Saya setuju dengan hampir semua pandangan saudara. Cuma kita tidak dapat 
elak dari menyalahkan UMNO kerana UMNO adalah pembuat dasar pentadbiran negara 
dan terdapat pemimpin UMNO yang menyeleweng daripada dasar yang mereka sendiri 
gariskan bahkan dalam beberapa perkara melibatkan perlembagaan negera pun 
mereka tidak patoh.  Melayu patut jadikan Islam sebagai garis panduan dalam 
segala tindakan. Menyelamatkan aqidah lebih penting dari perjuangkan bangsa. 
Oleh kerana parti UMNO tidak terikat dengan dasar Islam walaupun mereka mengaku 
Islam maka segala yang dilakukan tidak akan meletakkan kepentingan Islam 
mengatasi segalanya. Jika niat demi Melayu di sisi Allah tiada sebarang makna 
tapi jika niat demi Allah dan demi Islam maka barulah kita dapat munafaat dan 
keredaan Allah swt.
 
   Sekali pun kita mahu mengamalkan dasar tolarensi demi perpaduan rakyat 
berbilang kaum pastikan Islam tidak menjadi mangsa tolenrensi sehinggakan dasar 
Islam tidak terlaksana !! Memperkasakan kehidupan berdasarkan syariat Islam itu 
lebih utama daripada yang lain dan insyaAllah orang Islam akan selamat di dunia 
dan pastinya di akhirat !! Mereka yang "pendatang" telah diberi taraf 
kewarganegaraan mengapa mereka masih mahu menerima undang-undang dan cara hidup 
peninggalan penjajah ?? Jika sesuatu peraturan dan undang-undang itu telah 
sedia ada dalam agama mereka maka mereka berhak meneruskannya tapi dalam banyak 
perkara agama mereka pun tidak menetapkan apa-apa. Mengapa mereka tidak dapat 
menerima sistem Islam ?? Dan orang Melayu / Islam sendiri tidak rasa "terluka" 
dalam perkara ini !!
 
   Yang sedihnya UMNO sendiri tidak yakin dengan sistem Islam secara menyeluruh 
maka apa nak diharapkan dengan yang bukan Islam !!?? Rakyat dianjurkan lakukan 
pelbagai kebaikan sejajar dengan tuntutan Islam seperti dalam isu rasuah tapi 
lain pula yang mereka lakukan. Ketika pilihanraya rasuah berlaku di tepi-tepi 
jalan saja !! Kabarnya mereka pun meminta/menerima rasuah dari tauke-tauke 
besar terutama bila hampir dengan Pilihanraya Umum !!  Maka Melayu mungkin 
akhirnya akan menjadi seperti barang dagangan !!  Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal

--- On Mon, 8/10/09, z...@yahoo.com <z...@yahoo.com> wrote:


From: z...@yahoo.com <z...@yahoo.com>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Hak anda hak aku tapi hak aku tetap 
hak aku!!!
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Monday, August 10, 2009, 9:21 PM


 





