Detik-detik Terakhir Kehidupan Insan Mulia

                          aripada
Ibnu Mas’ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah
dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra.
Kemudian
baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu
bersabda:“Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua,
semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu.
Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku
adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku
sombong terhadap Allah.”

Allah berfirman: “Kebahagiaan dan
kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin
menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan
syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”

Kemudian kami
bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku
telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan
ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila’ la.”

Kami bertanya lagi:
“Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah
menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami
mengafani baginda ya Rasulullah?

Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.”

Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?” Kami 
menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.

Kemudian
baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua.
Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku
di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku,
kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama
mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian
Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala
tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah
yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang
wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.”

Semakin Tenat
Semenjak
hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya
selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah
datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir.

Sehari
menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin
bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai
mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah,
kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia
berkata lagi “Assolah yarhamukallah.”

Fatimah menjawab:
“Rasulullah dalam keadaan sakit?” Maka kembalilah Bilal ke dalam
masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang
lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi.
Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk.

Setelah
Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: “Saya sekarang dalam
keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar
menjadi imam dalam solat.”

Maka keluarlah Bilal sambil
meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: “Aduhai, alangkah
baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?” Kemudian ia memasuki masjid
dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat
tersebut.

Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah
yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat
menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan.
Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga
terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: “Wahai Fatimah, suara
apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi
bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka.”

Kemudian
Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil
dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid.
Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang
ramai dan bersabda: “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam
pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah
penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada
kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan
dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam
akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”

Malaikat Maut Datang Bertamu
Pada
hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat
Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian
sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa
Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya
masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak
mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.

Maka
turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar
sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman
Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum Wahai
ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Fatimah pun keluar
menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (Hamba
Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.”

Kemudian
Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum. Bolehkah saya
masuk?” Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu
baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang ada di muka
pintu itu? Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda, saya
katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia
memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.”

Rasulullah
SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?” Fatimah menjawab: “Tidak
wahai baginda.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: “Wahai Fatimah, ia
adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang
meramaikan kubur.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda:
“Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil
mengucapkan ‘Assalamualaika ya Rasulullah.” Rasulullah SAW pun
menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk
berziarah atau untuk mencabut nyawaku?”

Malaikat Maut
menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan
izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.

Rasulullah
SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan
kecintaanku Jibril? “Saya tinggal ia di langit dunia?” Jawab Malaikat
Maut.

Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba
Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka
bersabdalah Rasulullah SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui
bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.”

Ketika Sakaratul Maut
Seterusnya
Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang
telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab;
“Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan
malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.”

Baginda
SAW bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa
lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi:
Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari
telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah
ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.”

Baginda SAW
bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi
wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab:
Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama
diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”

Kemudian
Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk
Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang
menggembirakan aku?”

Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah,
apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab:
“Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang
yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi
orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang
akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?”

Jibril
menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya
Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi
dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.”

Maka
berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku.
Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?” Lalu Malaikat Maut pun berada
dekat Rasulullah SAW.

Ali ra bertanya: “Wahai Rasulullah SAW,
siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan
mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah
engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril
akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.

Kemudian
Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda
sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah
pedihnya maut.”

Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as
memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril,
apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai
kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan
baginda sedang merasakan sakitnya maut?” Akhirnya roh yang mulia itupun
meninggalkan jasad Rasulullah SAW.

Kesedihan Sahabat
Berkata
Anas ra: “Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia
sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah
memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut
yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih
tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu
malam kerana takut Neraka Sa’ir.”

Dikisahkan dari Said bin
Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu’az bin Jabal ra telah
berkata: “Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk
memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama
12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang,
kemudian orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda masih lena tidur juga
wahai Mu’az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.”

Mu’az
terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan:
“A’uzubillahi minasy syaitannir rajim?” Setelah itu ia lalu mengerjakan
solat.

Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam
yang pertama. Mu’az berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari
syaitan?” Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar
sebahagian penduduk Yaman.

Pada esok harinya orang ramai
berkumpul, lalu Mu’az berkata kepada mereka: “Malam tadi dan malam
sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila
Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf
(al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu’az menerima
Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?”
(Az-Zumar: 30).

Maka
menjeritlah Mu’az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar
kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang
berbunyi:
“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh
telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat
atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang
berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada
orang-orang yang bersyukur?”
(Ali-lmran: 144)

Maka Mu’az
pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?” Kemudian ia
keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan
meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: “Seandainya apa yang kulihat
ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan
orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak
ada pengembala.”

Kemudian ia berkata: “Aduhai sedihnya
berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?” Lalu iapun pergi meninggalkan
mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan
dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari
tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud:
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.”

Lalu
Mu’az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’az bertanya
kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut
menjawab: Wahai Mu’az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia.
Mendengar ucapan itu Mu’az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang
itu menyedarkannya, ia memanggil Mu’az: Wahai Mu’az sedarlah dan
bangunlah.”

Ketika Mu’az sedar kembali, orang tersebut lalu
menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar
Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu’az melihatnya, ia
lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia
menangis dengan tersedu-sedu.

Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.
Mu’az
sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal
sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa
Ilaaha Illallah?” Mu’az menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur
Rasulullah?” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak
sedarkan diri lagi.

Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah
ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal
sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah
Mu’az yang sedang pengsan..

Ketika Bilal selesai azan, ia
mendekati Mu’az, lalu ia berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu
wahai Mu’az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda:
“Sampaikanlah salamku kepada Mu’az.”

Maka Mu’az pun
mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga
orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir,
kemudian ia berkata: “Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan
aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini,
wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah
ra.”

Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu’az
mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa
barakatuh?” Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: “Aisyah
sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu’az menuju ke rumah Siti
Fatimah dan mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahli bait.”

Siti
Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: “Rasulullah SAW
bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal
dan haram adalah Mu’az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW.”

Kemudian
Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Mu’az?” Ketika Mu’az melihat Siti
Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia
sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW
bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu’az dan khabarkan kepadanya
bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.”

Kemudian Mu’az bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur 
Rasulullah SAW.

http://mohdmusrizal.blogspot.com/
&
http://warisanmengkudu.blogspot.com/



      

Reply via email to