Antara Usrah & Ummah8 11 2008
Assalamu’alaikum.
Dedikasi buat para abi yang terlupa. Akan tapak permulaan tarbiyyahnya…

MAAFKAN ABI
Sudah sebulan lebih aku tak menulis dalam blog ni. Atas kesibukan
yang bertimpa-timpa sejak kebelakangan ni, aku jadi letih. Peperiksaan
akhir tahun, dokumen-dokumen yang semuanya bernotis ‘urgent’, urusan
pemulangan buku teks pelajar… memang betul-betul memenatkan. Emosi pula
kerap hilang stabiliti. Rasa cepat nak marah. Kesian dengan Marsha. Nak
bermanja dengan Abinya waktu pulang kerja. Tapi kena marah pula.
Maafkan Abi ye anje. Abi tak sengaja. Abi cuma seorang ayah yang
biasa-biasa saja. Sedang usaha jadi mithali tapi terkadang ‘tersadung’
juga dalam proses ke situ. Nasib baik ada Ummi yang sudi pujuk permata
hati kami yang sulung ni. Terima kasih Ummi.



Nak jaga hati seorang isteri juga bukan mudah. Aku pun jarang ada quality time 
dengan zaujahku. Kalau aku jadi isteri, aku pun akan rasa perkara yang
sama agaknya. Rasa kurang diberi perhatian. Apa tidaknya. Siang aku
bekerja di sekolah. Malam aku kena buat kerja-kerja dokumentasi.
Menyiapkan kertas kerja-kertas kerja program jamaah. Merancang dan
menyusun atur organisasi syabab. Dengan apa lagi semua itu, dengan
menghadap laptop ni la. Aku mengaku, sejak kebelakangan ni aku lebih
banyak menghadap laptop daripada menghadap zaujahku. Tak hairan la
kalau zaujahku boleh cemburu dengan laptop yang tak bernyawa dan tak
beremosi ni. Abi mintak maaf ye Ummi. Memikirkan masalah ummah memang
satu kerja berat dan perlu komitmen pada tahap tinggi. Harap Ummi dapat
mengerti.

MASALAH UMMAH?
Dalam leka aku memikirkan pendekatan demi pendekatan untuk
mendekatkan ummat manusia kepada Islam, hati aku seolah senak. Seolah
otakku buntu berfikir apa-apa. Lebih kurang 10 minit hang begitu saja. Kenapa 
gamaknya ye? Baru tadi, aku mengkoreksi diri
semula. Ummah itu datang dari mana? Apakah dakwah itu disebar kepada
mad’u yang wujud secara tiba-tiba? Para pendakwah yang akan menyambung
mata rantai perjuangan ini asalnya di mana? Astaghfirullahal’adzim!
Patut saja kalau Islam sukar diterima masyarakat. Kerana da’ei sendiri
lupa permulaan tapak dakwahnya. Usrahnya. Kepentingan membangunkan dan
memantapkan fikrah keluarganya.

Patut saja dakwahku kekadang ‘tidak sampai’ ke hati manusia. Kerana
keluargaku sendiri aku sisih dari rangkulan dakwah yang berterusan.
Kesian keluargaku. Dalam pada kesibukan Abi menanam dan
membina tunas-tunas baru, Abi terlupa dengan organisasi utama Abi
sendiri yang kurang perhatian tarbiyyah. Sedangkan dari sinilah Abi
mendapat motivasi kekuatan dan semangat. Mencambah keazaman dan
dedikasi. Masalah ummah yang Abi fikirkan selama ini sebenarnya dimulai
dari komuniti kecil yang Abi miliki sekarang ini.

KENGERIAN DI PENGHUJUNG ZAMAN
Aku cukup ngeri bila mengenangkan apa yang telah berlaku dan sedang
berlaku di persekitaranku. Di sekolah, baru-baru ini berlaku lagi
kejadian zina di kalangan pelajar-pelajar. Namun kali ini, pelajar
dengan pekerja kantin asrama. Astaghfirullahal adziim! Aku jadi takut
dengan keadaan yang semakin parah ini. Dulu, kejadiannya berlaku di
dalam surau. Tempat azan dilaungkan. Tiba-tiba menjadi tempat nafsu
tunggangan syaitan beroperasi. Bila ditimbang-timbang… institusi surau
juga tidak berperanan. Aku juga sendiri sebagai guru kurang berperanan.
Makanya, surau menjadi tempat yang semakin jauh dari hidayah. Bukan
lagi menjadi tempat manusia mendekatkan diri kepada Allah. Maafkan aku
Tuhan atas kelemahan diri ini.

Teruk sudah masyarakat Islam. Sudahlah disuntik dengan ‘ubat Yahudi
dan toghut’ setiap hari. Di TV, di surat khabar. Di siber. Islam
sekadar hasil cetakan di kad pengenalan. Membesarkan anak dalam keadaan
persekitaraan masyarakat yang serba negatif membuat aku jadi takut
dengan apa yang bakal dihadapi oleh Marsha dan anak-anakku yang lain di
masa depan nanti. Apakah ‘hidangan’ sosial yang bakal mereka lalui
nanti? Cukuplah Allah sebagai penolongku dalam menjalani kehidupan
sebagai seorang suami dan seorang Abi.

Sumber :  ikhwanmuda

Kirim email ke