Thursday, December 31, 2009
Kenyataan IUMS berkaitan tembok  besi antara Mesir dan Semenanjung Gaza

Hukum Islam melarang pembinaan tembok besi bertujuan untuk menindas 
saudara-saudara Palestin kita.

Artikel Asal: http://www.ikhwanweb.net/article.php?id=22353
Selasa  29 Disember, 2009
oleh IUMS (Kesatuan Antarabangsa Ulamak Islam)
Segala puji bagi Allah, dan selawat dan salam ke atas ar-Rasul, keluarganya, 
sahabat, dan mereka yang mengikuti Hidayah.


Tembok besi yang sedang dibina saat ini oleh Mesir di sempadannya dengan Gaza 
adalah dilarang menurut pandangan Islam. Tujuannya untuk menyekat kesemua pintu 
masuk ke Gaza sudah pasti akan memburukkan lagi kelaparan dan penderitaan 
penduduk
Palestin, menghina mereka, dan meningkatkan tekanan ke atas mereka
dalam usaha untuk memaksa mereka tunduk dan menyerah kepada Israel.
Sebaik
mendengar berita itu, saya terus merasa sangsi dan menyatakan bahawa
hal itu hanya bermaksud untuk menabur bibit perpecahan antara Mesir dan
Palestin. Namun, saya sangat terkejut ketika disahkan bahawa berita itu
sememangnya benar.
Kami
tidak menafikan bahawa Mesir adalah negara bebas dan mempunyai hak
kedaulatan ke atas tanah airnya, tapi pastinya ia tidak mempunyai hak
untuk menyokong pembunuhan saudara-saudara dan jirannya di Palestin.
Ini jelas tidak boleh diterima, baik di bawah alasan Arabisme atau
persaudaraan Islam, bahkan atas alasan persaudaraan manusia pun.

Dalam
Al-Quran, Allah yang Maha Berkuasa menyebut, “Orang-orang Mukmin adalah
bersaudara” (Al-Hujurat 49:10). Juga, Nabi Muhammad (SAW) berkata,
"Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim yang lain, dia tidak berbuat
salah kepadanya, mengecewakannya, atau mengabaikannya." Baginda
(selawat dan salam ke atasnya) juga berkata, "Bantulah saudaramu, sama
ada jika dia menindas [dengan mencegah dia dari melakukannya] atau jika
dia ditindas." Nabi tidak berkata, "kepung dia, biarkan dia kelaparan,
atau tindas dia bagi pihak musuhmu."
Menjadi kewajipan dan tanggungjawab Mesir untuk membuka laluan Rafah bagi 
manfaat warga Gaza kerana itulah satu-satunya jalan keluar bagi mereka. 
Kewajipan ini
bukan sahaja tuntutan syariat Islam tetapi juga kehendak undang-undang.
Tidak ada undang-undang yang mengarahkan cengkaman dikenakan ke atas
umat Gaza atau menyuruh supaya menjadi tali barut dalam membunuh mereka.

Penduduk
Gaza mengambil langkah menggali terowong sebagai usaha mencari jalan
alternatif untuk mengatasi sekatan menyeluruh yang dipaksa ke atas
mereka. Tetapi ia tetap ditutup walaupun bila terdapat konvoi bantuan
kemanusiaan. Tindakan Mesir menyekat terowong-terowong itu adalah sama
seperti mengatakan, "Palestin boleh mati, tetapi Israel tetap akan hidup."

Seluruh
rakyat Mesir, Arab, Muslim dan individu-individu terhormat telah
menyatakan kekecewaan mereka atas pembinaan tembok besi yang zalim itu.
Mereka mengutuk fikiran yang cuba menyekat dan mematikan sebarang bentuk usaha 
bantuan kepada penduduk
Palestin. Hal ini sangat mirip dengan perancangan (road map) Israel.
Sukar untuk dipercayai dan sungguh mendukacitakan apabila selepas Palestin 
mengharungi derita penindasan Israel yang mendirikan tembok aparteid itu, Mesir 
pula menjejakinya dengan membina satu lagi dinding untuk maslahat Israel.

Saya
merayu kepada semua saudara saya di Mesir untuk berdiri teguh dan
bersatu dalam menentang rejim pemerintah dan mendesaknya memberhentikan
jenayah yang tak berasas ini. Saya menyeru Liga Arab dan Pertubuhan
Persidangan Islam untuk campur tangan dan menghentikan tragedi ini.

Saya
berharap Mesir yang bersempadan dengan Palestin tidak akan meneruskan
tindakan ini; ia benar-benar bertentangan dengan kepentingan Palestin
dan hanya menguntungkan Israel.

Saya
berharap agar Mesir akan takut kepada Allah dan seterusnya menyokong
saudara-saudara kita yang dizalimi dan dikepung, dan agar ia menjaga
dirinya sendiri daripada doa saudara-saudara kita di Palestin yang
ditindas dan dianiaya. Allah mengangkat doa orang yang ditindas ke atas
awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit seraya berkata, "Dengan
Kekuasaan dan Kemuliaan-Ku, Aku akan membuat anda menang, selepas
tempoh tertentu."

Kita
berlindung kepada Allah daripada setiap penindas dan kesombongannya. Ya
Allah, kami ditewaskan, menangkanlah kami, dan kami dizalimi, belalah
kami. Kami bermohon kepada-Mu, maka perkenankanlah kami, Wahai Engkau
yang Maha Hidup dan Maha Kekal.

Yusuf Al-Qaradawi
Presiden IUMS



      

Kirim email ke