Surat Husam kepada Dr Zambry
Dato' Husam Musa
Tue | Apr 14, 09 | 10:13:34 am MYT



YB Dato' Zambry Abdul Kadir,
Iklan




ADUN Pangkor, Perak Darul Ridwan.
Assalamualaikum wr wt.
PEMBUBARAN DUN PERAK

Salam, dengan iringan YB dalam keadaan sihat sejahtera.

Kelancaran Pentadbiran Negeri Perak dan kestabilan politik yang
membolehkan urusan kebajikan rakyat dikendalikan dengan baik terganggu
apabila kuasa Kerajaan Negeri Perak dirampas dengan membelakangkan
pilihan rakyat.

YB terlibat sebagai watak utama apabila bersetuju menerima
jawatan MB sekalipun MB yang sah tidak pernah dalam apa jua cara
mengosongkan kerusinya.

Atas takdir Allah, berlaku kekosongan kerusi di Perak
berikutan kematian YB ADR Bukit Gantang di mana satu dari ADUN yang
telah berpaling tadah ada di situ, iaitu DUN Cangkat Jering.

Seperti YB ikuti, calon BN telah tewas dengan majority yang
lebih besar dari pilihanraya umum 2008, sekalipun gambar YB sebagai
'Menteri Besar' tersenyum lebar dan terpampang di mana-mana. Kemenangan
YAB Datuk Sri Nizar telah membuktikan segala-galanya.

Rakyat Perak tidak boleh menerima kerajaan haram yang
membelakangkan pilihan rakyat. Apa lagi semua dasar-dasar yang
diputuskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat telah diteruskan tanpa satu pun
dirombak walaupun UMNO mendakwa dasar-dasar itu merugikan Melayu,
termasuk dasar pemberian milik tanah yang telah terbengkalai puluhan
tahun semasa BN mentadbir Perak.

Saya suka memetik pendapat Dr. Wee Ka Siong, Dr. Cheah Soon
Hai, Pengerusi Gerakan Kedah dan Encik Ismail Saffian, bekas calon BN
di Bukit Gantang sendiri, yang disiarkan dalam akhbar The Star, muka
surat N4 hari ini: bahawa punca kekalahan BN bukan sahaja di Bukit
Gantang, malah juga di Bukit Selambau ialah peristiwa perampasan kuasa
Kerajaan Perak.

Jika calon BN sendiri, seorang ahli UMNO, boleh mengakui
hakikat ini, di manakah YB hendak letakkan muka? Ia bukan sahaja
menyebabkan BN kalah di Bukit Gantang, tetapi kesan negatifnya sampai
ke Kedah.

Selain calon, rakan-rakan parti komponen YB juga secara terbuka menyalahkan 
tindakan berkenaan.
Kalau sudah ahli dan rakan sendiri menyalahkan YB dan parti YB,
tentulah rakyat yang telah membuat pilihan mereka merasa terkilan
berlebih lagi.
Apa lagi yang boleh menghalang naluri murni YB tidak tersentuh dan deria maruah 
YB tidak  terpanggil?

Masihkah mampu YB berdiri tercacak sebagai 'Menteri Besar Perak'
sedangkan pilihan rakyat adalah lain dan rakyat Perak melalui pengundi
Bukit Gantang telahpun menjatuhkan penghakiman mereka?
Kembalikanlah kepada rakyat. Walaupun sudah terlajak, ia masih
boleh dibetulkan jika kehormatan politik dan maruah diri masih utuh dan
tinggi.
Salam

Husam Musa
Naib Presiden PAS
13 Rabi�ul Akhir 1430/
9 April 2009  _

Reply via email to