Percaya atau tidak, yang lebih menjamin kesejahteraan kewangan suami dan isteri 
adalah komunikasi. Banyak krisis yang berlaku dalam rumah tangga berpunca dari 
komunikasi mengenai topik kewangan yang tidak lancar. Jika tidak mengapa yang 
punya rumah banglo & kereta mewah-mewah masih juga bercerai berai atau yang 
miskin tak cukup makan juga bercerai berai. Apa yang menentukan kesejahteraan 
kewangan adalah perancangan kewangan ‘bersama’ yang sudah pastinya mediumnya 
adalah ‘komunikasi’ yang berkesan& terbuka.

PERANAN ISTERI

1. Nyatakan kepada suami pandangan anda mengenai wang dan minta dia juga 
melakukan hal yang sama.

2. Bincang tujuan kewangan yang ingin anda capai dan minta suami melakukan hal 
yang sama.

3. Selepas masing-masing tahu matlamat kewangan pasangan, buat keutamaan 
mengenai matlamat kewangan mana yang sebaik-baik dicapai dahulu oleh anda 
berdua.

4. Rancang cara untuk mencapai matlamat kewangan tersebut. Rancangan itu 
haruslah praktikal dan boleh dilaksanakan oleh kedua-duanya.

5. Tulis tindakan yang akan anda berdua ambil untuk melaksanakan rancangan 
tersebut. Misalnya anda akan melakukan ini, pasangan anda akan melakukan itu, 
sehingga anda berdua berjaya melaksanakan rancangan itu bersama.

6. Bincangkan cara terbaik untuk anda berdua mengendalikan urusan kewangan 
setiap hari.

7. Tentukan siapa di antara anda berdua yang akan membayar bil-bil atau belanja 
rutin setiap bulan.

8. Tentukan jumlah had pengeluaran yang boleh dilakukan oleh anda secara 
peribadi (tanpa perlu Tanya terlebih dahulu kepada pasangan anda)

9. Tentukan jenis pelaburan yang akan anda lakukan untuk jangka masa panjang.

10. Pastikan adakah wang masing-masing perlu disimpan dalam akaun bersama atau 
akaun masing-masing.

11. Menabunglah bersama-sama untuk masa depan, terutamanya apabila anda berdua 
tidak bekerja lagi.

12. Kerap berbincanglah mengenai rancangan yang sudah dijalankan. Nilai semula 
rancangan tersebut, sekurang-kurangnya setahun sekali untuk melihat samada anda 
berdua masih mempunyai matlamat kewangan yang sama dan adakah rancangan itu ada 
menunjukkan kemajuan dalam tempoh yang sudah ditetapka.

13. Peruntukkan waktu secara rutin untuk berbincang secara terbuka mengenai 
masalah kewangan yang anda hadapi dalam rumah tangga.

PERINGATAN UNTUK SUAMI

Untuk para suami, adakah anda jenis suami yang enggan memberitahu jumlah gaji 
sebenar kepada isteri?kalau ya, mungkin anda termasuk dalam golongan ini

1. Anda ego tak tentu pasal! Anda mungkin tidak ingin isteri tahu bahawa 
pendapatan anda tidak besar. Sedangkan anda tidak sedar ini dapat menyukarkan 
perancangan kewangan yang telus!

2. Anda juga mungkin tidak mahu isteri tahu bahawa pendapatan anda sememangnya 
besar.

3. Menganggap persoalan pendapatan adalah peribadi walaupun terhadap isteri 
sendiri! Ini bukan masalah gaji besar atau kecil tapi anda rasa “ Duit saya 
duit saya. Duit dia, duit Dia!”

Apabila suami isteri sudah mempunyai komunikasi kewangan yang baik, maka dengan 
sendirinya anda akan sukarela memberitahu berapa jumlah gaji anda setiap bulan!

FAEDAH
1. Suami isteri akan lebih bijak mengatur perbelanjaan keluarga kerana dia tahu 
HAD sebenar.

2. Komunikasi kewangan antara suami isteri pasti akan jadi lebih mudah kerana 
ia menunjukan anda cukup berfikiran TERBUKA. Keterbukaan adalah salah satu 
syarat terjalinnya komunikasi yang baik.

3. Salah seorang dapat bertindak sebagai pengimbang kerana masing-masing tahu 
had sebenar.

4. Kesusahan dapat dikongsi dengan baik kerana pasangan sudah mengamalkan sifat 
terbuka.


Thank and regards,
 
RiAs InSpIrAsI - my blog berwajah baru
 














      

Kirim email ke