Assalaamualaikum pls contact me 4 your answer  my no 0192235811

Sent from my iPhone

On Oct 6, 2009, at 5:26 PM, Azati Annuar  wrote:

salam ustaz....

saya ingin bertanya soalan...

1. Ada seorang ibu yang sudah tua di tanggung oleh anak lelakinya yang tidak 
berkahwin, dan tidak mempunyai saudara mara yang lain. Segala perbelanjaan si 
ibu termasuk kos rawatan yang mahal setiap bulan semuanyer di tanggung oleh si 
anak. Di takdirkan, bukan ibu yang pergi dahulu tetapi si anak ini. Setelah 
permergian anaknya ini, si ibu cuma memperolehi 1/3 dari keseluruhan harta si 
anak. yang lain semua adalah milik baitulmal. Bagaimana si ibu ini harus 
meneruskan kehidupannya dengan kos rawatan yang mahal dan tiada punca nafkah? 
Adakah cara yang sesuai yang boleh dilakukan oleh si anak utuk memastikan si 
ibu dapat sepenuhnya harta peninggalannyer nanti?


2. Seorang ayah ingin menyerahkan sebahagian beasr hartanya kepada anak 
gadisnya kerana anak gadisnyalah yang bersusah payah menjaga dia selama ini. 
anak anak lelaki semua tak bole di harap. Jika menurut ustaz wasiat tidak boleh 
digunakan untuk memastikan anak gadisnya mendapat lebih dari saudara lelakinya, 
bagaimanakah cara yang sesuai? terutama dari segi duit di dalam bank.

harap ustaz dapat memberikan pedoman,

From: "ah...@yahoo.com" <ah...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, September 17, 2009 5:58:15 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Belajar Faraid




Belajar Faraid

Oleh: Ustaz Mat Esa Bin Deraman



Bismillah..Ilmu yang pertama Allah Taala angkat dari dada manusia ialah ilmu 
harta pusaka yang dikenali sebagai Faraid. Ada orang kata susah nak faham ilmu 
ini. Bagi saya, tidaklah susah kalau kita faham kaedahnya dan hanya 
aplikasikannya kepada keluarga kita. Maksud saya ialah hanya melihatnya dengan 
ruang yang khusus untuk kita sahaja. Katakan kita mempunyai seorang ibu dan 3 
adik beradik. Selesaikannya dengan mengandaikan salah seorang daripada keluarga 
kita meninggal. Contoh kalau ibu meninggal, maka yang akan mewaisi 3 beradik 
tadi. Kalau semua lelaki dibahagikan dengan sama rata. kalau 2 lelaki dan 
seorang perempuan maka nisbahnya adalah 2:2:1

saya ingin berkongsi ilmu ini kepada sesiapa yang berminat. Di sini saya 
lampirkan muqadimah ilmu faraid yang saya catatkan ketika berada di Mesir, 
Alhamdulillah.
Ilmu pusaka ialah satu ilmu yang membicarakankan bagaimana harta orang yang 
meninggal dunia dibahagikan kepada waris-waris yang berhak mengikut ilmu syarak.

Apabila seseorang itu meninggal dunia maka menjadi kewajiban bagi mereka yang 
hidup untuk membahagikan harta simati mengikut hukum Faraid yang terkandung 
dalam Al-Quran,Hadist dan juga Ijma’ Ulama’(persepakatan mereka dalam satu-satu 
hukum syarak)

Hak-hak yang berkait dengan harta simati
Tiap-tiap harta yang ditinggalkan oleh simati samada berbentuk wang 
ringgit,saham, imbuhan,insuran, rumah,tanah dan sebagainya sebelum dibahagikan 
hendaklah dilaksanakan perkara-perkara yang berikut:


1-Pengurusan jenazah.

Segala perbelanjaan pengurusan jenazah sepeti upah mandi,kafan dan pengkebumian 
hendak diambil daripada harta simati melainkan kalau ada waris yang ingin 
mengeluarkan perbelanjaan sendiri.Perlu diingat bahawa pemberian saguhati 
kepada orang yang melakukan solat jenazah ataupun belanja untuk mengadakan 
tahlil arwah tidak boleh diambil daripada harta pusaka.


