I*slam* sangat menggalakkan umatnya menuntut Ilmu.Samada Ilmu dunia atau
Ilmu akhirat.

Allah berfirman, maksudnya:" Allah yang menciptakan tujuh langit dan tujuh
bumi, saperti langit, turun berkali kali perintah Allah antara langit dan
bumi supaya engkau memperolehi ilmu, supaya kamu sekalian mempunyai ilmu,
bahawa Allah itu kuasa atas segala sesuatu dan bahawa Allah sudah berilmu,
sudah mengetahui segala sesuatu yang meliputi ilmu itu untuk segala
sesuatu." (At Talaq:12)

Namun apa yang berlaku kepada sesetengah orang yang sudah mendapat ilmu
ialah:-

   - Menimba ilmu Islam dari orang kafir di universiti universiti.
   - Menjadi sombong dengan Ilmu.Dia bukan makin merendah diri kepada Tuhan
   dan manusia.
   - Menggunakan ilmu sebagai mencari jawatan (saperti jawatan Mufti) atau
   kekayaan dunia atau pangkat atau untuk kepentingan politik dan diri sendiri.
   - Sudah dapat ilmu bukan menambah takutnya kepada Tuhan.
   - Ilmu yang dimiliki tidak pun dijadikan panduan hidup.
   - Dengan ilmu yang banyak tidak pun dapat berusaha menarik orang yang
   bukan Islam masuk Islam.
   - Mempunyai ilmu dalam satu bidang contohnya syariah tetapi berlagak
   pakar dalam bidang bidang lain.
   - Mereka sama mereka suka berbalah dan cabar mencabar  secara terbuka
   mengakibatkan masyarakat awam jadi serba salah tentang siapa yang benar.
   - Mereka menjadi punca pemikiran masyarakat jadi haru-biru akibat "Fatwa"
   mereka yang sentiasa berubah ubah (mengikut selera mereka).
   - Ahli Ilmu yang beku dan jumud menyebabkan masyarakat cepat jadi jahat
   kerana ahli ilmu itu sendiri sudah jadi jahat
   - Ahli Ilmu gagal menjadi obor kepada masyarakat


Salaam & Regards

*Amri el Wahab*
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com

*Mutiara Kata*:"Kalau kita hendak menasihati orang tanya hati kita
dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada
orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita
hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk
kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".
Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan
bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita
dapat tapi bala.

Sent from Kuala Lumpur, Malaysia

Kirim email ke