Sedikit kisah hidup Almarhum Ustaz Ali Hanafiah yang dipetik dari laman blog 
Sdr Ali Maidin 
http://sokongpr.blogspot.com/2009/04/ustaz-ali-hanafiah-kembali-ke.html 

************************
Ustaz Ali Hanafiah, veteran Pas Negeri Sembilan meninggal dunia selepas maghrib 
tadi.

Beliau merupakan aktivis utama Pas di Negeri Sembilan sejak era 70an lagi. 
Allahyarham menjadi Yang Di Pertua Pas Kawasan Tampin dan Ketua Dewan Ulama Pas 
Negeri Sembilan.

Kebolehannya berceramah, memimpin usrah, mengajar dan aktif dalam ekonomi, 
suatu yang sukar ditandingi oleh pemimpin Pas masa kini. Walaupun beliau orang 
yang awal dalam menggerakkan Pas di Negeri Sembilan, beliau sentiasa 
mengalu-alukan tokoh-tokoh baru memimpin Pas dan sedia bekerjasama dengan 
terbuka.

Yang mengkagumkan, beliau juga terbuka dengan pelbagai aliran ilmu dalam Islam 
dan menjadi pendokong utama Gerakan Islam di Iran.

Alfatihah untuknya. Semoga Allah mengampunkan dosanya dan merahmati rohnya. 
Amin.




      

Kirim email ke