2-Menunaikan wasiat yang berupa pemberian atau agihan harta.
Sebelum dibahagikan harta pusak waris hendaklah memastikan bahawa simati tidak 
meninggalkan wasiat yang berbentuk pemberian atau agihan harta.sekiranya simati 
sebelum meninggal dunia ada meninggalkan apa-apa wasiat maka wajib ditunaikan 
wasiat ini sebelum dibahagikan harta pusaka dengan syarat tidak melebihi 1/3 
dan bukannya wasiat ini ditujukan kepada waris yang sudah berhak mendapat harta 
pusaka.Contohnya, kalau sianak sudahpun berhak menerima pusaka daripada ayahnya 
maka dia tidak layak menerima harta wasiat lagi.Dalam satu hadist Nabi s.a.w 
bersabda yang bermaksud “Tidak boleh wasiat kepada waris”
3-Membayar Hutang

Harta-harta yang ditinggalkan oleh simati diboleh diambil oleh mana-mana waris 
melainkan sesudah dijelaskan hutang simati.Sabda Rasululah s.a.w yang 
bermaksud.”Jiwa orang beriman tergantung disebabkan hutangnya sehinggalah dia 
menjelaskannya” .


4-Membahagikan harta pusaka kepada mereka yang berhak.

Sesudah dilaksanakan tiga perkara tersebut barulah waris-waris yang berhak 
boleh mengambil harta ini mengikut bahagian-bahagian yang ditentukan oleh Allah.

Peringatan.
Antara hutang dengan wasiat maka perlu didahulukan hutang.sekiranya harta yang 
ditinggalkan hanya cukup untuk penyenggaraan jenazah maka waris akan menanggung 
hutang tersebut.Kalau sekiranya waris tidak mampu maka menjadi tanggungjawab 
Kerajaan Islam bagi membayarnya samada menggunakan wang zakat atau seumpamanya.


Bahagian-bahagian pusaka dalam Al-Quran

Allah s.w.t menyebut tentang kefarduan umat Islam dalam pembahagian harta yang 
adil mengikut hukum syarak.Didalam surah An-Nisa’ dinyatakan secara terperinci 
bahagian-bahagian yang menjadi hak waris-waris tertentu. Antara pecahan-pecahan 
yang disebut oleh Allah ialah 1/3, 1/6, 2/3, 1/2, 1/4, 1/8 dan gandaan serta 
baki selepas penerimaan pecahan.
Golongan-golongan yang berhak

Apabila seseorang itu meninggal dunia ada 3 golongan yang berhak mendapat harta 
pusaka samada banyak ataupun sedikit.

1-Suami atau isteri
2-Ibubapa simati
3-Anak lelaki atau perempuan

Golongan ini dinamakan sebagai golongan yang wajib menerima harta pusaka dan 
tidak ada yang dapat menghalang mereka sama sekali. Secara umumnya kita boleh 
menyenaraikan kesemua mereka yang berhak mendapat harta. Namun dikalangan 
mereka ini kadang-kadang tidak berhak disebabkan adanya waris yang lebih dekat 
dengan simati.


Ada 15 golongan waris yang lelaki yang berhak mewarisi

1-Ayah
2-Datuk
3-Anak Lelaki
4-Cucu lelaki daripada anak lelaki hingga kebawah seperti cicit dll.
5-Adik-beradik lelaki seibu sebapa
6-Adik-beradik lelaki sebapa sahaja
7-Adik-beradik lelaki seibu sahaja
8-Anak saudara lelaki seibu sebapa
9-Anak saudara lelaki sebapa
10-Bapa saudara seibu sebapa
11-Bapa saudara sebapa sahaja
12-Anak bapa saudara seibu sebapa (sepupu)
13-Anak bapa saudara sebapa (sepupu)
14-Suami
15-Bekas tuan yang membebaskan hambanya


Ada 10 golongan perempuan yang dianggap menjadi waris bagi simati


1-Ibu
2-Isteri
3-Anak perempuan
4-Cucu perempuan daripada anak lelaki hingga kebawah seperti cicit
dll.
5-Adik-beradik perempuan seibu sebapa
6-Adik-beradik perempuan sebapa sahaja
7-Adik-beradik perempuan seibu sahaja
8-Nenek sebelah ibu
9-Nenek sebelah bapa
10-Bekas tuan yang membebaskan hambanya



http://tokkupasirgu dang.blogspot. com/search? updated-min= 2009-04-01T00% 
3A00%3A00% 2B08%3A00&updated-max= 2009-05-01T00% 3A00%3A00% 
2B08%3A00&max-results= 3



Messages in this topic (2) Reply (via web post) | Start a new topic
Messages | Links
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at 
hidayahnet-ow...@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices 
http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/
MARKETPLACE
Mom Power: Discover the community of moms doing more for their families, for 
the world and for each other



      

Kirim email ke