Jamil Khir: Dasar Islam termasuk Islam Hadhari dikaji semula

KOTA BAHARU: Kerajaan akan mengkaji semula pelaksanaan dasar Islam di negara ini
termasuk konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh bekas Perdana
Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi memastikan keberkesanan dari
segi pendekatan dan penerimaan rakyat terhadapnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir
Baharom berkata ini adalah di antara beberapa aspek yang akan dilihat
beliau secara mendalam sebaik memulakan tugas dalam portfolio agama
sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib) sendiri sudah memberi mandat
kepada saya untuk melihat perkaraperkara berkaitan dengan agama sebaik
dipertanggungjawabkan memegang portfolio ini," katanya kepada pemberita
selepas merasmikan Multaqa (Pertemuan) GuruGuru dan Penyelia Kelas
Fardu Ain (Kafa) Kelantan 2009 di Pusat Teknologi Pendidikan Kelantan,
Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, beliau juga akan mengkaji kedudukan gaji dan
elaun kakitangan guru Kafa yang diletakkan di bawah seliaan Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Ini kerana guruguru ini penting bagi melahirkan modal insan di
peringkat awal di mana seperti kata pepatah melentur buluh biar waktu
rebung," katanya.

Dalam hubungan ini beliau berkata kerajaan memperuntuk lebih RM221 juta bagi 
melaksanakan program Kafa pada tahun ini.
Ini bagi membiayai bayaran elaun guru dan penyelia sahaja dan tidak termasuk 
untuk lainlain aktiviti Kafa, katanya.
Menurutnya peruntukan itu disalurkan menerusi Jakim.

Selain itu di bawah Kementerian Kewangan pula di bawah waran B.11
Perkhidmatan Am, Perbendaharaan Peruntukan Projek/Program, Jakim
meluluskan sebanyak RM2 juta untuk latihan guru dan penyelia dan
RM340,000 untuk perolehan peralatan bantuan mengajar kelas Kafa tahun
ini.

Jamil Khir berkata, Kelantan adalah negeri tertinggi mendapat
peruntukan setiap tahun di mana tahun lalu negeri ini mendapat
peruntukan sebanyak RM32 juta membabitkan bilangan guru 6,194 orang, 15
penyelia dan 144,439 murid.
Katanya peruntukan itu bertambah sehingga RM37.2 juta pada tahun ini iaitu 
kenaikan sebanyak 16.5 peratus. BERNAMA


OK... apa plak jenama Islam selepas ini huhu... Moga penjenamaan semula ini 
akan memebrikan kebaikan sepenuhnya pada Islam. Amin amin amin.


Jemputan : Orangkampong

 Sila ke : 
respeksblog
respeks_group


      

Kirim email ke