Saya rasa Sdr Zain ni seorang yang hebat tapi saya kurang 
setuju dengan syarat yang diperkatakan kalau nak buat sesuatu tanyalah diri 
sendiri. Bagaimana sekadar bertanyakan diri sendiri (kecuali seorang yang alim) 
tentang sesuatu yang hendak dibuat itu bakal menyusahkan orang lain atau tidak 
? Nak tau menguntungkan orang lain atau tidak kena juga tanya pendapat orang 
lain. Nak dapat keredaan Allah itu lah yang sebaik-baiknya tapi nak dapat 
keredhaan Allah tak cukup lah sekadar ? tanya diri sendiri. Nabi berwasiat 
selagi kamu berpegang kepada al Quran dan Sunnah ku kamu tidak akan sesat. 
Maknanya hanya dengan berpegang dengan apa yang diwasiatkan oleh Nabi Muhammad 
SAW saja maka orang Islam tidak akan sesat. Maka yang arif dengan al Quran dan 
Sunnah adalah para ulamak (ulamak adalah pewaris para anbiya !). Jadi 
bertanyalah kepada Ulamak (syaratnya ulamak yang berani yang tak takut kat PM 
atau kat Menteri sekali pun kat Raja melainkan takutnya
 hanya kepada Allah swt ) tentang sesuatu perkara / pembangunan yang hendak 
dilaksanakan. Tapi kalau nak buat jambatan yang kukuh kenalah tanya ahlinya 
iaitu jurutera/ arkitek/ juruukur bahan dll !! Yang nak ditanya ulamak itu 
adalah soal dasarnya dari segi Islam. 
 
   Begitu juga tentang pelaboran, kalau nak suruh rakyat melabor dalam amanah 
saham jangan sekadar kempen saham itu saham ini yang boleh dapat untung cepat 
dan lumayan !! Kena lah rujuk ulamak di mana wang pelabor dilaborkan. Kalau 
tempat judi pun dilaborkan adakah Allah akan redha dengan "rezeki" hasil 
pelaboran itu ?. Pernah berlaku rakyat dikempen melabor dalam saham AS.... 
tiba-tiba setahun kemudian ulamak fatwakan sebagai haram. Pernah katanya fatwa 
itu diminta agar tidak diwartakan kerana bimbang pelabor yang beragama Islam 
akan menarik keluar pelaboran mereka. Jadi nak buat pembangunan kena tanyalah 
juga ulamak !! Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal

--- On Tue, 4/21/09, z...@yahoo.com <z...@yahoo.com> wrote:

From: z...@yahoo.com <z...@yahoo.com>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Rugi wang rakyat saja bayar gaji ? 
Profesor/ Profesor Madya !!
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Tuesday, April 21, 2009, 12:12 PM










Yang resah dan takut itu mereka yang kurang mampu atau kurang berupaya mengawal 
emsoi spiritual mereka ( Spiritual Emotional Intelligence nya rendah) - ertinya 
pembangunan membabi buta - kita mesti sentiasa beringat  sebelum melakukan 
sesuatu - Apabila mahu melakukan sesuatu tanyalah pada diri sendiri tiga 
perkara : Pertama, adakah yang akan aku buat ini menguntungkan diri aku? 
Sekiranya jawapannya tidak maka janganlah melakukannya kerana sekiranya 
dilakukan juga maka anda akan tergolong dlm golongan orang2 yang menurut nafsu 
semata-mata dan akan merugikan diri sendiri. Tetapi sekiranya jawapannya, "YA" 
iaitu, sekiranya apa yang hendak anda lakukan ini akan menguntungkan diri anda 
maka anda hendaklah menyusuli dengan pertanyaan kedua, iaitu, apakah yang akan 
nak aku lakukan ini menguntungkan aku tidak pula akan merugikan orang lain 
(atau menyusahkan orang lain)? Kalau jawapannya "YA" maka janganlah meneruskan 
hasrat anda kerana sekiranya diteruskan maka
 anda akan tergolong sebagai orang yang zalim (menyusahkan orang lain itu satu 
kezalimman). Tetapi sekiranya jawapannya, "Tidak menyusahkan orang lain, bahkan 
akan menguntungkan orang lain maka anda hendaklah menyusuli dengan pertanyaan 
yang ketiga, iaitu: Adakah yang aku nak buat ini menunguntungkan diriku dan 
tidak menyusahkan orang lain (bahkan menguntungkan orang lain) diredhai atau 
tidak oleh Allah swt.? Sekiranya tidak diredhai Allah swt maka janganlah 
teruskan hasrat anda itu - walaupun menguntungkan diri sendiri dan tidak 
menyusahkan orang lain tetapi tidak diredhai Allah swt maka anda pasti akan 
menanggung dosa sekiranya diteruskan. Dalam hidup kita mencari keredhaan Allah 
swt. Kebijaksanaan inilah yang menajdi teras Spiritual Emotional Intelligence. 
Malangnya, ramai orang yang tidak memiliki Spiritual Emotinal Intelligence. 
Sekiranya anda bijaksana anda harus belajar daripada kesilapan orang lain. TQ





