salam,

Rasanya ramai akan mengatakan ..."laaa  lagiii" apabila membaca tajuk diatas.

Relaxx...ini bukan utk polis malaysia.

Malam tadi, jam 1130mlm, saya sempat melihat rancangan di TV australia network astro, sebuah rencana mengenai saat saat akhir umat islam di sepanyol.

Pada masa itu, Grenada merupakan 'the last bastion' atau 'the last frontier' atau pertahanan terakhir umat islam selepas satu demi satu negeri islam di sepanyil jatuh. Kejatuhan itu berlaku apabila seorang raja dan seorang permaisuri, yg saya lupa namanya sbb otak dah tua, berkahwin.

Pada masa kedua dua ini masuk ke granada, mereka telah memberi kebebasan kepada muslim untuk terus hidup secara muslim. Tetapi untuk yahudi, mereka telah dihalau keluar. Walaubagaimanapun, kebebasan utk muslim itu adalah dlm jangka pendek kerana selepas itu paderi2 mengatakan mereka tidak boleh hidup bersama dengan 'infidel' atau yg bukan kristian.

Maka bermulalah satu siri penyiksaan dimana umat islam dipaksa menjadi kristian. Ini tidak pernah berlaku semasa islam menakluki sepanyol. Antara tindakan yang diambil ialah setiap rumah muslim perlu meletakkan ham atau bahagian badan babi di tempat tempat tertentu dalam rumah. Pelaksanaan hukum ini akan dikuatkuasakan oleh satu kumpulan polis yang di namakan sebagai 'ham polis'. Tugas mereka adalah melawat rumah2 muslim dan memeriksa sama ada bahagian babi itu digantung dalam rumah mereka. Maka wujudlah "polis babi" pada masa itu.

Pengajaran umum ialah itu boleh berlaku bila org bukan islam memerintah. Dimasa yg sama org yg bernama islam yg memerintah tanpa keimanan, juga akan melakukan perkara yg zalim dan telah terbukti dlm sejarah.

Tapi, saya tertarik utk mengetahui, apakah yg berlaku pada umat islam di sepanyol pada zaman itu sehingga bala yg datang begitu besar sekali.



Salam Perjuangan
hamdy 013 3696712 www. rancanghidup.blogspot. com

Buku Saya:
1. Rancang Hidup Rancang Wang Remaja RM15+pos Rm3
2. Satu Allah Tiga Aqidah RM17+pos rm3
3. Miang Miang Lelaki (sepatutnya berisi) RM16 + posRM2
4. RancangHidup RancangWang RM18 + posRM2

Boleh juga didapati di Kinokuniya KLCC, MPH, Nufair. Sila bertanya di Kaunter Pelanggan.




Kirim email ke