Askm.
Banyak kali saya hadir pada majlis ceramah dan pengajaran bercakap tentang 
Syurga dan Neraka, tetapi malangnya tidak ramai yang dapat menghayati apa yang 
disebut oleh penceramah. Kehadiran pendengar  ramai, yang menghayati apa yang 
disampaikan sangat kecil peratusnya. Berbeza dengan era sahabat. Mereka 
mendengar dan terus hayati dan amalkan terus. 

Apa yang terjadi sekarang ialah  sedap mendengar sahaja tetapi tidak mahu 
menghayati dan mengamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Mungkin benar kata 
ustaz bahawa orang Islam sekarang kurang Imannya, maka mereka tidak dapat amal 
apa yang Rasul saw katakan.

Wassalam.




________________________________
From: "a...@yahoo.com" <a...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>; Abu Heakal 
<abu.hea...@gmail.com>
Sent: Monday, June 8, 2009 7:00:01 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Neraka Yang Begitu Menakutkan







Daripada Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. mengucapkan sebuah khutbah yang 
saya tidak pernah mendengar suatu khutbah pun seperti itu (kerana amat 
menakutkan). Beliau s.a.w. bersabda:

"Andaikata kamu semua tahu apa yang aku ketahui, nescayalah kamu semua akan 
tertawa sedikit dan akan menangis banyak-banyak. "

Para sahabat Rasulullah s.a.w. lalu menutupi masing-masing wajahnya sambil 
terdengar suara isaknya. (Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat lain disebutkan:

Rasulullah s.a.w. menerima berita bahawa ada sesuatu tentang 
sahabat-sahabatnya, lalu beliau berkhutbah, kemudian bersabda:

"Ditunjukkanlah syurga dan neraka padaku maka belum pernah aku melihat sesuatu 
yang melebihi penglihatanku pada hari itu tentang bagusnya syurga dan buruknya 
neraka. Dan andaikata kamu semua dapat melihat apa yang dapat aku lihat, maka 
nescayalah aku semua akan ketawa sedikit dan menangis banyak-banyak. "

Maka tidak pernah datang pada para sahabat Rasulullah s.a.w. laitu hari yang 
lebih dahsyat lagi dari hari itu(tentang ngerinya khutbah yang diberikan oleh 
beliau s.a.w.) Para sahabat semua menutupi kepala masing-masing sambil 
terdengar suara esaknya.


   


      

Kirim email ke