From: "m...@yahoo. com" <m...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Monday, April 13, 2009 5:13:56 PM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Rugi wang rakyat saja bayar gaji ? 
Profesor/ Profesor Madya !!








Assalamualaikum wrbt.
 
Pembangunan itu penting dalam sesebuah negara, tetapi tidaklah
sepenting pembangunan rohani. Apabila tidak ada keseimbangan
antara keduanya akan wujud masalah. Malaysia boleh berbangga dengan
pembangunannya yang mencakar langit disebut2 di mana negara Asia,
Menaranya, putrajayanya dll. Namun segala itu tak dapat  mententeramkan
hati rakyat malaysia yang semakin lama hidup dalam keresahan, ketakutan,
berakibat daripada kerosakan dan kejahatan, kemaksiatan yang dilakukan
oleh jiwa2 yang rosak ini. Keadaan yang berpaksi kepada material memaksa
manusia2 ini membunuh, merogol, buang anak dll. Di akhir zaman berlaku
seperti apa yang disabdakan oleh Nabi "mereka tak tahu kenapa mereka
membunuh dan mereka tak tahu kenapa mereka dibunuh."
Akibat dari kepimpinan yang bukan seimbang malah rakus dunia.
Buat lah apa saja, rancanglah apa saja tetapi pastikan,
Pembangunan itu untuk keselesaan rakyat, supaya rakyat boleh mengecapi
kemudahan untuk menuju Allah dan juga pastikan segala yang dirancang
dan dibangunkan akan menguntungkan agama Islam. Kalau tak untung
Islam jangan buat.  Kerana perkara sebegini bukan semua orang boleh
buat, hanya yang ada kuasa saja yang bisa.
Kalau tak  jadi juara membangunkan  negara dengan infrastruktur yang
hebat2 pun tak berdosa. Tapi kalau membangun hebat sama hebat
bangunnya maksiat dan kemungkaran.  siapa nak jawab.
 
wasalam.
 
--- Pada Jum, 10/4/09, z...@yahoo.com <z...@yahoo.com> menulis:

Daripada: z...@yahoo.com <z...@yahoo.com>
Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Rugi wang rakyat saja bayar gaji ? 
Profesor/ Profesor Madya !!
Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Tarikh: Jumaat, 10 April , 2009, 8:47 AM






Kalau kamu bijak sangat sila kemukakan perancangan pembangunan negara yang 
menurut pandangan anda paling sesuai untuk negara ini. Heran kerana anda tidak 
berusaha menjadi pemimpin waja untuk negara ini. Orang lain tidak ada kemampuan 
seperti anda agaknya - Anda saja yang bijak. Masuk bakul...





From: "kho...@yahoo. com" <kho...@yahoo. com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Friday, April 10, 2009 7:56:24 AM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Rugi wang rakyat saja bayar gaji ? 
Profesor/ Profesor Madya !!