Bila baca nampaknya semua nak salahkan UMNO saya tak kata yang saya ni 
penyokong tapi cuba fikir tanpa menyalahkan orang lain. Bagi saya yang salah tu 
orang melayu sendiri tak kira politik mana . Sikap orang melayu yang terlalu 
berlembut dan sikap tak mengapa selagi tak kena batang hidung sendiri tapi 
kalau sesama melayunya tak boleh nak bertolak ansur kalau tengok melayu kaya 
aje mulalah nak dengki kianatnya siap lagi dengan ilmu guna2nya. cuba tengok 
orang cina boleh berniaga barang yang sama kedai sebelah menyebelah kalau tak 
ada barang dikedai sendiri boleh pula minta kita pergi tengok kedai sebelah , 
kalau melayu tengok kedai kawan sebelah  maju aje dah mulala nak bomohkan kawan 
sendiri tapi kalau dengan cina tak buat pun. Jadi ubah sikap orang melayu 
dulu.Kes terbaru pasal arak yang beri izinkan orang melayu juga, tender juta2 
dapat dekat orang melayu tapi melayu lebih percaya kaum lain dari melayu 
sendiri buat kerja (alibaba) jadi bila timbul
 masaalah jangan nak tunding dekat kaum lain tapi tunding dekat kaum sendiri 
saya rasa kalau orang melayu mahu bersatu seperti nenek moyang kita dulu tak de 
siapa berani.
Yang buat saya paling geram , sedihnya orang melayu masih tak sedar 
dipergunakan .
Rasanya semua di sini cerdik pandai jadi fikirla dengan fikiran terbuka selagi 
kita  taksub pada politik sesuatu parti kita tak akan dapat berfikir dengan 
sewajarnya, Islam agama terbaik jadi ikuti apa yang diajar bukannya apa yang 
ahli politik ajar kalau ramai yang tak sokong benda tak akan terjadi .
Renunglah dengan hati terbuka dan berikrarlah untuk menjadi melayu 
sejati....... .....
Maaf di atas kata saya kalau ada yang tersinggung tapi saya dah lama menanggis 
lihat sikap orang melayu ni sesama sendiri bermusuh tapi kaum lain siap dipuji 
kerana politik sanggup anayai kaum sendiri .





Daripada: "ferio...@yahoo. com" <ferio...@yahoo. com>
Kepada: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Dihantar: Selasa, 4 Ogos, 2009 3:33:22
Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Hak anda hak aku tapi hak aku tetap hak 
aku!!!

 






saudara yg kirim emel cerita tan sri,
 
kenapa mewar-warkan sangat soal hak sama rata ni..saya tak suka sebut, tapi 
sebab sdr suka mengulang2 skrip ciptaan umno nampaknya. inilah modal yang 
sedang dijaja setiap hari hinggakan ada mufti kita sendiri nampaknya sudah 
terpedaya.
 
sdr, apa sangat yg diminta oleh golongan pendatang (yang bukan kroni umno) ini 
dibandingkan dgn apa yg telah diberi oleh umno kpd rakan cina mereka tauke2 
mca. apa yg penting sangat hak sama rata dibandingkan dgn berapa ribu 
tender pelbagai kontrak yg diali-babakan oleh melayu sendiri? tapi umno menipu 
rakyat dgn menyebut org melayu sudah pandai berdikari. lain yg disebut lain yg 
dibuat. apa yg penting sangat hak sama rata dibandingkan dgn berapa ribu hektar 
tanah (orang kita melayu!) yang sudah diberi utk dimajukan oleh syarikat2 cina? 
tanah di pulau pangkor, genting highlands, johor, di melaka,  dan merata lagi 
cina yang punya. siapa yang beri?? kontrak balak ribuan juta di sabah & pahang, 
siapakah pemilik terbesar? apakah ini tidak penting utk kita bantah?cubalah 
kita renung sedalam2nya. ..janganlah mudah sangat terpengaruh dgn emel2 yg 
kononnya nak membangkitkan kesedaran melayu bahawa kaum pendatang ini sudah 
melampau menuntut yg mcm2.
 hakikatnya hak org melayu sendiri sudah lama dahulu digadaikan oleh umno. 
cubalah teliti berapa hak rizab melayu sudah dijual kepada cina? saya soal 
kembali, mana yang lebih mustahak, mempertahankan & menuntut kembali setiap 
inci tanah org melayu yg sudah diberi kepada tauke mca atau berjaja ke sana 
sini cerita kaum pendatang ingin menuntut hak sama rata?  
setiap saat kita asyik mendendangkan hak sama rata ini, hak sebenar kita iaitu 
kekayaan negara yg kita cintai ini sedang diratah perlahan2 oleh kroni2 umno 
iaitu mca sedikit demi sedikit selama 5o tahun. apa yg umno rugi? mereka 
sendiri dapat komisyen. mahukah mereka dengar rintihan org melayu yg ditindas 
oleh tauke cina? ayah saya buktinya. sudah bertahun2 kerja dgn dinafikan 
bayaran. dia seorang subkontraktor di bukit tinggi, pahang di bawah berjaya 
groups sdn. bhd. milik TAN SRI vincent tan seorang jutawan karib umno, tetapi 
sehingga kini tidak dibayar. malah diugut akan ditarik bayaran kalau mahu 
mengadu di mana2. nasib kontraktor & subkontraktor2 melayu di bawah syarikat2 
cina mca ni terlalu menyedihkan, cuma kita tak tahu & tak mahu ambil tahu. 
bayangkanlah sudah berapa lama bukit tinggi resort itu sudah siap.
 
