*Kategori : AKIDAH Akhlak  ** *

*Tajuk :***

*Berusaha Supaya Tidak Menjadi Miskin*

*Hadith :** *

*Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Kemiskinan membawa kepada
kekufuran *

*dan hasad mengatasi qadha’ dan qadar.” *

*  *

*Riwayat Abu Naim*

*Huraian
Pengajaran Hadis:

i) Manusia yang mempunyai sikap tercela (mazmumah) sering dibenci oleh orang
ramai. *

*Ia boleh merosakkan potensi diri hingga adakalanya turut menganggu
masyarakat sete-*

*mpat. Sikap inilah yang menjauhkan hati daripada mengingati Allah S.W.T.*

*
ii) Hasad dengki adalah di antara sifat-sifat mazmumah tersebut. Oleh itu
awasilah diri *

*daripadanya kerana ia adalah dosa yang pertama sekali dilakukan oleh Iblis
laknatullah *

*yang telah menolak perintah Allah agar sujud kepada Nabi Adam a.s. Begitu
juga Qabil *

*yang telah membunuh Habil, juga disebabkan oleh perasaan dengki.*

*
iii) Sifat dengki itu ialah ‘apabila melihat orang lain lebih daripadanya
maka dia akan cuba *

*menjatuhkannya’. Inilah dengki yang dilarang oleh Islam. Seharusnya apabila
seorang *

*mukmin melihat orang lain berjaya maka dia harus berusaha kuat untuk
menjadi sepert-*

*inya. Inilah dengki yang dibenarkan oleh Islam. *

*
iv) Dengki (yang dilarang Islam) harus dicegah dengan memupuk sifat qana'ah
( puas *

*hati dengan apa yang ada setelah berusaha), redha serta bersyukur dengan
pemberian *

*Allah bukan melakukan perkara-perkara yang membawa kekufuran terhadap-Nya.*

*
v) Takdir yang ditentukan Allah terhadap hamba-Nya tidak sama, sesetengahnya
di luar *

*kehendak hamba itu sendiri. Ada yang dapat memiliki rumah besar, berpangkat
tinggi serta *

*dapat menikmati makanan yang enak-enak dan ada juga yang hanya duduk di
pondok buruk, *

*dan makan sekadar untuk mengalas perut. Namun Allah tidak pernah menzalimi
hamba-Nya. *

*Jika seseorang itu dapat menghadapi setiap ujian dan takdir Allah itu
dengan redha, berharap *

*dan takut pada kemurkaan-Nya tentulah setiap takdir itu akan
menguntungkannya. Jika dikur-*

*niakan kekayaan, maka dengan kekayaan itu dia dapat membantu orang yang
susah, anak-*

*anak yatim, fakir miskin serta melakukan lain-lain kebajikan sehingga ia
menjadi lebih hamper*

* kepada Allah dan mendapat rahmat serta kasih sayang-Nya. Sebaliknya jika
ditakdirkan mene-*

*rima nasib yang kurang baik seperti miskin dan sebagainya, tetapi dia
sanggup bersabar di sam-*

*ping berusaha, maka Allah akan membalasnya dengan seribu rahmat.*

 za
 --

Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...

Kirim email ke