Mahkamah Buktikan Secara Jelas Nizar Tidak Derhaka

Posted on Monday, April 06 @ 10:02:28 MYT by Paktam
Oleh Badan Perhubangan PAS Perak

Sejak
krisis Perak dicetuskan oleh Umno, parti tersebut tidak henti-henti
menuduh Y.B Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka. Tuduhan
derhaka tersebut dibuat hanya di atas andaian jahat semata-mata. Umno
mengandaikan Y.B Dato’ Seri Nizar derhaka kerana enggan mematuhi
keputusan Y.M Tuanku Sultan Perak.

Meskipun Umno sedar tuduhan
derhaka tersebut tidak mempunyai asas sama sekali namun di atas prinsip
“matlamat menghalalkan cara” yang menjadi teras atau rukun politik
Umno, gendang derhaka tersebut terus menerus dipalu oleh Umno bagi
mendapat undi rakyat dengan cara yang tidak bermaruah. Sejak dari awal
Dato Seri Nizar dan Pakatan Rakyat ( PR ) tidak pernah berniat jauh
sekali menderhaka kepada Y.M Tuanku Sultan. PR dan Dato’Seri Nizar menerima 
dengan terbuka konsep Raja berperlembagaan


PR
boleh dan telah pun mengemukakan bukti-bukti sahih dan kuat yang secara
jelas menunjukkan Umno adalah sebenarnya penderhaka kepada Sutan.
Bukti-bukti yang PR kemukakan adalah bukti-bukti yang boleh diperolehi
secara mudah dari rekod-rekod awam ( public record ) dan rekod rasmi.
Apa yang berlaku sebenarnya adalah penderhaka Umno menuduh Dato’ Seri
Nizar yang tidak derhaka sebagai penderhaka.

Dato’ Seri Nizar
telah memfailkan saman ( semakan kehakiman ) ke atas Dato Dr Zambry di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan antara lain perintah
bahawa Dato Seri Nizar diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang
sah. Memandangkan beliau masih sebagai Menteri Besar Perak yang sah
maka Dato Zambri tidak berhak memegang jawatan tersebut.

Semasa
pendengaran saman tersebut pada 2/4/2009 ( khamis) yang lalu, pihak
Peguam Negara telah bermatian-matian membantah saman Dato’ Seri Nizar
tersebut di atas alasan Dato Seri Nizar sebenarnya mencabar keputusan
Y.M Tuanku Sultan Perak dan keputusan Sultan, menurut Peguam Negara ,
tidak boleh dipertikaikan atau disemak oleh Mahkamah.

Pasukan
Peguam Nizar berhujah bahawa Dato Seri Nizar tidak pernah berniat jauh
sekali mencabar keputusan Y.M Sultan Perak . Peguam Dato’ Seri Nizar
juga bersetuju bahawa kuasa Sultan tidak boleh dicabar di Mahkamah.
Namun bagi mereka yang mahir dalam undang-undang pentadbiran (
administrative law ) , mereka tentu arif bahawa undang-undang
membenarkan Mahkamah bertanyakan kepada mana-mana penjawat awam seperti
Dato Zambry atas kuasa apakah beliau layak memegang jawatan tersebut di
bawah Undang-Undang Tubuh Negeri Perak di dalam keadaan Nizar mendakwa
beliau masih lagi Menteri Besar yang sah.

Pada 3/4/2009 (
Jumaat ) iaitu pada jam 3.50 petang ,Y.A Hakim Dato Abdul Aziz Abdul
Rahim menolak bantahan Peguam Negara dan memutuskan permohonan Dato
Seri Nizar bukan permohonan yang remeh ( not frivolous ) sebaliknya
permohonan tersebut mempunyai merit dan asas yang kuat. Mahkamah
menolak hujah Peguam Negara bahawa Dato Seri Nizar mencabar keputusan
Sultan kerana berdasarkan saman yang Dato’ Seri Nizar failkan di
Mahkamah adalah jelas Dato Seri Nizar tidak menyaman Sultan atau
mempertikaikan keputusan Sultan.

Keputusan Mahkamah tersebut
secara jelas dan terang menunjukkan bahawa sejak dari awal Nizar tidak
pernah mempertikaikan keputusan Sultan . Keputusan tersebut sekaligus
menyangkal dakwaan tidak berasas Umno bahawa Nizar adalah pernderhaka.

Keputusan
Mahkamah membuktikan secara jelas bahawa isu derhaka yang Umno mainkan
selama ini adalah satu politik jahat , politik murahan dan politik
putar belit Umno Beginilah politik Umno dulu, kini dan tak tahu sampai
bila.


Jemputan : Orangkampong

Kirim email ke