Perlu pembangunan tapi Membangun Bersama Islam atau Membangun Mengikut Acuan 
Islam !! Jangan membangun saja tapi mengengkari Allah swt. Allahuakbar !
 
ibnuAli
kota jembal

--- On Wed, 4/8/09, z...@yahoo.com <z...@yahoo.com> wrote:

From: z...@yahoo.com <z...@yahoo.com>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Rugi wang rakyat saja bayar gaji ? 
Profesor/ Profesor Madya !!
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Wednesday, April 8, 2009, 12:57 PM






Syabas dan bagus kamu - negara tak perlukan pembangunan - dan apabila tak ada 
pembangunan maka tak perlu belanja dan bila tak belanja tak perlu guna tenaga 
kerja dan bila tak perlu guna tenaga kerja maka anda sendiri tak relevan lagi - 
tak perlu diberi kerja kerana tak ada kerja. Hiduplah sedemikian dan sesudah 
itu komplen kerajaan buat apa? Keadaan mengangur sekarang pun jadi ribut di 
kalangan orang Melayu - bila kerajaan tak perlu pekerja penganggur marah pula - 
bila nak bangunkan negara kata membazir pula - eh eh yang mana betul - saya 
heran - barangkali yang bercakap ni tidak begitu bijak menghubungkaitkan 
pembangunan dengan pendapatan - ekonomi bergerak kerana ada aktiviti 
pembangunan - Kalaulah Malaysia guna pendekatan Brader Anwar Bin Ibrahim dulu 
maka hancur negara - tetapi kerajaan rancakkan perbelanjaan dan banyakkan 
aktiviti pembangunan dan dgn demikian ekonomi cepat pulih dan banyak negara 
telah memuji pencapaian Malaysia - cuma yang tak
 mengerti aje yang komplen. Oleh yang demikian marilah kita sama-sama 
berbondong-bondong kembali ke kampung dan hidup sedentari seperti zaman dahulu 
- Itukah keindahan yang anda cari dalam hidup ini. Bila miskin marah - nak 
jadikan kaya tak mau - Ya Allah - apa nak jadi bangsaku ini. Tak ada yang kena 
- jadi kamu saja yang betul dan orang lain semua bodoh. Syabas sdr yang 
bijakasana. Learn to appreciate what and how the government had provided for 
us. Pada tarikh kemerdekaan dulu semua kita miskin. Nak beli basikal pun tak 
mampu. Tapi setelah maju marah pula kepada mereka yang melakukan sesuatu untuk 
memajukan rakyat miskin. Sdr mungkin lahir kaya tetapi bapa sdr kaya ke? 
Teringat saya satu cerita ketika di London dulu. Ada seorang Melayu mencemuh 
anak2 kampung yang bergantung harap menunggu bisiswa setiap bulan. Dia bermegah 
kerana tidak memerlukan biasiswa ataupun pinjaman kerana bapanya seorang kaya. 
Bila ditanya bagaimana bapanya jadi kaya dia pun
 dengan megah mengatakan bapanya berniaga. Tetapi apabila ditanya lagi 
bagaimana mulanya dia beniaga - jawabnya bapanya dapat bantuan modal daripada 
MARA yang seterusnya membimbing bapanya sehingga berjaya. Jadi inilah manusia 
yang tak bersyukur dan tak menyedar untung - Bapanya kaya kerana adanya usaha 
kerajaan membantu sehingga dia jadi kaya. Tapi malangnya anak tak merasakan 
bersyukur. Seorang anak nelayan diberi biasiswa sehingga ke peringkat PhD dan 
kini seorang profesor di sebuah universiti. Mampukah bapanya membiayai 
pelajaran anaknya ini ke pringkat yang begitu tinggi? Saya berharap sdr befikir 
sejenak - Apa jadi kalau tak ada pembangunan? Keadaan gawat ekonomi dunia kini 
juga akan mendatangkan bencana kepada rakyat semua. Bila harga kelapa sawit 
jatuh siapa yang sakit.  Bila harga getah turun siapa yang susah. Bila orang 
tak ada duit siapa nak beli barang keluaran industri kecil dari kampung? Saya 
kira sdr kena belajar lagi menghalusi sistem
 ekonomi dunia dan ekonomi negara. Hapuskan DEB apa akan jadi kepada anak 
bangsa? Fikirlah. Saya sentiasa bersyukur dengan adanya kemudahan dan 
pembanguan disediakan oleh kerajaan yang bertanggungjawab membela bangsa. 
Mengejar kekayaan dunia tidak dihalang oleh agama Islam - bahkan digalakkan.  
Hanya orang kaya saja mampu berzakat, mampun menunaikan haji, mampu menghantar 
anak belajar tanpa bantuan, mampu membeli rumah dan banyak lagi kemampuan dan 
yang utama mampu bersedekah, mampu membantu anak yatim, mampu menyumbangkan 
wang kepada yang memerlukan. Tapi, tak apalah - syabas kepada sdr yang ingin 
memundurkan diri sendiri. Tapi, jangan ajak orang lain mundur. Selamat berjaya.





