Majlis Ihtifal PASTI Kawasan Kapar telah berjaya dilaksanakan pada Ahad 
lalu 26 Julai 2009, di Dewan Ahmad Razali, batu 4, Sementa.

Pada Majlis Ihtifal kali ini telah menyaksikan penyertaan dari semua Pusat 
Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang terdapat di kawasan ini iaitu 16 buah 
PASTI. Tuan rumah untuk majlis kali ini ialah PASTI di DUN Sementa yang 
terdiri dari PASTI al-Hikmah, PASTI Mahmudah, PASTI Wadi Sofea, PASTI 
As-Siddiq dan PASTI Aiman.

Pelbagai acara telah dipertandingkan bagi mencapai objektif mencungkil 
bakat dan potensi diri anak-anak PASTI serta meningkatkan tahap keyakinan 
diri mereka untuk berhadapan dengan orang ramai. Antara acara-acara 
tersebut ialah Nasyid, Bercerita, Azan, Khutbah, Pidato dan Hafazan.


Sila lawati http://syababkapar.blogspot.com untuk berita selanjutnya.

Mohd Shaiful Roseman

Kirim email ke