Persatuan Institusi Tahfiz Negeri Selangor akan mengadakan lawatan silaturrahim 
ke semua Pejabat-pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di dalam negeri Selangor 
pada bulan April.  Semua pengusaha ma'had tahfiz didalam negeri Selangor, 
samada yang sudah menjadi ahli atau belum dengan PITAS adalah dijemput untuk 
bersama-sama dengan Exco persatuan pada tarikh-tarikh yang tertera didalam blog 
PITAS.  Lawatan ini adalah bagi memulakan langkah kearah 
perbincangan-perbincangan lanjutan dengan pihak MAIS/JAIS untuk memperkemaskan 
lagi pengurusan, penyeliaan dan kebajikan ma'had-ma'had tahfiz di dalam negeri 
Selangor.  Diminta bantuan semua untuk mewar-warkan maklumat ini.  JazakALLAHu 
khairan kathira.

http://tahfizselangor.blogspot.com/



      

Kirim email ke