Keluhan seorang aktivis dakwah dan aktivis masyarakat di N.Sembilan di bawah 
ini. Siapa yang sudi membantu adalah amat dialu-alukan. Siapa yang tidak 
berkemampuan untuk membantu setidak-tidaknya berdoa untuk kebaikan kita semua.

****************************
Apalah makna kita mengaku umat Nabi Muhammad saw tetapi tetamu kita persiakan, 
kehadirannya dianggap menyusahkan dan membebankan. Urusan dan sakit peningnya 
tidak diambil peduli. Pangkat dan kuasa menutup mata. Memandang manusia dengan 
pandangan hina. Kalau beginilah orang yang diberi amanah untuk menjalinkan 
ukhuwah adakah akan berjaya !

Kami di YKSNS kini menumpukan aktiviti yang boleh diukur pencapaiannya, 
contohnya menukar kad pengenalan, mengajar solat, menyediakan kemudahan makan 
minum dalam tempoh perlindungan, berusaha untuk mendapatkan pekerjaan, cuba 
menyediakan pekerjaan untuk saudara baru, berusaha memperbaiki hubungan 
kekeluargaan saudara baru yang bermasalah kerana perpindahan agama. 

Malanglah, kami tidak mendapat pertolongan yang sewajarnya dan sepatutnya 
daripada agensi berkaitan. Apabila ada pihak bertindak dengan kasar, pegawai 
kerajaan bergegas-gegas buat kerja tetapi apabila diminta dengan penuh sopan 
santun mereka tidak memberi perhatian. 

Kalau kita bandingkan SOP paderi kristian dengan pendakwah kita - kita jauh 
ketinggalan.

Saya memerlukan bantuan, tolonglah bukan untuk diri saya tetapi demi agama. 
Raikanlah saudara baru - tolonglah....

Kalau tak sanggup letak jawatan dan bagi kepada orang lain yang mampu dan 
layak. Ramai ustaz-ustaz yang lain berkelulusan dan prihatin. 

Pilihlah yang mampu buat dan penuhi tanggungjawab.

Cerita sepenuhnya di http://yksn9.blogspot.com/2009/10/jaringan-kerjasama.html 

Alhamdulillah, hari ini saya ke Pusat Dakwah Islamiah Paroi dengan 2 misi, 
pertama untuk membuat pendaftaran saudara baru dan kedua ingin berkenalan 
dengan KPP Dakwah yang baru. 

Sukarelawan kami, Hajah Norizan memaklumkan bahawa kami ingin membuat 
pendaftaran saudara baru. Dia pun bawa borang untuk diisi. Saudara baru ini 
tidak berpelajaran. Pegawai itu suruh dia mengisi borang. Sambil melutut di 
meja sofa di ruang menunggu saudara baru ini pun mengisi borang. 

Ada beberapa orang pegawai di situ. Tiada keraian, tiada keceriaan, tiada 
kata-kata sapaan. Hambar dan cukup membimbangkan suasana PDI, saya kata bukan, 
saya bukan ustaz. Apa sebab dia berfikir begitu? tak tau lah...
Lagi kelakar, pegawai yang membawa borang masuk Islam itu, tanya Hajah Norizan 
- seorang je kan yang nak masuk Islam hari ini. Nak tanyalah berapa kali kena 
masuk Islam. 

Nampaknya kita kena pegi belajar dengan padri kristian la...

Cerita sepenuhnya di 
http://yksn9.blogspot.com/2009/10/alhamdulillah-hari-ini-saya-ke-pusat.html 



      

Kirim email ke