Ramai yg dh tgk rakaman video ni. Ni aku tempek berita pasal si amah tu.
Kisah yg berlaku 2 tahun lepas. Bagi yg ada maid, jika anak anda yg periang
tetiba jadi murung, siasatlah dgn teliti puncanya.

*****


*Amah pijak anak majikan kena 2 tahun
**Berita Harian 3 Nov 2007
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar*

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dihukum penjara selama
24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah
menolak, menendang dan memijak anak perempuan majikannya yang berusia tiga
tahun, Ogos lalu.

Majistret Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Reni Neken, 27,
dari Kupang, Indonesia, berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap, 30 Ogos
lalu.

Reni didakwa mencederakan Goh Ceng Yee, 3 tahun, di ruang tamu rumah mangsa
di No A2-27-08, Putramas 2 Condo, Jalan Kuching di sini, jam 3.25 hingga
3.40 petang, 28 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa
hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit
kesalahan.

Mengikut fakta kes, mangsa yang dipijak di bahagian perutnya oleh tertuduh
sering mengadu kesakitan, namun apabila ditanya punca dia enggan menjawab.

Reni bagaimanapun, hanya memberi alasan mungkin kerana mangsa terlalu banyak
mengambil minum ‘yogurt’. Bapa mangsa yang mengesyaki sesuatu kemudian
mengambil keputusan untuk memasang video kamera tertutup di ruang tamu
rumahnya.
Hasil daripada rakaman itu, ibu bapa mangsa mendapati anak mereka didera
dengan teruk dan membuat laporan polis.

Kirim email ke