Untuk renungan kita bersama..
Kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah letih. Kita sudah
> hilang seri di wajah dan jiwa malah bahasa. Anak-anak juga sudah
> mengantuk ketika saya sampai di pintu menanggalkan kasut. Bilakah
> masanya kita menumpahkan akhlak mahmudah kita kepada anak-anak?
>
> Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah pembantu
> rumah, guru nursery, dan entah siapa lagi. Ibu dan ayah di mana?
> Jawapannya mudah sahaja, SIBUK BEKERJA.
>
>
> Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya
> kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Itu hanya taraf lembu
> membesarkan anak-anaknya. Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang
> lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan,
> pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan
> bersama bekalan yang tidak putus-putus. Apa yang paling utama adalah
> soal jumlah masa yang kita luangkan bersama mereka. Sudah cukupkah
> untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan mereka?
>
> Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada
> pihak lain. Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis. Anak
> buat perangai mungkin semata-mata atas dorongannya untuk mencuri
> perhatian kita.
>
> Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan bapa terhadap
> anak-anak, lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada kita.
> Insaflah wahai ibu dan bapa, jangan mudah melenting, sebelum cukup
> kasih diberi.
>
> Seandainya saya memohon kotak kosong itu kekal dikosongkan,
> janganlah heret saya ke suasana yang menjadikan saya tersepit. Saya
> ada tanggungjawab kepada anak-anak, anda juga sama. Anak-anak dan
> isteri saya, adalah mad'u pertama saya.
>
> Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh, kita singgah di
> Tapah untuk Solat dan makan. Kemudian kita meneruskan perjalanan ke
> Ipoh. Tetapi selepas 15 minit memandu, baru kita tersedar yang salah
> seorang anak kita tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari U-Turn
> dan mulut tidak henti-henti berdoa agar anak yang tertinggal di
> belakang, selamat dan tiada mudarat.
>
> Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan
> untuk berpatah balik menyelamatkan keadaan. Tetapi berapa ramai
> ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua
> yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat, kita
> tertinggal isteri dan anak-anak di belakang. Jika lebuh raya kita
> boleh berpatah balik. Tetapi jika mereka ditinggalkan dari Tarbiah
> dan didikan Islam, ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh
> ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang? Apakah ada satu
> lagi peluang? Jawapannya TIADA.
>
> Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan
> lupa kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita
> terhadap mereka.
>
> Saya hairan semasa membaca sabda Nabi SAW betapa tanda Kiamat itu
> adalah pada ibu yang melahirkan tuannya. Anak durhaka jadi
> > kebiasaan. Mengapa suasana begitu boleh terjadi?
>
> Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman,
> bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja. What you give,
> you get back!
>
> Maafkan Abi dan Ummi!