www.MangkukTingkat.com

Program MangkukTingkat.com
merupakan program anjuran Yayasan Pembangunan Nur Hikmah yang telah
dilaksanakan sejak bulan Mei 2008. Program ini bertujuan menyediakan
peluang pekerjaan kepada surirumah terutamanya ibu-ibu tunggal dengan
menjadi pembekal sajian makan tengahari dan sajian makan malam kepada
pelanggan-pelanggan yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka.

Sebagai
sebuah NGO yang lebih menumpukan kepada kerja-kerja kebajikan dan
pencetus kepada projek-projek yang berasaskan konsep Keusahawanan
Sosial maka Yayasan Pembangunan Nur Hikmah tidak berhasrat untuk
selamanya menjadi pemilik program MangkukTingkat.com ini.

Sehubungan
dengan itu kami menjemput pihak-pihak yang berminat dan mempunyai
pengalaman didalam perkhidmatan penyediaan, penyajian dan penghantaran
makanan untuk mengemukakan cadangan usahasama dengan Yayasan
Pembangunan Nur Hikmah untuk mengembangkan lagi program
MangkukTingkat.com ini.

Sila emailkan cadangan atau hasrat anda terus kepada presi...@nurhikmah.org..my 
sebelum tarikh 5hb September 2009. Pihak kami akan menghubungi anda untuk 
tujuan perbincangan
 lanjut.

YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH  No. Pendaftaran : 646393-A          No. 16-3, 
Jalan Mesra Niaga,     Taman Mesra,     43000 Kajang,       Selangor Darul 
Ehsan.  Telefon  : 03-87332411
Faks      :  03-87332967
HOTLINE : 1700 800 020 (24 JAM)
   Laman web : www.nurhikmah.org.my  EMAIL  : presi...@nurhikmah.org.my




Reply via email to