Salam kepada semua,

Untuk keterangan hadis ini biarlah mereka yang ada ilmu dan 'arif yang
menerangkannya, kerana di khuatiri akan menyimpang atau terpesong dari
maksudnya yang sebenar.

Sebagaimana yang kita ketahui berdasarkan hukum fekah sebagai contohnya,
sesuatu perbuatan yang wajib di dalam solat jika di tinggalkan dengan
sengaja (tanpa keuzuran / terlupa) maka hukum fekahnya mengatakan solat itu
adalah tidak sah.

Begitu juga dengan perbuatan dosa-dosa besar seperti mencuri, berzina atau
membunuh sekiranya kita mati tanpa sempat bertaubat nasuha, maka hukuman
Allah adalah ke neraka. Begitulah sebaliknya, kalau kita membuat
amalan-amalan baik dan soleh maka, di janjikan syurga oleh Allah.

Betulkan kenyataan saya ini, seandainya ada kesilapan.

Wallahuaklam.



2009/10/7 <>

>
>
> maksudnya, sejahat mana kita pun, bila kita bertaubat, Allah akan ampunkan.
> Allah kan MAHA Pengampun.
>
> Dosa kita dgn Allah, bila taubat InsyaAllah Allah ampunkan,
> kalau buat dosa lagi, kita taubat lagi.....
> dgn kata lain, 'don't worry, be happy'
> tak perlu minta dgn paderi nak ampunkan dosa. Ini yg ramai
> org Islam yg telanjur pi jumpa Paderi, sebab Paderi boleh tolong
> bersihkan dosa mereka.
>
> Tetapi kalau depa yg terlanjur dan jumpa tok imam, kena ceramah
> dulu, cerita pasal seksaan Allah. aaaaahhh kenapa le Allah zalim sangat
> (dlm fikiran mereka kot lepas kena ceramah)
>
> Cuma kena ingat le, walaupun Allah tetap ampunkan dosa kita (kecuali
> syirik),
> elakkan 'terlanjur', di buatnya kita mampus sebelum sempat taubat. Naya
> maaa...
> so lu fikirlah sendiri.
>
>
>
>
> 2009/9/28 <>
>
>>
>>
>>   x paham hadith ni..mcm menggalakkan buat dosa plak..
>>
>> --- On *Sat, 26/9/09, a...@yahoo.com <a...@yahoo.com>* wrote:
>>
>>
>> From: a...@yahoo.com <a...@yahoo.com>
>> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Buat Yang Terlanjur
>> To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>, "Abu Heakal" <
>> abu.hea...@gmail.com>
>> Date: Saturday, 26 September, 2009, 4:00 PM
>>
>>
>>
>> Hadis Abu Hurairah r.a:
>> Nabi s.a.w bersabda tentang apa yang baginda terima dari Allah s.w.t
>> katanya: Seorang hamba Allah melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku!
>> Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku telah melakukan dosa,
>> tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau
>> menghukumnya kerana melakukan dosa.
>>
>> Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai
>> Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa,
>> tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau
>> menghukumnya kerana melakukan dosa.
>>
>> Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai
>> Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa,
>> tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau
>> menghukumnya kerana melakukan dosa. Oleh itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan
>> ampunkan dosamu.
>>
>> Hamba tersebut berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat
>> aku meminta keampunan, tetapi Allah s.w.t tetap berfirman: Buatlah sesuka
>> hatimu, Aku tetap akan mengampunkan dosamu.
>>
>> (Riwayat Muslim)
>>
>>
>> ------------------------------
>> Get your preferred Email name!
>> <http://sg.rd.yahoo.com/my/mail/domainchoice/mail/signature/*http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/>
>> Now you can @ymail.com and @rocketmail.com.
>>
>>
>
>
> --
> Rozaimy Baharuddin
> http://www.komputer.com.my
>
> 
>

Kirim email ke