO dan kuncu-kuncunya tak kiralah polis ka
, SPRM ka mau pun SUK Perak tunjuk sombong dan buat kerja-kerja keji
mereka kerana sebenarnya mereka juga sedang menerima ujian /bala
daripada Allah.

Mereka yang ikut arahan kerana takutkan kedudukan mereka terjejas
akhirnya akan tenggelam dan lemas bersama nikmat dunia yang mereka
perolehi yang mereka sangka ianya pemberian UMNO tapi lupa bahawa
kesenangan dan pangkat mereka itu sebenarnya kurniaan daripada Allah
swt. Maka mereka ? bukan lagi menyembah Allah tapi sebenarnya menyembah
pemimpin UMNO !! Mereka mungkin sudah jauh dari hidayah Allah SWT maka
apakah nasib mereka akan sama seperti Firaun laknatullah yang
ditenggelamkan ke dasar laut sebelum sempat bertaubat ?? Apakah mereka
yang memimpin UMNO terutama bakal pemimpin tertingginya itu ingin
mengikut jejak Firaun dan merebut gelaran Mahafiraun II ?? Wallahualam
!!

ibnuAli
kotajembal

*** RANHILL - WORLEYPARSONS GROUP NOTICE ***
"This email is confidential. If you are not the intended recipient, you must 
not disclose or use the information contained in it. If you have received this 
email in error, please notify us immediately by return email and delete the 
email and any attachments. Any personal views or opinions expressed by the 
writer may not necessarily reflect the views or opinions of any company in the 
Ranhill - WorleyParsons Group of Companies."

















      

Kirim email ke