*Salam, Tujuan islam adalah membangunkan masyarakat islam yang bersih, diberi syahwat kelamin (sex) supaya mereka jangan punah dan musnah dari muka bumi ini. Antara lelaki dan wanita saling memerlukan. Tetapi diberikan akal, dan akal sendiri meng- hendaki hubungan-hubungan yang teratur dan bersih.Syahwat adalah keperluan hidup. Tetapi jika tidak dikendalikan maka keburukan dan kotoranlah yang akan timbul.
Untuk itu kepada lelaki yang beriman diberi ingat agar matanya jangan liar bila melihat wanita cantik atau memandang bentuk badannya yang menggiurkan syahwat.Memelihara kemaluan dan tenaga kelelakiannya supaya jangan diboroskan. Dia akan bezina dan zina adalah permulaan dari zina terus, akan meng- hancurkan peribadi dan hilang kendali atas diri. Jadilan manusia kotor. " Katakanlah kepada orang-orang beriman (laki-laki) itu, supaya mereka menekurkan sebahagian pandangan mereka dan meme- lihara kemaluan mereka. Yang demikian adalah lebih bersih bagi mereka. Sesungguhnya Tuhan ALLAH lebih mengetahui apa yang mereka kerjakan" Surah An-Nur;30 Peringatan buat wanita, selain menjaga penglihatan mata dan memelihara kemaluan juga jangan pertontonkan perhiasan mereka kecuali yang nyata sahaja, iaitu cincin di jari, muka dan tangan itulah perhiasan yang nyata. Kehidupan yang bebas juga mendorong untuk melakukan maksiat. Sampai hancur peribadi dan hilang kendali atas diri, maka jadilah orang yang kotor. Orang dipaksa mesti sopan dan berpekerti halus. Tetapi pintu-pintu mengganggu syahwat dibuka selebar-lebarnya. Tubuh mereka dipertontonkan. Yang telah terjerat dan terpengaruh dengan duniawi sanggup lakukan apa saja demi mencari kepuasan diri sanggup korbankan harga diri. Kuat dan jayanya seseorang itu adalah kerana akhlaknya, apabila akhlaknya rosak maka binasalah orang itu.* -- Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat. Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai....... Janganlah menjadi begitu masin.. sehingga orang meludahmu.. Dan janganlah pula berlaku terlampau manis, sehingga mereka menelan dirimu begitu saja...