Pas Wajar Menyedari Kekuatannya





Posted on Monday, August 03 @ 07:27:00 MYT by Paktam
Oleh Mohd Sayuti Omar
SEBAHAGIAN besar perserta himpunan dan perarakan rakyat membantah ISA mungkin 
sudah selamat sampai di rumah masing-masing. Masing-masing balik membawa cerita 
dan kenangan tersendiri. Yang terkena semburan, dipukul polis merasa seronok 
dan megah bercerita dengan kawan-kawan.

Bengkak dan luka dijadikan bukti perjuangan untuk mendapat keadilan. Darah yang 
mengalir di medan himpunan akan menjadi saksi di Mahsyar besok! Dan mereka ini 
akan datang lagi bagaikan burung hereng untuk meratah bangkai kezaliman 
disediakan UBN.
 


Himpunan itu sudah berakhir. Natijahnya, 589 orang ditangkap. Dari jumlah itu 
sebanyak 40 orang wanita. Seramai 44 orang remaja bawah umur. Manakala tujuh 
pelajar IPTA turut sama digiring. Nampaknya angka mereka yang berani dan 
sanggup ditangkap polis meningkat berbanding siri-siri tunjuk perasaan yang 
lalu. Syabas!

Apakah ini menunjukan kejayaan Hishamuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri 
yang berjaya menjadikan polis lebih berani, lebih zalim dan lebih tidak 
bertimbang rasa?

Dengan penangkapan remaja bawah umur dan pelajar IPTA menunjukkan semangat 
rakyat untuk menumbangkan UBN sudah melata ke akar umbi. Ia tidak boleh 
dihalang dan disekat dengan ancaman dan kata-kata lagi. Kesediaan mereka 
menanggung risiko itu menjelaskan mereka tidak gentar dengan amara, ugutan dan 
risiko yang bakal diterimanya.

Bagaimana pun pengkapan pelajar itu tentu merungsingkan ibubapa mereka. Ibu 
bapa yang mengharapkan kesuksesan anak-anak di IPTA mungkin terkilan dengan apa 
yang berlaku. Lainlah kalau kedua ibu bapa mereka turut sama berhimpun dan 
berarak. Menteri Pengajian Tinggi, Khalid Nordin sudah memberi amran keras 
tidak akan bertolak ansor dengan pelajar yang terlibat dengan himpunan itu. 
Mereka akan dikenakan hukuman keras.

Wajarkah mereka dikenakan tindakan? Mungkin Khalid boleh fikir semula dan 
ugutan itu sekadar gertak saja. Kalau mereka ditahan atau dikenakan tindakan 
yang ruginya orang Melayu juga. Pasti ketujuh-tujuh pelajar itu orang Melayu 
yang asalnya dari kampung. Jarang sekali pelajar dari bandar dan keturunan Cina 
atau India menyertainya. Mereka biasanya berhati-hati dan tidak suka mencampuri 
urusan politik yang dikira cara begitu tidak bijak dan profesional. Selalunya 
begitulah.

Barangkali GMI atau parti Pakatan Rakyat boleh bela mereka kalau mereka 
dikenakan tindakan nanti. Misalnya ditahan dan memerlukan jaminan, parti 
Pakatan boleh tolong membayar wang jaminannya.

Atau kalau mereka takdir dipecat Pakatan dan GMI boleh bayar yuran persekolahan 
mereka di IPTA swasta. GMI kena bertanggungjawab atas apa yang berlaku kerana 
mereka adalah tuan kerjanya dan mereka turun kerana terpanggil dengan seruan 
menuntut keadilan dan kebenaran.

Dikira dari sasaran awal himpunan tidak itu mencapai sasaran. Target untuk 
menghimpunkan 100 ribu tidak kessampaian bila mana hanya suku dari jumlah itu 
saja yang berhimpun. Mereka yang waras tidak mudah menerima angka yang 
diberikan oleh Ketua Pemuda Pas, Nasarudin Hassan. Menurutnya himpunan itu 
disertai 80,000 orang. Itu angka politik. Manakala menurut Anwar Ibrahim pula 
himpunan berjaya mencapai 100,000 orang. Itu juga perkiraan politik lebih besar.

