Minggu lepas jam taqwim solat di Surau Taman Alamanda, Senawang didapati 
hilang. Sebelum tu ada juga perasan ayat Al Quran yang berbingkai  di depan 
mimbar hilang, saya ingatkan ada orang alihkan. Lepas tu tadi 4 April 2009 satu 
lagi ayat Al Quran yang berbingkai juga didapati hilang.

Sahabat saya suruh buat repot polis. Bukan tak nak buat, tapi sekarang ini 
sibuk tugasan lain. InsyaAllah saya akan buat repot polis secara “on line”.

Pada fikiran saya mungkin orang yang mencuri barang-barang tadi ingin menjual 
sebagai perhiasan terpakai. Berapalah sangat yang boleh dijual, mungkin RM 5 , 
paling tinggi pun RM 10. Yang jam taqwim tu pula bukan senang nak jual, sebab 
ada buku cara nak program waktunya, jam diambil , buku tak diambil.

Berbaloikah RM 5 dengan dosa yang ditanggung ambil harta benda surau yang 
didermakan oleh orang ramai. Yang bahagian saya , saya halalkanlah , tapi 
bahagian orang lain, bahagian orang yang dah meninggal dunia. Jawablah sendiri 
dalam kubur dan akhirat nanti.

Kepada semua ahli dan AJK surau dan masjid seluruh Malaysia, berjaga-jagalah, 
sekarang ni musim orang curi apa sahaja untuk dibuat duit.

Apa yang mampu kita buat, solat hajat, berdoa, tawakal.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com




Kirim email ke