Semalam sewaktu menunggu waktu berbuka puasa saya dikejutkan dengan berita  
Bro. Ubaida M.A AlQudsi syahid di tanah tumpah darahnya Palestine kerana 
ditembak oleh askar Israel laknatullah. Hampir tercampak telepon yang saya 
pegang mendengar berita sedih itu.
 
Ubaida yang sepanjang belajar di UIA sangat  aktif dalam IIUM Al Aqsa Friends 
Society dan juga nasyid  baru saja menamatkan pengajian komunikasi dan pulang 
ke kampung halamannya Palestine selepas selesai peperiksaan semester lepas. 
Saya menalipon rakannya, Herbawi, untuk mengesahkan berita itu. Herbawi dengan 
nada sayu menjawab, “Yes madam, he was shot by the Israel army 2 weeks ago  
and passed away yesterday.”
 
Kelab Al-Aqsa Friends Society adalah kelab yang paling aktif menjalankan 
program2 kesedaran menyelamatkan Masjid AlAqsa. Kebanyakan ahlinya adalah 
pelajar Palestine. Mereka sering ke pejabat saya untuk membincangkan  
program dan pengurusan kelab. Merekalah diantara ribuan anak didik yang saya 
sayangi di UIA ini. Melihat wajah2 mereka akan membuat anda terasa kecil kerana 
jiwa muda mereka yang penuh dengan semangat perjuangan. Jasad di UIA tetapi 
hati nun jauh di negara tercinta. 
 
Dengan perasaan dilselubung cemas sepanjang masa kerana mengenangkan nyawa 
keluarga yang tidak putus2 diancam yahudi, mereka masih terus belajar untuk 
meraih ilmu.
 
Kalau anda biasa beri’tiqaf di IIUM SHAH’S Mosque sepuluh Ramadhan terakhir ini 
anda akan melihat kumpulan pelajar2 ini membawa walkie-talkie 
kerana menggerakkan usaha menghidupkan Ramadhan di masjid ini di kalangan 
pelajar UIAM. Saya dapat rasakan perasaan cinta mereka pada masjid UIA yang 
merupakan menifestasi dari cinta mereka kepad Masjidil Aqsa.
 
Syahidnya Ubaida akan semakin membakar semangat rakannya2 di sini.
Ini merupakan pemergian ke dua graduan yang bakal menerima skrol semasa konvo 
2009 yang akan berlangsung bulan depan. Sebelum ini telah pergi Shafawati yang 
aktif dalam Kelab Mentor-mentee Gemilang kerana sakit Leukimia. Anak sulung 
dari 8 beradik berasal dari Sarawak, Shafawati yang dikenali sebagai Kak Sha di 
kalngan juniornya sangat peka dengan masalah masyarakat sehingga sanggup 
menghabiskan masanya dalam kerja2 kemasyarakatan CENSERVE tanpa memperdulikan 
penyakitnya.
 
Kedua2 mereka adalah hasil produk the Garden of Knowledge and Virtue yang 
benar2 menterjemahkan ilmu yang mereka dapati dalam bentuk bakti suci buat 
ummah tercinta. Pemergian mereka yang ditangisi oleh teman2 akan menyemarakkan 
lagi semangat cintakan ummah di kalangan pelajar2 UIA seluruhnya.
 
Konvo 2009 dijangka paling syahdu kerana pemergian 2 graduan yang menemui 
Tuhannya sebelum sempat menerima skrol dan pencapaian dua orang insan istimewa 
Nik Nor Ermiza dan Fahmi.
 
Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk terus membantu menghasilkan jiwa2 besar 
dari UIA yang bakal memimpin ummah tercinta ini. Ameen Ya Rabbal ‘Alameen.

Kirim email ke