Begitu pun angka yang diberikan media seperti Utusan Malaysia makin tidak boleh 
dipercayai dan mengarut. Utusan menganggarkan hanya lima ribu sahaja yang 
hadir. Jelas angka itu diberikan oleh wartawan atau editor yang buta huruf 
tidak tahu menghitung dan dibuat atas rasa kebencian melampau kepada Pakatan 
Rakyat.

Tidak kira berapa bilangannya yang sebenar. Yang pentingnya himpunan semalam 
berjaya menyampaikan masej tertentu dan menggetarkan pihak UBN. Samada desakan 
itu dilaksanakan atau tidak nanti, tidak penting. Yang mustahaknya himpunan itu 
menunjukkan rakyat rasa terpanggil untuk bersama Pakatan dan menolak UBN. 
Himpunan semalam tidak menyenangkan Najib. Inilah himpunan pertama sejak Najib 
menjadi PM. Kalau Najib tidak bijak melayani nafsu pembankang mungkin himpunan 
dan perakan lebih besar akan berlaku dari masa ke sesama.

Secara umnya himpunan semalam memberi beberapa masej yang perlu diambil iktibar 
oleh semua pihak;




Kerajaan perlu menyegerakan pindaan ke atas ISA. Kenyataan beberapa menteri 
mengatakan ISA tidak akan dihapuskan kurang bijak dan telah menimbul provokasi 
kalangan rakyat dan ianya tidak wajar dilakukan. Sepatutnya menteri membuat 
kenyataan lebih lunak bersifat responsif yang positif. Kenyataan itu 
menimbulkan lagi kemarahan rakyat kepada UBN dan meneggelamkan jaminan Najib 
untuk sedia memindanya. Perlu bagi Najib menubuhkan jawatankuasa khas atau pun 
forum khas melibatkan semua pihak teemasuk pembangkang bagi mendapat input 
untuk tujuan meminda akta berkenaan.

Himpunan itu menjelaskan ianya disertai orang Melayu saja. Orang Cina dan India 
dalam Pakatan tidak begitu menonjolkan diri dan mereka lebih menjadi penyokong 
dari belakang. Walaupun isu ISA adalah kepentingan bersama, namun mereka tidak 
mudah untuk dikerah turun ke lapangan seperti Melayu. Jelas dalam hal ini orang 
Melayu Pas menjadi alat kepada komponennya dalam Pakatan.

Himpunan semalam menyaksikan kekuatan dan pengaruh Pas yang sebenarnya. Ahli 
dan penyokong Pas sedia bila-bila masa saja untuk dikerah. Mereka juga akur dan 
taat kepada seruan pemimpin mereka atas nama jihad menuju keredhaan Allah.

Walaupun memorandum itu tidak dapat dismpaikan, tetapi sudah pasti Yang 
di-Pertuan Agong dapat melihat betapa luapan kemarahan dan kebencian rakyat 
kepada ISA menerusi telivesyen, akhbar dan juga sumber-sumber baginda sendiri. 
Jika diambil kira dari segi perangkaan maka jelas pihak GMI lebih berjaya dari 
pihak Magaran.

Akhirnya indikasi kepada himpunan semalam menjelaskan bahawa pengaruh Pas dari 
peringkat bawahan kalangan Melayu sangat besar. Kedudukan ini Pas berpotensi 
untuk menerajui Pakatan ataupun menjadi parti alternatif. Sekiranya himpunan 
semalam tanpa disertai Pas atau dimobilisasikan Pas mungkin ianya tidak berjaya 
dan memberi impak besar kepada UBN.

Seharusnya Pas mengenali keupayaan mereka ini untuk menjadi pemangking politik 
Malaysia di masa depan dan bukannya merendah diri berada di belakang atau 
mengikut telunjuk tokoh-tokoh tertentu saja.

Seperkara lagi yang perlu juga dianalisa oleh Pas secara sarwanya ialah melihat 
apakah himpunan dan tunjuk perasaan itu tidak menimbulkan kemarahan rakyat lain 
yang mana kesannya menyebabkan mereka akan merasa kurang selesa dengan Pas. 
Kajian ini perlu terutamanya dalam siri-siri himpunan yang tidak terkhusus 
mengenai isu kepentingan Melayu dan Islam. Sebaliknya jika isu berhubung 
kepentingan Melayu dan agama mungkin ia wajar diadakan itu pun dalam penuh 
beradab. [wm.kl. 8:00 am 02/08/09]
 
http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=3073
 


      

Kirim email ke