Saintis Islam sentiasa mengagongkan Allah swt. Semakin hebat mereka semakin mantap iman mereka. Saintis Barat pula yang hanya celek selepas kelahiran saintis-saintis Islam semakin hebat mereka semakin sesat dan kufur mereka. Malangnya umat Islam lebih banyak didedahkan kepada kehebatan saintis Barat. Saintis Barat tidak kenal Tuhan mereka sedangkan kebanyakan saintis Islam adalah ahli dalam ilmu-ilmu Islam sebelum menjadi saintis. Malangnya hari ini tidak cukup dengan ketaksuban kepada saintis Barat cara hidup umat Islam pun meniru Barat. Allah turunkan al Quran untuk diambil sebagai panduan dan pegangan namun sistem Barat juga yang dijadikan pegangan oleh majoriti penganut Islam. Allah sekadar Tuhan yang disembah yang diakui pada lidah tapi segala amalan hidup banyak yang menolak apa yang dianjurkan oleh Allah swt melalui kitab al Quran dan sunnah Nabi Muhammad saw yang diutuskan Nya. Apabila diajak kembali kepada al Quran pemimpin umat Islam ini merasakan tidak layak bagi mereka mengambil Islam sebagai cara hidup !!?? Umat Islam hari ini ramai yang tertipu oleh penulis sejarah sebagaimana orang-orang Kristian tertipu dengan berbagai versi kitab Injil/Bible mereka yang jauh menyeleweng dari kitab Injil asalnya. Jika Allah menjanjikan neraka buat mereka maka umat Islam yang perangai tiada bezanya dengan Kristian (menolak al Quran/ menolak hadith) juga samalah juga tempat kembalinya.!!?? Nauuzubillah. Wallahua'lam ibnuAli kota jembal
--- On Mon, 8/24/09, shah...@yahoo.com <shah...@yahoo.com> wrote: From: shah...@yahoo.com <shah...@yahoo.com> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Siapakah Saintis paling terkemuka? Saintis Barat hanya PENIRU terkemuka. To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com> Date: Monday, August 24, 2009, 9:50 PM Apa Khabar semua, Kita selalu diberitahu tentang kehebatan para pencipta & Saintis Barat. Sebenarnya, mereka bukanlah pencipta & tidak langsung mencipta apa-apa perkara baru, sebaliknya mereka adalah PENIRU yang paling hebat. Mereka meniru dari Saintis2 yang beriman pada Allah iaitu para Saintis Islam. Bila orang tanya siapakah pencipta Kapal terbang pertama? Ilmu2 Metamatik pertama? Astrologist pertama? Pencipta Robot Pertama? Penemu Law Of Motion pertama? Pencipta ubat bius pertama, pencipta Kamera & Cermin mata pertama dll jawapannya bukanlah Wrights Brothers, Galileo, Leonardo Da Vinci, Isac Newton dll, tetapi Abbas Ibn Firnas, Ibn-Razzi Al-Jazzari, Al-Biruni, Ibn Sina & Ibnu al-Haytham. Silalah baca post saya di SINI dan kaji sendiri kebenarannya. Percayakah anda, pencipta Enjin Piston, Valve (injap), Jam Mekanikal, Sebatian Asid & Alkali, alat timbang, mikroscope, bom, torpedo, senjata api, Astrolobe, Sistem analog komputer, stim turbine, fountain pen dan beratus lagi ciptaan adalah dari saintis Islam. Sila rujuk dalam post saya di SINI. Malah blog saya telah didatangi oleh seorang author dari Barat yang hebat yang telah mengkaji kehebatan Ibn Al-Haitham. Beliau ialah Bradley Steffens. Beliau telah memuji saya kerana menyampaikan fakta ini (harap rakan2 se-Islam lebih lagi menyokong). Beliau telah menerbitkan buku yang mengkaji tentang saintis terkemuka ini. Buku beliau boleh didapati di SINI. Sedar atau tidak, dunia Barat cuba menyembunyikan fakta tentang ramai orang2 terkemuka dalam sejarah yang sebenarnya adalah seorang Muslim. Antaranya ialah Napoleon Bornapate, pemerintah Perancis & Laksamana Cheng Ho (Zheng He). Peneroka & Saintis Barat hanya mencedok kajian dari ilmuan2 Islam ini dan mendakwa yang merekalah penciptanya. Banyak term2 yang diambil dari ilmuan2 Islam seperti Alphabet - Asalnya Alif - Ba - Tha (abjad2 Arab) Alcohol - Asalnya Al-Kuhul Alcaline - Asalnya Al-Kaali Medicine - Asalnya Madi Sina (Dakwat Ibnu Sina) Algebra - Asalnya Al-Jibra (Rumusan Ilmu Metamatik oleh Al-Khawarizmi)...dan banyak lagi. Oleh itu, tak perlulah memuja sangat saintis2 Barat dan jangan biarkan kita di Brain Wash untuk menerima bulat2 fakta2 dari mereka. Wassallam. Shahrul Fitri Zainal Yahoo! Toolbar is now powered with Search Assist. Download it now!