Seronok juga saya mendenga cerita anjng. Izinkan saya menambah sedikit.
Jika kita perhatikan betul-betul, anjing berhimpun dipadang sebagaimana yang 
diceritakan itu merupakan satu kitaran
sexual life mereka. Bila mereka berhimpun itu ialah masa membiak. Mereka akan 
mengawan dan lepas musim itu mereka akan menghilangkan diri. Perhatikan 
beberapa bulan selepas itu, adalah anak-anak anjing yang baru lahir. Mereka 
akan berada di kawasan tersebut untuk seketika (menunggu membesar sedidkit) dan 
mereka pun akan hilang. Itu lah kitaran hidup anjing. Begitu juga dengan haiwan 
lain jika kita perhatikan. Contoh ialah kucing. Bila sampai masa ia miang 
mereka akan melalak khususnya pada waktu malam sampai tuan rumah pun tak senang 
dibuatnya. Jika pemilik punyai kucing betina, jika dilepaskan tanpa kawalan, 
lat seketika kucing itu akan buntung dan melahirkan anak. 

Maaf, manusia pun lebih kurang begitu. Selapas majlis perhimpunan ramai-ramai 
seperti Jom Heboh dan pesta-pesat lain,  9 hingga 10 bulan kemudian lahirlah 
anak-anak tak sah taraf dihospital-hospital berdekatan. Na'uzubillah.




________________________________
From: "y...@yahoo.com" <y...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Monday, August 10, 2009 1:02:36
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Anjing Pencegah Maksiat

 
Salam tu alll...

sebut pasal anjing nie, one of my chinese friend tanya. kenapa anjing haram? 
apa yg sy tau air liur dia yg x boleh kan?
sbb dia once pernah luka akibat jatuh, dia bagi anjingnya jilat. Dia kata luka 
tu cepat sembuh.

sesapa boleh bagi hujah yg bernas or ilmu or dalil yg bernas x? TQ

 



________________________________
Daripada: "roz...@yahoo. com" <roz...@yahoo. com>
Kepada: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Dihantar: Isnin, 3 Ogos, 2009 9:33:48
Subjek: Help Palestine [hidayahnet] Anjing Pencegah Maksiat

 
Sebelum ini ada seorang ustaz di taman saya kata bahawa taman tempat taman kita 
ni ( iaitu Taman Alamanda , Senawang ) banyak anjinglah akhir-akhir ni. Saya 
kata eloklah tu. Dia pun terperanjat , apa pula elok banyak anjing liar 
berkeliaran.

Saya kata pada dia , kumpulan anjing-anjing liar ini hanya berkeliaran di 
kawasan padang dan deretan kedai pada waktu malam dan awal pagi. Pada waktu 
siang , anjing ini pergi tempat lain ( tak tahulah menghilang ke mana ).

Lepas tu saya tanya pada dia , ada anjing-anjing tu menganggu penduduk , berak 
merata-rata , bulu berguguran macam anjing kurap ? Tak ada pula anjing-anjing 
tersebut mengganggu penduduk , berak merata-rata, kejar budak-budak. 
Sihat-sihat semua anjing-anjing tadi.

Tapi semenjak ada banyak anjing-anjing liar di taman ini saya kata jarang 
nampak muda mudi melepak di kawasan taman permainan dan deretan kedai pada 
lewat malam dan awal pagi. Seolah-olah anjing ini mencegah maksiat.

Baru-baru ini seorang warga emas taman ini pun beritahu saya bahawa akhir-akhir 
ini banyak anjing liar di taman ini. Saya kata pada dia , Haji kalau anjing tu 
tak kacau kita , biarlah. Tak berak merata-rata , surau pun dia tak kacau 
biarlah. Lagi pun sejak ada anjing ini kita tak tengok anak-anak muda-mudi 
melepak di padang permainan. ( Anjing tak berak di surau , tapi ada yang 
singgah surau semata-mata untuk buang air kecil dan besar ).

Saya kata pada dia , dulu Ustaz Ali Kutty kata bahawa yang menganggap anjing 
najis berat ialah Mazhab Syafie dan Syiah sahaja (betulkan saya kalau 
tersilap), mazhab lain tak ada masalah dengan anjing ni.

Haji tu pun kata , dulu masa dia kecil-kecil di kampung , dia pun bela anjing. 
Sebab dulu kampung banyak babi hutan dan macam-macam binatang liar.

Itulah cerita mengenai anjing, binatang makhluk Allah yang disebut secara 
khusus dalam Al Quran dalam kisah Ashabul Kahfi.

Tak malukah manusia yang hanya berdiam diri melihat maksiat ? Kalau kita hanya 
berdiam diri bila melihat maksiat , rasanya anjing lebih mulia dari kita. Kalau 
kita pula melakukan maksiat , lagi jauh mulia anjing. Kalau kita 
terang-terangan pula buat maksiat , macam begitu ramai orang Melayu beli Judi 
di Kedai Judi Halal Berlesen , jauh lebih mulia anjing tadi.

Jadi kalau ada orang gelar kita anjing , janganlah marah. Kerana anjing lebih 
mulia daripada manusia yang melakukan maksiat.

Ada orang Islam yang dengar azan tak sahut, leka berborak. Tapi ada anjing yang 
dengar azan , dia sahut. Ceritanya di sini http://waghih. blogspot. com/2007/ 
09/anjing- sahut-seruan- azan-subuh- di.html

Juga anjing sahut seruan azan di Youtube http://www.youtube. com/watch? 
v=QAO_sojC9PY


________________________________
Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain 
mendapatkannya!



      New Email names for you!
Get the Email name you&#39;ve always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/

Kirim email ke