apakah ini tidak penting utk kita pertahankan selain dari mengomel hak sama 
rata. ia sudah dijamin dalam perlembagaan negara. ydpa agong adalah pemerintah 
tertinggi negara. di bawah perkara 37, baginda lah yang merupakan pelindung hak 
istimewa org melayu dan perkara 152, 153 tidak boleh dipinda di parlimen. kalau 
pun pembangkang menang 2/3 majoriti pun masih tidak boleh pinda perlembagaan 
utk menghapuskan hak istimewa melayu. lalu mahu pinda bagaimana? askar melayu 
diraja, polis melayu diraja, semuanya di bawah kekuasaan ydpa agong. beranikah 
kaum pendatang nak menyebut meminda hak istimewa ini? mahu kena tembak? 
ringkasnya, mekanisme yg mempertahankan hak istimewa org melayu sudah 
diperuntukkan dalam perlembagaan. jadi apa yg ribut2 sangat pasal hak sama rata 
ini? seperti yg saya katakan, umno sedang menipu rakyat malaysia. benda yg 
tiada diada2kan.
 
nasihat saya cuba teliti perlembagaan kita. ia sudah pun 'safeguard' hak kita 
org melayu. yang lebih penting ialah memikirkan hak melayu yg tidak 
dipertahankan oleh perlembagaan seperti perkara2 yg saya sebut tadi yg sedang 
dijual oleh umno satu persatu. zaman ini saudara, wang segala2nya.. . .apa 
sangat nak dibanggakan dgn perjuangan melayu kalau duit tiada di poket. itu yg 
lebih mustahak pada pengkhianat2 bangsa ini. maafkan saya sebab berkasar.. tapi 
saya sedih dgn penipuan bertahun2 ini...kita tidak kenal mana musuh kita yg 
sebenarnya. yang bermulut manis itulah musuh tapi kita asyik tertembak musuh yg 
salah...sedihnya. .
 
sekian.


--- Pada Khm, 30/7/09, kho...@yahoo. com <kho...@yahoo. com> menulis:


Daripada: kho...@yahoo. com <kho...@yahoo. com>
Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Hak anda hak aku tapi hak aku tetap hak 
aku!!!
Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Tarikh: Khamis, 30 Julai, 2009, 10:26 AM


 






   "Pendatang janganlah meminta berlebih-lebih" , rasanya inilah yang ingin 
diperkatakan. Namun apa yang berlaku hari ini (sejak 50 tahun merdeka) dibawah 
kepimpinan UMNO belum apa pun diminta oleh "puak pendatang" mereka sudah 
diberi !! Ketetapan hanya 30% dalam DEB kepada Bumiputra apakah ianya wajar ?? 
Adilkah itu ? Apabila negeri Kedah diterajui Pakatan Rakyat dasar pemilikan 
rumah yang dibina oleh pemaju telah dinaikkan kepada ? 50% kerana tanah-tanah 
itu rata-ratanya adalah milik orang Melayu tapi mengapa dibawah UMNO orang 
Melayu hanya boleh milik 30% saja ?? Apakah dasar ini dipatohi oleh 
syarikat-syarikat milik bukan Melayu (walau pun sekadar untuk 30%) yang perlu 
diperuntukan kepada orang Melayu tak kiralah sama ada dari segi rumah kediaman 
/gedung perniagaan lebih-lebih lagi saham mau pun kakitangan nya. Kakitangan 
profesional lagilah jangan diharap !!
 
