*
Menurut al-Ghazali : Nafsu boleh dikekang dengan kekangan takwa. Dengan
itu ia akan menjadi lemah dan tunduk mengalah. Kewarakan seseorang juga
boleh membelenggunya sehingga nafsu tidak berpeluang menjalankan
peranannya.Dengan kesedaran bahawa nafsu itu musuh yang akan
mendatangkan kecelakaan , ia perlu dilemahkan dengan penghinaan. Jangan
sekali-kali diberi muka dan dilayani keinginannya.


Ulamak sufi menganjurkan tiga langkah untuk melemahkan hawa nafsu:

Pertama, setiap keinginan nafsu itu hendaklah dicegah dan ditahan. Ini
bererti ia dikurung atau dibelenggu. Umpama binatang liar, apabila
dikurung atau ditambat, ia menjadi jinak juga akhirnya.

Kedua, hendaklah diberikan suatu tekanan atau deraan yang berat ke
atasnya. Umpama kaldai yang liar, apabila dilebihkan muatan beban di
atas belakangnya, nescaya ia menjadi lemah dan akan menurut perintah,
apa lagi kalau dikurangkan rumput untuknya.

Ketiga, hendaklah sering berdoa, memohon perlindungan daripada Allah
Taala agar terselamat daripada angkara nafsu jahat (nafsu ammaratun
bil-su`).

Langkah ini penting, kerana hanya dengan mendapat rahmat Allah Taala,
hamba-Nya akan
bebas daripada pengaruh atau runtunan nafsu.

Dalam al-Quran, Allah mengisahkan, bahawa nabi Allah Yusuf alaihissalam
bersabda, mafhumnya : Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan
kecuali orang yang dirahmati oleh Tuhanku. (Yusof:53)

Berpuasa juga antara cara untuk mengawal nafsu.

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 12/09/2009 08:46:00 AM

Reply via email to