Kita seharusnya nilai dengan waras dan tanpa prejudice. Tidaklah bermakna 
apabila disebut banyak kali bermakna kaseh dan sayang. Kalau benci pun diebut 
banyak kalai juga mengikut situasi. Adakah telah memahami apa yang ditulis 
dalam Al Qur'an? Bukankah Al Qur'an ada juga menceritakan tentang kesah 
Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul lain ia itu sejak Nabi Adam sampai Nabi Isa, maka 
adakah bilangan sebutan nama nabi-nabi lain itu dibilang sama. Kalau bagitu 
nabi manakan yang disebut namanya banyak sekali?
 
Nabi Muhammad ada kalanya disebut Rasul Allah, ini sebagai ganti nama kepada 
Nabi Muhammad, jadi adakah sebutan Raul Allah itu telah dikira? Bagi saya 
bilangan sebutan nama itu tidak boleh dibuat perakuan sebagai kaseh dan 
kemuliaan, tetapi maksud ayat dan pengiktirafan yang lebih penting. Oleh kerana 
Al Qur'an diturunkan kepada Nabi Muhammad, ada kala dibahasakan 'awak' (Ka) 
dalam Bahasa Arab bermakna 'awak' ia itu dhomir muttasil).
 
Saya tidak mempersoalkan tentang sebutan nama banyak kali atau sedikit, tetapi 
saya suka jelaskan kandungan yang menjelaskan tentang Islam yang dibawa oleh 
Nabi Muhammad. Dalam Al Qur'an ada menyebut "Dan (ingatlah) ketika Isa putra 
Maryam berkata: "Hai Banin Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada 
kamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, ia itu Taurat dan memberi 
khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, 
yang namanya Ahmad (Muhammad)" Maka tatkala Rasul itu datang kepada mereka 
dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang 
nyata". Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta 
terhadap Allah sedang dia diajak kepada Agama Islam? Dan Allah tiada memberi 
petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
Surah Ash shaff ayat 6 dan 7.
 
Saya bukan beremosi tetapi menjelaskan perkara sebenar. Apakah tidak 
diperhatikan bahawa Nabi Isa mengakui beliau membenarkan Taurat yang diturunkan 
sebelomnya. Begitu juga Nabi Muhammad membenarkan tentang Kitab sebelomnya ia 
itu Zabur,
Taurat dan Injil. 
 
Kitab Al Qur'an diturnkan dalam Bahas Arab, mengikut bahasa Nabi, begitu juga 
kitab-kitab dahulu itu diturunkan dalam bahasa nabinya. Hari ini Al Qur'an 
maseh kekal dengan Bahasa Asalnya, ia itu Bahasa Arab. Namun kitab lain itu 
seperti saya dapati dalam bahasa pelbagai, maka dengan sendirinya boleh 
dikatakan keasliannya telah hilang.
 
Bahasa Al Qur'an itu merupakan panduan nahu Arab sehingga ke hari ini. Walu pun 
telah berkurun dari sekarang tetapi Bahasanya tetap kekal dan akan kekal 
sehingga akhir Dunia ini. Kita lihat sahaja pada bahasa selain bahawa Bahasa 
Arab, dalam Dunia ini semua berubah mengikut zaman. Ilmu yang terkandung dalam 
Al Qur'an merangkumi semua ilmu walau pun teknologi bertambah maju, dengan lain 
maksud Al Qur'an sesuai sepanjng zaman.
 
Suka saya jelaskan bahawa Agama yang diterima oleh Allah hanya satu sahaja. 
Bagi saya Agama Islam, berpandukan ayat yang menyebut "Agama yang diterima oleh 
Allah ialah Islam" Dengan ini pada Hari Hisab (Hari Kiamat) hanya mereka yang 
beriman dengan Nabi Muhammad dengan Islam akan diterima oleh Allah. Ini 
bukanlah saya menafikan agama yang dibawa oleh nabi-nabi sebelom Nabi Muhammad 
itu tidak diterima Allah. Bagi mereka yang hidup pada zaman itu mereka benar 
kerana mengikut nabi dimasa itu. Maksud saya setelah datang Nabi Muhammad maka 
dengan sedirinya Agama Islam merupakan hanya Agama yang akan diterima.
 
Sekian buat sementara.     

--- On Mon, 4/13/09, r...@yahoo.com <r...@yahoo.com> wrote:

From: r...@yahoo.com <r...@yahoo.com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Al-Quran lebih memuliakan Jesus berbanding 
Muhammad?
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Monday, April 13, 2009, 10:41 AM










Al-Quran lebih memuliakan Jesus berbanding Muhammad?



Soalan: 

di dalam Al-Quran hanya menyebut tentang Nabi Muhammad sebanyak 5x shj tp Nabi 
Isa sebyk 25x, jd disini mereka (orang2 kristian) katakan Nabi Isa lebih hebat 
..


<<<jawapan>>>

http://ifirrr. blogspot. com/2009/ 04/al-quran- lebih-memuliakan -jesus.html




















      

Kirim email ke