From: "kho...@yahoo. com" <kho...@yahoo. com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Wednesday, April 8, 2009 1:27:44 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Rugi wang rakyat saja bayar gaji ? 
Profesor/ Profesor Madya !!









Aswt,
 
    Apabila sesuatu pilihanraya diadakan sama ada yang kecil atau yang umum RTM 
akan jemputlah orang-orang universiti atau pun veteran-veteran dari parti-parti 
dalam komponen BN memberi ulasan. Ketika pilihanraya kecil di dua Bukit iaitu 
Bukit Gantang dan Bukit Selambau serta satu lagi kerusi DUN di Sarawak tempoh 
hari ? RTM telah menjemput seorang ? Profesor untuk membuat analisis tapi tidak 
pasti dari universiti mana !! Antara komen beliau ialah pengundi ? Bukit 
Gantang terlalu emosional kerana memilih calun pembangkang dan menolak calun BN 
yang boleh membawa pembangunan. Jelas Profesor ini berfikir seperti orang 
kampong fikir 30 tahun yang lalu. Ketika itu kempen bermodalkan demi membawa 
pembangunan cukup laku !!
 
    Apakah sebagai orang bijak pandai mereka tidak dapat menilai bahawa rakyat 
bukan semuanya terlalu "kemarok" dengan pembangunan ?? Ramai kini ingin kembali 
kepada nilai-nilai murni seperti Bersih Cekap Amanah (BCA) terutama bagi 
penganut agama Islam. BCA ini adalah slogan yang dicanangkan ketika Mahathir 
menjadi PM tetapi hakikatnya slogan itu hanya meminta rakyat yang amalkan 
bersih cekap amanah tetapi pemimpin tidak terikat dengan BCA tajaan mereka itu. 
Kabarnya Mahathir pun turut kempen juga di Bukit Selambau maka saya pun jangka 
memang BN menempah kekalahan lah kerana rakyat ada yang mudah lupa tapi tidak 
semua !! Ketika dia berkuasa dulu selesai saja pilihanraya macam-macam 
penyelewengan yang mereka lakukan dan kerana agensi yang patut menyiasat pun 
dibawah ketiak mereka maka agensi-agensi ini bukan menyiasat tapi tolong 
bersihkan pula najis pada ekor-ekor mereka yang berkokok dengan slogan BCA 
tadi. Inilah yang membuatkan golongan muda
 sudah muak dengan UMNO/BN.
 
    Dalam pada kita bimbang dengan pelbagai gejala sosial di kalangan muda mudi 
kita sebenarnya masih ramai yang meletakkan pentingnya soal maruah dalam soal 
memilih kepimpinan negara. Mereka tahu siapakah pemimpin yang boleh mereka 
jadikan contoh dan memimpin mereka dan pemimpin mana pula yang cakap tak serupa 
bikin !! Jadi para Profesor janganlah masih dok canangkan soal membangunkan 
manusia dengan kebendaan, tolong-tolonglah fikirkan tentang maruah dan akhlak 
terutama akhlak pemimpin. Mana-mana pemimpin negara yang kurang diyakini akan 
"bersihnya" suruhlah letak saja jawatan !! Bimbang ianya akan jadi ikutan 
sesetengah muda mudi terutama yang Islam (tapi tidak ambil kisah sangat tentang 
Islamnya) sebaliknya dok sibuk tentang ketuanan Melayu !! Hakikatya 
akhlak mereka nak kata Melayu pun tidak nak kata Islam pun tidak !! 
Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal 






Alamat E-mel baru yang tersedia pada Yahoo!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail 
yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!

















      

Kirim email ke