PANDUAN MEMAKAI TOPENG MUKA

1. Basuh tangan sebelum memakai dan selepas menanggalkan topeng muka.
2. Tetulang besi ialah bahagian atas
3. Arah lipatan mengarah ke bawah ialah bahagian luar
4. Letak getah topeng muka dengan kemas di belakang telinga (jika jenis tali 
ikat dengan kemas belakang kepala)
5. Topeng muka mesti menutupi hidung, mulut dan dagu
6. Tetulang besi hendaklah tekan mengikut bentuk hidung dan muka
7. Jangan sentuh permukaan topeng muka untuk mengelakkan pencemaran
8. Apabila menanggalkan topeng muka, elakkan menyentuh bahagian luar kerana 
bahagian ini kemungkinan mengandungi kuman
9. Buang topeng muka yang telah digunakan dengan melipat ke dalam bahagian luar 
atau bungkus dalam beg plastik sebelum buang dalam tong sampah.
10. Ganti topeng muka jika ianya rosak, basah atau berhabuk

Untuk Doa Keselamatan dari Wabak Penyakit sila ke pautan Blog bekas Mufti 
Negeri Sembilan Darul Khusus 

KEPADA IBU BAPA DAN PENJAGA BEKALKAN KEPADA ANAK-ANAK SABUN BASUH TANGAN 
SEKIRANYA SEKOLAH TIDAK MENYEDIAKAN SABUN UNTUK MEMBASUH TANGAN


Rujukan : How to Wear a Surgical Mask 
http://www.hku.hk/uhs/avianflu/doc/surgical_mask_guide 




      

Kirim email ke