ASSALAMUALAIKUM....
Saya ingin bertanya dan mendapat maklumat daripada semua. Perkara yg saudara 
maklumkan memg menjadi kerisauan kpd saya dan semua. Majoriti yg bekerja di 7 
Eleven adalah orang Islam. Penjualan arak di setiap 7Eleven dalam bidang kuasa 
kerajaan negeri atau pusat? Kenapa negeri dibawah pimpinan PAS seperti KEDAH 
masih lg membenarkan penjualan arak. Dari ape yg saya ketahui 7Eleven di negeri 
Perlis sudah tidak lg menjual arak. Adakah pengharaman penjualan arak di 
7Eleven ini diluar didang kuasa kerajaan negeri???
Harap semua dapat membantu dan tunjukan cara yg betul untuk memperbetulkan 
keadaan yg merunsingkan.
 
Wassalam....

--- On Sun, 4/19/09, su...@yahoo.com <su...@yahoo.com> wrote:


From: su...@yahoo.com <su...@yahoo.com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Jom Boikot 7 Eleven
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Sunday, April 19, 2009, 10:03 AM








Semasa Mesyuarat Agung PAS Kawasan Rembau kali ke 6 pada Ahad 19 April 2009 di 
Markas PAS Kawasan Rembau di Kg Senama beberapa perwakilan telah membangkitkan 
kerisauan yang amat sangat akan gejala minum arak yang semakin kronik di 
kalangan orang Melayu khususnya di kawasan Rembau.

Ramai perwakilan yang setuju satu langkah yang drastik perlu diambil oleh umat 
Islam yang prihatin agar tindakan 7 Eleven yang menggaji pekerja Melayu menjual 
arak kepada orang Melayu. Walaupun ada terdapat kenyataan bahawa arak tidak 
boleh dijual pada orang Islam namun penguatkuasaannya adalah amat lemah 
memandangkan rangkaian 7 Eleven ini beroperasi 24 jam.

Justeru itu marilah semua umat Islam yang prihatin agar kita semua memboikot 
rangkaian kedai 7 Eleven demi menyelamatkan generasi umat Islam dan bangsa 
Melayu.

************ *******
Sejarah tercipta di N.Sembilan , YDP Kawasan adalah ADUN

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Rembau kali ke 6 yang diadakan pada 19 April 2009 
di Markas PAS Kawasan Rembau telah mencipta sejarah di mana ini adalah kali 
pertama seorang Yang Dipertua PAS Kawasan di Negeri Sembilan ini adalah 
merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri iaitu YB Tuan Haji Mohamad Taufek 
bin Abd Ghani.

YB Hj Taufek telah menang tanpa bertanding. Turut terpilih menerajui PAS 
Kawasan Rembau sessi 2009 - 2011 ialah Sdr Rozmal bin Malakan sebagai Timbalan 
Yang Dipertua , Sdr Mohamad Hassan bin Tamby sebagai Naib Yang Dipertua dan Al 
Fadhil Ustaz Mohd Nazri bin Yusof selaku Ketua Urusan Ulamak.

Majlis Perasmian Pembukaan telah disempurnakan oleh Sdr Zulkefly Mohamad bin Hj 
Omar selaku Pesuruhjaya PAS N.Sembilan dan Majlis Perasmian Penutup telah 
disempurnakan pula oleh YB Dr Dzulkelfy bin Ahmad selaku AJK PAS Pusat.

PAS Kawasan Rembau juga telah mencalonkan YB Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang 
sebagai Presiden PAS dan YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa selaku Timbalan Presiden 
PAS.

















      

Kirim email ke