Asalamualaikum wbt,

Umat
Islam akan menyambut Ramadan tidak lama lagi. Bulan yang barakah itu
akan menjadi bulan bagi semua umat Islam berlumba-lumba membuat
kebajikan higga ketahap maksima. Anak-anak yatim juga tidak ketinggalan
menerima limpahan barakah tersebut. Syarikat-syarikat dan orang
persaorangan sudah mula menghantar jemputan berbuka puasa.
Alhamdulillah dengan perkembangan yang sihat ini.

Selain dari
berbuka puasa, anak-anak yatim juga perlu dihidangkan dengan makanan
untuk bersahur. Yayasan Pembangunan Nur Hikmah pada tahun ini akan
menyediakan makanan untuk sahur kepada lebih kurang 350 orang anak-anak
yatim, miskin dan anak-anak terbiar di 6 buah rumah dan juga diluar
rumah jagaan.     Rumah / Asrama jagaan yang sedang dibantu oleh Yayasan 
Pembangunan Nur  Hikmah adalah seperti berikut :     1. Rumah Jagaan Nurul 
Iman, Manjoi, Ipoh, Perak  2. Rumah Jagaan Darul Qana'ah, Gombak  3. Asrama 
Penyayang Nur Iman, Setapak, Kuala Lumpur  4. Rumah Jagaan Nur Hikmah, Kajang  
5. Pondok Penyayang Raudah, Gombak
6. Persatuan Anak-Anak Yatim Flat Sri Sabah, KL
     Perbelanjaan
bagi setiap satu hidangan sahur untuk seorang kanak-kanak adalah dalam
anggaran RM6.00.

Yayasan
Nurhikmah menjemput anda yang prihatin dan ingin berbuat kebajikan
untuk menyumbang kepada TABUNG SAHUR anak-anak yatim , miskin dan
anak-anak terbiar. Disamping itu juga pihak yayasan turut membantu
golongan warga emas dan OKU.


Selain
dari sumbangan diatas, kami juga menjemput anda untuk menghulurkan apa
saja bentuk sumbangan, samada dalam bentuk wang ringgit, material atau
tenaga sukarelawan. Sila berhubung terus ke email presi...@nurhikmah.org.my 
untuk tujuan tersebut.

Kami
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah mengucapkan jutaan terima kasih diatas
sokongan dan sumbangan anda. Semoga Allah swt memberkati usaha-usaha
kita.

Wasalam




RENUNGAN:

Hadith :

Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya:"Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah
yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah
kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan
disakiti hatinya." Riwayat Ibnu Majah

Huraian

i)
Penghormatan dan bantuan kepada anak yatim mestilah dijaga terutama
mereka yang terdiri daripada keluarga yang susah kerana anak yatim
begitu memerlukan perhatian yang sewajarnya dalam meneruskan kehidupan
sebagaimana yang dirasai oleh anak-anak yang lain. Mereka begitu
rindukan belaian kasih sayang dan juga keprihatinan semua pihak agar
mereka turut gembira..

ii) Rasulullah s.a.w juga merupakan anak
yatim di mana bapanya Abdullah meninggal ketika umurnya 2 bulan dalam
kandungan. Manakala ibunya Aminah pula meninggal ketika baginda baru
berumur 6 tahun iaitu ketika usia seseorang itu dahagakan kasih sayang
seorang ibu. Datuknya Abdul Muttalib turut meninggalkan baginda ketika
usia baginda 8 tahun.

iii) Allah turut menyebut bagaimana keadaan nabi dan
bagaimana pula Allah membantu baginda sehingga menjadi pemimpin yang
teragung. Firman Allah dalam ayat 6 - 11 surah ad-Duha yang bermaksud :


"Bukankah Dia yakni Allah mendapati engkau wahai Muhammad yatim
piatu lalu Dia memberikan perlindungan. Di dapatiNya engkau
mencari-cari jalan kebenaran lalu Dia memberikan petunjuk. Didapati-Nya
engkau miskin lalu Dia memberikan kekayaan. Oleh itu, janganlah engkau
mengasari anak yatim. Jangan engkau menengking orang yang meminta
pertolongan. Maka hendaklah engkau menyebut-nyebut nikmat Tuhanmu
sebagai tanda syukur kepadaNya."

iv) Islam melarang umatnya
daripada mengkhianati dan menghina anak yatim. Tetapi hendaklah
memastikan agar hak mereka dalam memiliki harta, ilmu dan kasih sayang
sentiasa terjaga. Pastikan mereka lahir sebagai anak yang soleh yang
mampu membantu ibu atau bapa mereka yang telah meninggal dunia kerana
sesungguhnya membiarkan mereka bererti kita telah mengkhianati agama
dan menghina mereka bererti kita turut membenci Rasulullah s.a.w yang
juga merupakan anak yatim piatu. Oleh itu bimbinglah mereka ke jalan
yang diredhai Allah dan jauhilah mereka daripada jalan kesesatan. Allah
telah memberi amaran melalui firmanNya dalam Ayat 1-2 Surah al-Ma'un
yang bermaksud : "Tahukah engkau tentang orang yang mendustakan agama.
Dia ialah orang yang menindas serta berlaku zalim terhadap anak yatim
!"      
...................................................................................
   MELALUI MAYBANK2U

 Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 
564306010030  , letakkan alamat email presi...@nurhikmah.org.my.

MELALUI CIMB ONLINE       Caranya ialah :       1. Login 
ke https://www.cimbclicks.com.my/     2. Pilih Pay Bills     3. Pilih Akaun 
Anda (Payment From)     4. Pilih Payment To >> Payee  List
    5. Pilih Yayasan Pembangunan Nur Hikmah     6. Masukkan Nama Anda 
(optional)     7. Masukkan Contact No. (optional)     8. Masukkan Jumlah     9. 
Tekan Submit           -------------------------------------------------------
        -------------------------------------------------------  YAYASAN 
PEMBANGUNAN NUR HIKMAH  No. Pendaftaran : 646393-A          No. 16-3, Jalan 
Mesra Niaga,     Taman Mesra,     43000 Kajang,       Selangor Darul Ehsan.  
Telefon  : 03-87332411
Faks      :  03-87332967
HOTLINE : 1700 800 020 (24 JAM)
   Laman web : www.nurhikmah.org.my

Kirim email ke