HUKUM MENGHINA AGAMA DAN KEPERCAYAAN ORANG
LAIN<http://tokkupasirgudang.blogspot.com/2009/08/hukum-menghina-agama-dan-kepercayaan.html>

Oleh: Ustaz Mat Esa Bin Deraman



<http://3.bp.blogspot.com/_nloHRV3YIDk/SplXKbl2q4I/AAAAAAAAAJQ/0ZcoNQqpf34/s1600-h/aa40708adc21e226%5B1%5D.jpg>
Islam agama yang datang daripada Allah amat mulia dan terpuji. Setiap umat
Islam diminta memelihara Islam dan mempertahankannya daripada dicemari oleh
musuh-musuh yang jahil dan kufur. Diantara tuntutan Islam bagi memelihara
agama ini ialah melarang umatnya menghina agama dan kepercayaan umat lain.
Ini akan mendorong mereka melakukan tindak balas yang akan merugikan umat
Islam. Islam adalah agama dakwah bukannya pencetus kepada permusuhan. Firman
Allah dalam surah Al-An’am ayat 108:


*وَلاَ تَسُبُّوْا الَّذِيْنَ يَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللهِ فَيَسُبُّوْا اللهَ
عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ*


Dan janganlah kamu cerca benda-benda Yang mereka sembah Yang lain dari
Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas
Dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan
tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah
tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa Yang mereka
telah lakukan.

As-Sobuni dalam tafsirnya “Sofwatul tafasir (Jilid 1, m/s 410)” berkata:
“Dan janganlah kamu mencela sembahan-sembahan orang musyrikin dan
berhala-berhala mereka maka, mereka kelak akan membalasnya dengan celaan
kepada Allah dalam keaadaan jahil dan akan bersifat melampau disebabkan
mereka tidak mengetahui kebesaran Allah S.W.T.
Ibnu Abbas berkata, orang-orang musyrikin Mekah berkata kepada Nabi Muhammad
s.a.w; “Berhentilah daripada menghina tuhan-tuhan kami ataupun kami akan
menghina Tuhan kamu”. Maka Allah menurunkan laranganNya ini.

As-Syaukani berkata dalam tafsirnya “Fathul Qadir” (Jilid 2, m/s149) ketika
menafsirkan ayat ini, “ ayat ini menjadi dalil bahawa penyeru kepada
kebenaran dan pencegah kebatilan, apabila bimbangkan perbuatan menghina
agama orang lain menyebabkan tindakan yang melampau sebagai balasannya, maka
hendaklah dia meninggalkan penghinaan itu, bahkan wajib!

Ibnu Kathir berkata dalam tafsirnya “Tafsir Al-Quranil Azim (Jilid 2, m/s
262)”: “Allah melarang Nabi s.a.w dan orang-orang yang beriman daripada
menghina sembahan orang-orang musyrikin, walaupun ada kepentingannya,
sekiranya kemudharatan lebih besar, iaitu tindakbalas orang kafir yang akan
menghina Allah S.W.T.

Prof. Wahbah Az-Zuhaili berkata dalam tafsirnya “Al-Munir (Jilid 7, m/s
327): “Ulama’ berkata bahawa hukum ayat ini kekal iaitu larangan menghina
segala kebesaran agama mereka seperti salib, sembahan mereka, tempat ibadat
mereka, dan jangan terdedah melakukan perbuatan tersebut kerana ianya
seolah-olah menggalakkan maksiat iaitu penghinaan kepada Allah dan
Rasulnya”.

Kesimpulannya ialah penghinaan secara terbuka terhadap agama lain boleh
membawa sifat prejudis mereka terhadap Islam. Bahkan kejahatan mereka yang
melampau akan merugikan umat Islam apatah lagi dalam suasana sebegini. Allah
S.W.T. memerintahkan kita berdakwah bukannya mencela atau menghina. Islam
tidak perlu kepada pelaris yang bersifat menghina kepercayaan orang lain.
Kerana Islam terlalu indah.


http://tokkupasirgudang.blogspot.com/2009/08/hukum-menghina-agama-dan-kepercayaan.html

Kirim email ke