Setuju.. dan lagi patutnya kementerian perumahan ke atau mana2 kementerian yg 
bertanggungjawab , bahagian pinjaman perumahan, bank2 yg meluluskan pinjaman 
sepatutnya memantau projek2 perumahan berkenaan, bayaran dibuat kepada pemaju 
berdasarkan peratus siap dan potongan yg dibuat daripada pembeli pun 
berdasarkan peratus siap . Ni takde, rumah entah kemana, bank dah bayar 100% 
kpd pemaju dan potong juga 100% daripada pembeli (walaupun potongan dibuat 
secara bulanan, pengiraan telah ambil kira full amaun)..mmg sedap la pemaju 
setan belasah duit bank (hakikatnya duit pembeli) .

Myza Sidek

--- On Wed, 9/12/09, Abu sa...@yahoo.com <Abu sa...@yahoo.com> wrote:


From: Abu sa...@yahoo.com <Abu sa...@yahoo.com>
Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] Pembeli Rumah Ditipu Orang Minyak
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Received: Wednesday, 9 December, 2009, 6:36 PM


 





Ya..sepatutnya dah lama kerajaan buat undang2 supaya kejadian sebegini tak 
berulang lagi.
Pemaju sebegini sepatutnya dah dicampakkan ke dalam penjara supaya merasai 
keperitan
pembeli yang ditipunya .Setakat disenarai hitam apa ci …!!!! Esok cari nama org 
lain dan daftar
nama syarikat lain dan terus tipu org2 lain……..
 
Tak seperti di Melaka ataupun mungkin di tempat lain……rumah taman hanya boleh 
dibeli setelah
rumah tersebut siap segalanya ( termasuk sijil menduduki ), jadi pinjaman akan 
diluluskan bila
butiran mengenai rumah lengkap.
Tak menyusahkan , tak sampai sebulan dah boleh pindah dan tak payah nak pening 
kepala nak
bayar sewa dll.
Nasihat tambahan kepada pembeli, Tanya dulu pihak pemaju “ package “ 
begini….kalau tak de
tinggalkan……kalau degil juga nak beli , jgn salahkan sesiapa kalau dah kena 
tipu .
 
Wassallam
 
 
-----Original Message-----
From: hidayah...@yahoogro ups.com [mailto:hidayahnet@ yahoogroups. com] On 
Behalf Of Suara N9
Sent: Monday, November 30, 2009 11:33 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Pembeli Rumah Ditipu Orang Minyak
 
 



Dari Blog YB Dato Kamarul , Pengerusi PKR N.Sembilan

November 2009
PEMBELI RUMAH DITIPU 'ORANG MINYAK'

Sekiranya ada yang sudah lupa, atau belum tahu ceritanya, biar saya ulang. 
Kisah seorang wanita warga emas, Siti Hawa Abdullah, 61 tahun. Tahun 1982, 
masih muda pada usia awal 30an, dia berhasrat memiliki rumah sendiri. Dia 
membeli sebuah rumah di Taman Senawang Jaya (Fasa 1C), Seremban. Ketika 
membayar wang pendahuluan kepada pihak pemaju, dia membayangkan betapa 
bahagianya tinggal di rumah sendiri dalam tempoh 2 tahun lagi.

Malang baginya sebab setelah menunggu penuh semangat selama 2 tahun, rumahnya 
tidak siap. Dia terus menunggu, menunggu, dan menunggu. Akhirnya beberapa bulan 
lalu rumah idaman itu siap juga, setelah dia menunggu selama 27 tahun! 
Bayangkan dari pertengahan usia hingga memasuki usia emas, dia menunggu selama 
lebih suku abad untuk mendapat rumah. Tidakkah Siti Hawa boleh disenaraikan 
dalam Buku Rekod Dunia sebagai pembeli paling lama menunggu untuk mendapatkan 
rumah?

Perangkaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyebut ada 148 projek 
perumahan terbengkalai dilaporkan sejak tahun 1990. Berpuluh ribu pembeli kini 
masih menjadi mangsa.

