Gerakan dakwah di Selangor bakal diperkasakan 
Muhammad Arif Ismail 
Wed | May 27, 09 |  8:08:22 am MYT

  
SHAH ALAM, 27 Mei (Hrkh) - Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor
yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Dato'
Dr Hasan Ali berkata gerakan Islam bakal diperkasakan dengan
memperbanyakkan program dakwah di negeri ini. 
Iklan   
 
   
    
"Apa yang saya harapkan ialah natijah yang baik iaitu tidak lain dan
tidak bukan, Kerajaan Negeri kena memperkasakan lagi gerakan Dakwah di
Selangor," katanya. 


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan
Program Konvensyen Dakwah Negeri Selangor tahun 2009M bersamaan 1430H
Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dekat sini
semalam. 


Program ini dianjurkan oleh Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam
Selangor (Jais) turut dihadiri oleh Pensyarah Universiti Malaya, Ust
Roslan Mohammad dan Pendakwah Bebas, Abdul Ghani Shamsudin dan Mufti
Selangor, Dato' Mohd Tamyes Abd Wahid. 


"Ini merupakan siri-siri lanjutan yang diadakan tahun lepas,
pada hari ini kita dapat mengumpul seluruh Selangor, daripada
universiti, pertubuhan, jabatan kerajaan dan swasta. 


"Bagi membincangkan beberapa kertas kerja yang dibuat oleh
beberapa orang pendakwah yang terkenal di Negara kita seperti Ust
Roslan Mohammad dan Abdul Ghani Shamsudin," katanya.
<>P>
Ahli Dewan Undangan (Adun) Gombak Setia itu juga berkata, sambutan
kepada Konvensyen ini sangat baik, kehadiran pun sangat baik, kertas
kerja pun disampaikan dengan begitu baik oleh pembentang yang
berkaliber. 


Sementara itu, katanya, bagi memperkasakan gerakan dakwah di
Selangor katanya, Kerajaan Negeri akan mengadakan program bulanan yang
dipanggil Forum Perdana Ehwal Islam bersiri dan bersilibus. 
"Apa yang dimaksudkan dengan bersiri ialah program ini diadakan
setiap bulan, setiap hari sabtu malam Ahad, minggu kedua setiap bulan. 


"Apa erti bersilibus ialah ia mencakupi empat kompenan utama dalam Islam, iaitu 
Akidah, Syariah, Akhlak dan juga Ibadah. 
"Pada 13 Jun ini, kita akan mengulas mengenai kedudukan,
menangani permasalahan akhlak dalam masyarakat, keluarga dan remaja
bahkan warga emas pun menghadapi pelbagai masalah akhlak," jelasnya. 


Menurutnya, bagi menangani isu permasalahan akhlak yang semakin
menular sekarang, pada minggu lalu, Kerajaan Negeri telah mengadakan
perbincangan dengan 100 wakil dari peniaga arak. 


"Apa yang kita buat sekarang ialah kita mendengar luahan dari
pengusaha kedai yang menjual minuman ini di premis masing-masing di
seluruh negeri ini seperti 7 Eleven, Tesco, Giant dan Carrefour. 


"Hasil perbincangan ini nampaknya menjurus ke arah positif.
Namun, ada pihak kurang memahami mengenai isu ini kerana mereka kurang
memahami enakmen yang ada di Negeri ini. 


"Selagi kita tidak membaca enakmen jenayah Selangor dan enakmen
pentadbiran agama negeri Selangor selagi itulah kita tidak dapat
sebenar nak meletakkan kedudukan arak. Sama ada dikaca mata orang bukan
Islam dan orang Islam,"jelasnya lagi. 
Tambahnya lagi, apabila semua rakyat Selangor sudah memahami
peruntukan yang ada dalam Enakmen ini. Pertama, minuman arak ini
ditegah kepada orang Islam sahaja. 


"Kedua, kalau yang bukan Islam ditetapkan 18 tahun kebawah
tidak dibenarkan sama sekali untuk membeli minuman arak di
premis-premis perniagaan dan 18 tahun keatas diharuskan untuk membeli. 


"Ketiga, kita juga telah memikirkan apa juga cara-cara terbaik
supaya penjualan arak dapat diasingkan dengan penjualan minuman lain
dan juga kita juga akan membuat iklan yang besar yang mengatakan dari
segi Islam arak adalah haram ditegah membeli arak," ujar beliau. 


Beliau berharap agar orang melayu yang beragama Islam dapat menghindarkan diri 
dari tegahan Allah. 
"Sesiapa sahaja orang Islam tidak dibenarkan langsung ada yang
mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung tentang arak ini. 


"Hatta yang memproses arak diharamkan begitu juga yang
menghidangnya, mencuci gelasnya pun haram dan menama pokok untuk
dijadikan arak pun tidak boleh," katanya. 


Sementara itu, Abdul Ghani Shamsudin dalam pembentangan kertas
kerja yang bertajuk, 'Teknologi maklumat sebagai medium dakwah yang
berkesan' menegaskan, pendakwah perlu memiliki kemahiran untuk
menelusuri pelbagai laman rujukan untuk hasil terbaik. 


"Mereka perlu bijak, pandai memilih dan tahu kaedah
memanfaatkan wahana ini dengan pencarian Google perkataan 'al Quran
Online' menunjukkan 1,990,000 pautan yang berkaitan dengan perkataan
itu. 


"Antara laman web al Quran yang berfaedah ialah holyquran.net,
al-islam.com, terjemahan al quran, rujukan seperti tafsir online dan
belajar baca al quran serta berkenaan dengan hadith pula dapat diikuti
di Islam Web Net," katanya. - mks._

Kirim email ke