Baru-baru ini saya menghadiri mesyuarat PIBG. Ianya bertujuan untuk meluluskan 
Bayaran Tambahan pelajar untuk pada tahun 2010 ini.

Ini adalah kerana peruntukan Kementerian Pelajaran pada tahun 2010 akan 
berkurangan sebanyak RM 4 Billion berbanding tahun 2009. 

Akibat daripada kekurangan yang begitu banyak peruntukan perbelanjaan ini ialah 
:
1. Bil air dan api perlu dibayar oleh pihak sekolah, bukan oleh pihak Jabatan 
Pelajaran lagi.
2. Tuntutan perjalanan dikurangkan
3. Perbelanjaan kursus guru dikurangkan
4. Yuran makanan asrama untuk jumlah pendapatan ibu bapa lebih RM 5000 naik 
dari RM 1 ke RM 3 sehari.
5. Tiada perbelanjaan pembangunan
6. Kos membaik pulih sekolah ditanggung oleh pihak sekolah bukan jabatan
Dan banyak lagi perkara lain yang tidak tercatat oleh saya.

Justeru itu sebagai persiapan menghadapi tahun yang begitu sukar 2010 ini ibu 
bapa, guru, kakitangan dan pelajar perlulah berganding bahu agar pelajaran 
anak-anak kita tidak terjejas.

Antara tindakan yang boleh diambil ialah :

1. Ibu bapa digalakkan membawa tukul besi, mesin rumput dan lain-lain 
peralatan, agar kalau ada kerosakan kecil di sekolah ibu bapa boleh tolong 
baiki. Kereta saya sebelum ini pun sentiasa ada peralatan membaiki, supaya 
mudah untuk membaiki paip bocor, perabot patah di surau dan sekolah Rendah 
Islam anak saya.

2. Ibu bapa digalakkan sentiasa berpesan kepada anak-anak , agar jimat 
menggunakan air dan elektrik di sekolah. Tutup suis elektrik dan paip air 
apabila tidak menggunakannnya. Apabila ambil wudu gunakan air yang sedikit. 

3. Guru besar perlu menasihati guru-guru dan kakitangan agar berjimat cermat 
menggunakan kemudahan sekolah. Penghawa dingin tak perlu di pasang pada awal 
pagi. Gunakan kipas jika perlu.

4. Banyakkan program menjana ekonomi PIBG dan Sekolah seperti Hari Kantin, Hari 
Koperasi dan sebagainya agar dapat membantu pihak sekolah membayar bil air dan 
elektrik disamping membantu pelajar-pelajar dari keluarga yang susah dan miskin.

5. Ibu bapa hendaklah memastikan Yuran Sekolah , Bayaran Tambahan Sekolah 
dibayar tepat pada masanya. Sekiranya ada ibu bapa yang tidak mampu, pastikan 
mereka memohon bantuan Tabung KWAPM, Baitul Mal, Jabatan Kebajikan Masyarakat 
dan sebagainya.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1431
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MASIHI 2010



      

Kirim email ke