    Saya tak fikir apa yang dilakukan oleh kerajaan Kedah itu satu tindakan 
perkauman tapi ianya adalah dasar bagi mengembalikan hak orang Melayu (pemilik 
asal tanah tapi dimajukan oleh syarikat pemaju). Itu dalam hal pemilikan tanah 
dan harta benda tapi dalam soal perniagaan pula berlaku monopoli oleh bukan 
Melayu dan kadangkala mereka bertindak "menikam dari belakang" agar peniaga 
Melayu dalam bidang yang sama gulong tikar.. Berlaku juga jika ada Melayu yang 
bekerja di syarikat milik bukan Melayu macam-macam diskriminasi dilakukan tapi 
demi kesinambungan politik UMNO jika ada pun tindakan ianya sekadar melepaskan 
batuk di tangga.  Lebih menyedihkan ada puak dalam UMNO yang mudah dapat projek 
tapi bila dapat diAlibabakan kerana nak dapat untung "atas angin". Sepatutnya 
jika tidak ada daya saing pun janganlah diAlibabakan tapi laksanakan secara Ali 
dan Baba. Masalah dengan kontraktor-kontrakt or Melayu ni bila dapat bayaran 
bukan diguna untuk
 berniaga tapi diguna untuk kepentingan lain samada bertujuan politik atau 
peribadi.
 
    Kabarnya di Kelantan pada tahun lepas ada seorang kontraktor dapat kontrak 
bina satu jambatan (? berkembar) dan dikatakan jutaan ringgit telah dibayar 
oleh kerajaan Pusat yang ? tidak sepadan dengan kerja-kerja yang dilaksanakan. 
Dengar cerita wang itu banyak dibelanjakan untuk menang dalam pilihan raya 2008 
di sebuah DUN dalam parlimen Kota Bharu. Kabarnya ada pekerja parti yang dibawa 
melancong ke Indonesia tak tahulah berapa yang dibelanjakan. Ianya wang 
kerajaan Pusat tapi mungkin ianya dibayar ? atas dasar kepentingan UMNO walau 
pun kerja-kerja projek yang telah dilaksanakan tidak setimpal !!?? Tapi kerana 
bijak pengundi di DUN tersebut calun itu kalah mungkin kerana ? ramai para 
pengundi "makan umpan tapi tak makan kail" (? tidak seperti sebahagian pengundi 
di Manik Urai) !! Maka apa yang berlaku dengan hak Melayu (hakikatnya segalanya 
milik dan amanah Allah swt) adalah kerana Melayu sendiri yang sanggup gadaikan 
demi kepentingan sendiri
 /puak !! Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal 

--- On Sun, 7/26/09, aiman.hussin@ yahoo.com <aiman.hussin@ yahoo.com> wrote:


From: aiman.hussin@ yahoo.com <aiman.hussin@ yahoo.com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Hak anda hak aku tapi hak aku tetap hak 
aku!!!
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Sunday, July 26, 2009, 6:34 PM


 

Email ini saya terima dari kawan-kawan, mungkin kisah ini benar...

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri 
sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang 
jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri 
tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. 
Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang 
Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa 
kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai 
kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah 
kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi 
dengan kaum lain untuk maju.. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas 
dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini 
bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun 
sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan 
saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan 
banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni 
kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja
dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan 
Sri tadi.

Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya.. Lagipun saya dah bayar gaji yang 
mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak 
kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada 
mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang 
Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak 
nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri 
rasa wajar atau tidak permintaan tu?





Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail. com.



Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain 
mendapatkannya!















      

Reply via email to