LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
PENYATA KEWANGAN UNTUK NEGERI SEMBILAN TAHUN 2008

Berikut beberapa  petikan dari laman web http://www.audit.gov.my

HUTANG KERAJAAN NEGERI
Pada akhir tahun 2008, baki hutang Kerajaan Negeri telah meningkat sejumlah 
RM289.79 juta atau 15.7% kepada RM2.14 bilion berbanding RM1.85 bilion pada 
tahun 2007. 

Baki berjumlah RM2.14 bilion tersebut adalah merupakan baki pinjaman pokok yang 
belum dijelaskan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan Projek Rancangan Bekalan Air, 
Perumahan Awam Kos Rendah, Projek Perbadanan Kemajuan Negeri, Projek Ladang 
Hutan dan Projek Pelbagai. 

Peningkatan baki pinjaman adalah disebabkan oleh pinjaman yang diterima oleh 
Kerajaan Negeri berjumlah RM291.98 juta pada tahun 2008. 

Kedudukan hutang Kerajaan Negeri pada akhir tahun 2008 berbanding tahun 2007 
adalah seperti di Jadual 4.39.

Analisis perbandingan antara jumlah baki hutang awam berbanding baki tunggakan 
bayaran balik pinjaman pada tahun 2008 adalah tidak memuaskan. 

Ini disebabkan baki hutang awam dan tunggakan bayaran balik masing-masing telah 
meningkat sejumlah RM289.79 juta dan RM96.27 juta pada tahun semasa.

Laporan penuh pada pautan berikut 
http://pasns.blogspot.com/2009/10/hutang-kerajaan-nsembilan-rm214-billion.html 



      

Kirim email ke