*
Erti Syukur secara mudah ialah rasa berterima kasih atau mengenang
budi/jasa.

Ingat & lihat apa yang kita sudah dapat atau terima dari Allah. Dapat
hidup, dapat melihat, dapat dengar, dapat rezeki dan terlalu banyak
lagi.

Cara bersyukur atau berterima kasih atau mengenang budi/jasa kepada
Allah ialah dengan jadikan diri kita orang yang bertaqwa (orang yang
menjunjung perintah
Allah). Dan lazimkan memuji Allah dengan lisan dan di dalam hati.

"Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak
itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu
bersyukur?". Surah Yaasin: 73.

"Dan Allah mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta
hati (akal fikiran), tetapi sedikit antara kamu yang bersyukur." Surah
As-Sajadah: 9

Ketika Nabi Muhammad ditanya oleh isteri baginda mengapakah baginda
begitu kuat dan banyak beribadat terutama solat malam sehingga bengkak
kaki baginda, jawapan yang diberikan ialah "Salahkah aku ingin menjadi
hamba yang bersyukur ?".

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to Lenggang Kangkung at 7/06/2009 01:00:00
PM

Kirim email ke