Seorang pembantu pengurus di sebuah syarikat pengangkutan berjumpa saya 
baru-baru ini, membawa bersamanya surat perjanjian jual beli rumah, surat 
peguam, surat bank dan lain-lain dokumen. Dia membeli rumah kos sederhana satu 
kawasan perumahan di pinggir KL, berharga RM150,000. Projek tersebut sepatutnya 
siap dalam 3 tahun. Sampai kini dia sudah menunggu lapan tahun, rumah impian 
itu baru lebih kurang 30 peratus siap – baru nampak tiang, bumbung dan 
sebahagian dinding yang semuanya sudah berlumut dimakan cuaca – itu pun dalam 
semak samun yang mungkin telah menjadi tempat musang, ular sawa, kala jengking 
atau jin aprit, jembalang tanah dan suku-sakatnya.

Rumah tidak tahu bila akan siap, tetapi sejak hari pertama menandatangani 
perjanjian jual beli, termasuk dengan pihak bank, dia telah menanggung segala 
akibatnya. Dia terpaksa membayar balik kepada bank RM1,350 setiap bulan. 
Terlewat sehari dua bank bising-bising, dan kenakan faedah lambat bayar. Dalam 
waktu yang sama dia kena juga membayar sewa rumah. Bayangkan lapan tahun 
membayar balik pada bank untuk rumah yang tidak pernah diduduki. Lapan tahun 
juga terpaksa tinggal di rumah orang yang sewanya naik, naik, dan terus naik. 
Dia sekarang sudah separuh gila sebab dikejar bank setelah dua bulan 
tertunggak. Terkini, dia menerima surat peguam dari bank untuk mengheretnya ke 
mahkamah kerana kegagalan melunaskan hutang.

Alangkah menderitanya hidup! Semuanya gara-gara pihak pemaju yang tidak 
bertanggungjawab. Bagi berpuluh ribu mangsa yang menderita, apa lagi kata-kata 
dan gelaran yang patut diberikan kepada pemaju berkenaan selain penyangak, 
lintah darat, pembelit, kaki putar alam. Pemaju sudah awal-awal ‘sakau’ duit 
pembeli. Ketika pembeli tercungap-cungap dikejar bank, pemaju mudah sahaja cuci 
tangan dan menghilang diri. Menurut kenyataan kementerian berkenaan sebanyak 
120 kontraktor telah disenaraihitamkan seluruh negara setakat ini atas pelbagai 
kesalahan, termasuk kegagalan menyiapkan projek perumahan mengikut jadual.

Apakah cukup sekadar ‘dihitamkan’? Sedangkan sesetengah dari kontraktor hitam 
itu masih terus selesa dengan rumah besar, kereta mewah, makan angin luar 
negara. Ketika pembeli menderita, mungkin ada yang membunuh diri, ‘orang 
minyak’ itu terus ketawa besar, cerut besar, perut besar. Sedikit pun tidak 
rasa bersalah.

RM200 juta juga telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2010 untuk membantu projek 
rumah terbengkalai. Peruntukan dalam Belanjawan 2010 itu terlalu kecil, dan 
patut ditambah bagi membantu berpuluh-puluh ribu lagi pembeli rumah yang 
sesetengahnya telah menunggu dalam derita selama sepuluh tahun.

Apalah RM200 juta jika dibandingkan dengan skandal PKFZ yang berjumlah 
berbilion-bilion ringgit itu. Menyedihkan dan menyakitkan hati kos awal projek 
komersial dan perindustrian Zon Bebas Pelabuhan Klang hanya RM2.5 bilion, 
tiba-tiba melonjak RM4.6 bilion.

Siapakah musibatnya? Pada ketika berpuluh ribu pembeli rumah menderita dan 
mengharapkan bantuan untuk mengatasi masalah projek rumah terbengkalai, ada 
pula pihak yang dengan mudah menyelewengkan duit berbilion ringgit menerusi 
projek PKFZ. Ini yang orang politik kita kena tengok!

Artikel penuh di http://telokkemang. blogspot. com/2009/ 11/pembeli- 
rumah-ditipu- orang-minyak. html








      
__________________________________________________________________________________
See what's on at the movies in your area. Find out now: 
http://au.movies.yahoo.com/session-times/

Reply via email to