Setuju tetapi untuk menambah.

Apabila ditanya kepada seorang bapa soleh yang berjaya melahirkan beberapa 
orang anak soleh apakah rahsia nya.

Dia menjawab. Pertama selepas dinikahkan, perkara pertama dia lakukan setelah 
memasukki kamar tidur ialah melakukan sholat sonat nikah. Apa ingat kebanyakkan 
kita lakukan setelah masuk kamar selepas nikah? Dia terkejut apabila ia 
mendapati isterinya juga menjadi makmum di belakang. Selesai sholat isterinya 
menanya empat soalan sebelum dia dapat berkata apa-apa.
1. Bagaimana abang ingin saya layani emak abang? Ingat bagi lelaki syurga 
adalah dibawah tapak kaki ibu.
2. Bagamana abang ingin saya layan abang? Syurga isteri terletak dibawah tapak 
kaki suami. Ibu bapa yang mengajar anak perempuan nya mentaati suami akan di 
masukkan kedalam syurga.
3. Apa perkara yang abang suka saya lakukan?
4. Apa perkara yang abang tak suka saya lakukan.

Tetapi berapa banyak isteri yang mencucuk suami supaya bergaduh dgn ibunya 
sendiri, dan berapa banyak pula yang menyakiti hati suami dengan melakukan 
perkara yang di benci suami.

Turutilah isteri isteri Nabi SAW yang sentiasa sholat dan puasa sunnat 
disamping suka menderma. Baca Ensklodopedia fiqih wanita keluaran pustaka imam 
shafeei Indonesia untuk panduan menjadi isteri yang solehah.

Wassalam.
EM





________________________________
From: "mazl...@yahoo.com" <mazl...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, August 11, 2009 1:01:23 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Isteri yang Solehah

 

 

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami 
dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah.

Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita 
keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .

Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia 
juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram 
apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

1.Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak 
melanggar perintah Allah.

2.Bersikap malu terhadap suami.

3.Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia 
selesai berbicara.

4.Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.

5.Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.

6.Memakai wangi-wangian di hadapan suami.

7.Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.

8.Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.

9.Sentiasa menghormati keluarga suami .

10.Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.

11.Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.

12.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

Izinkan aku kongsi sedikit rencana dari majalah yang pernah ku baca untuk 
renungan bersama.

Menjadi suri rumah adalah impian setiap wanita yang telah cukup umur dan untuk 
menjadi seorang suri rumah sepenuh masa yang berwibawa mereka harus melakukan 
kerja-kerja yang melibatkan pengurusan, kesetiausahaan, pendidikan dan asuhan.

Mereka perlu pandai merancang, mengatur, menyusun dan melakukan kerja-kerja 
besar hinggalah yang remeh-temeh dalam lingkungan tempat kerja. Di "tempat 
kerja", merekalah bos, merekalah kulinya.

Mereka bekerja tanpa cuti dan tapa mengharapkan upah. Jauh sekali menuntut 
bonus tahunan atau menagih pengiktirafan. Segalanya dilakukan demi sebuah 
tanggungjawab membina syurga idaman.

Itulah peranan sekilas isteri-isteri yang menjadi SURI RUMAH sepenuh masa. Satu 
tugas berat yang bermula sebaik-baik sahaja rumah tangga mula didirikan.

Ia memerlukan persediaan jiwa, ilmu dan kemahiran lebih awal sebelum melangkah 
ke gerbang perkahwinan. Dan cabarannya tentulah semkin sukar dan hebat apabila 
anggota keluarga makin bertambah dan keluarga semakin besar.

Wallahualam
  
regards
mazlina mohd nazir
http://pokoksena85. blogspot. com/




      

Reply via email to