Malaysia adalah antara 3 negara di dunia yang paling banyak di sambar petir dan 
kilat.

Saya pernah menulis mengenai perkara ini pada pautan berikut 
http://waghih.blogspot.com/2009/07/malaysia-negara-panahan-petir-tertinggi.html 

Segala peristiwa manusia dan binatang yang mati disambar petir di Malaysia saya 
muatkan dalam blog berikut http://kilatmalaysia.blogspot.com

MEREKA YANG BIJAK IALAH MEREKA YANG BANYAK MENGINGATI MATI DAN MEMBUAT 
PERSIAPAN UNTUK MENGHADAPI MATI DAN MENYEDIAKAN BEKALAN SELEPAS MATI

********************** 
Warga Korea main golf maut disambar petir
Berita Harian 29 Dis 2009 

PORT DICKSON: Kegembiraan seorang warga Korea Selatan bercuti untuk bermain 
golf di sini berakhir dengan tragedi apabila dia mati disambar petir, petang 
kelmarin. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Adnan Mohd Ali, 
berkata ketika kejadian kira-kira jam 3.30 petang, Yoon Doo Jae, 69, bersama 
empat rakannya sedang bermain golf di padang sebuah kelab golf di sini. 

Katanya, ketika kejadian hujan renyai-renyai dan mangsa tiba-tiba terjatuh 
selepas disambar petir menyebabkan sebahagian tubuhnya melecur. 

"Mangsa mati di tempat kejadian. Rakannya yang terkejut segera menghubungi 
pihak kelab itu yang kemudian melaporkannya kepada polis dan membawa mangsa ke 
hospital," katanya di sini, semalam. 

Beliau berkata, keluarga mangsa dijangka tiba semalam dan proses bedah siasat 
akan dijalankan sebelum mayatnya dibawa pulang ke Korea Selatan.  

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20091228235421/Article/index_html
 



      

Reply via email to