Di kalangan para Sahabat ada yang bersikap keras dan ada yang lembut. Setahu saya Saidina Abu Bakar ra dikatakan banyak mengambil pendekatan sangat lembut tapi bila ada segolongan orang Islam engkar membayar zakat setelah kewafatan Rasulullah SAW beliau istihar perang dengan golongan itu. Saya belum dengar ? pemimpin PAS istihar perang keatas puak yang engkar akan syariat Islam. Janganlah mentafsir hikmah itu ikut intepretasi nafsu sendiri. Kadang-kadang ubat yang pahit lebih mujarab. Jika mereka yang dari parti Politik Islam dikatakan tidak berhikmah eloklah golongan yang rasa cara mereka lebih berhikmat pergi kepada golongan (yang bersikap mempersenda syariat Islam) dengan penoh hikmah mungkin mereka akan akur !!?? Ianya bukan tanggongjawab mereka yang dari parti politk Islam saja ianya adalah tanggongjawab semua yang mengaku beriman dengan Allah swt lebih-lebih lagi jika telah meletakkan diri mereka sebagai golongan pendakwah dan daei !!! Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal
--- On Fri, 6/5/09, a...@yahoo.com <a...@yahoo.com> wrote: From: a...@yahoo.com <a...@yahoo.com> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Pejuang dan Penyokong Parti Islam mesti berhikmah dalam berjuang To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com> Date: Friday, June 5, 2009, 11:08 PM Benarkah kata kata pemerhati bahawa pendekatan untuk menarik manusia kepada Islam yang dibawa oleh mereka dari parti Politik Islam adalah amat berbeza dari Pendakwah atau Daei.Kita lihat mereka terutama dari kalangan penyokong penyokong parti politik Islam sangat gelojoh dalam pejuangan mereka.Mulut cabul suka memaki hamun dan menghentam orang yang tidak sehaluan dengan mereka.Sering kali tindak tanduk mereka melampaui batas dan melebihi tindak tanduk pemimpin mereka.Ada kah cara ini dapat menarik manusia kepada Islam? Atau sebenarnya sikap mereka itu telah banyak mencemarkan Islam....... .? Sepatutnya sebagai pejuang Islam mereka perlu berhikmah : iaitu meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya, ia disaring daripada firman Allah SWT menerusi ayat 125 urah an-Nahl yang bermaksud: "Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik." Hikmah yang dimaksudkan dalam ayat di atas mengandungi pelbagai tujuan yang boleh diselaraskan kepada uslub dakwah, antaranya KLIK sini. Salaam & Regards Amri el Wahab Jemput ke laman blog saya di http://hembusan- amal.blogspot. com Sent from Kuala Lumpur, Malaysia