Daripada Aisyah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. itu sama sekali tidak 
pernah memukul dengan tangannya, baik terhadap seseorang wanita ataupun 
khadamnya, melainkan di waktu beliau s.a.w. sedang berjihad fi-sabilillah 
(yakni di medan pertempuran melawan kaum kafir). Tidak pernah pula beliau 
s.a.w. itu terkena sesuatu yang menyakiti, lalu memberikan pembalasan kepada 
orang yang berbuat terhadap beliau itu, kecuali jikalau ada sesuatu dari 
larangan (larangan Allah yang dilanggar), maka beliau memberikan pembalasan 
kerana mengharapkan keredhaan Allah Ta'ala." 

(Riwayat Muslim)

Kirim email ke