Esok jam 3 petang Jumaat 15 Januari 2010 akan berlaku Gerhana Matahari separa 
di Malaysia.

Marilah kita banyakkan bersedekah pada esok hari. Ramai orang yang memerlukan 
bantuan disekeliling kita, jiran kita, saudara mara kita, buat surau, umat 
Islam di Gaza dan sebagainya. Banyakkanlah sedekah. Sedekah membawa baraqah.

”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda 
kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau 
lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, 
bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari no. 1044)

Lebih lanjut mengenai amalan ketika gerhana pada pautan berikut
http://waghih.blogspot.com/2009/12/jom-solat-gerhana-sedekah-malam-tahun.html

**************************

Fenomena gerhana matahari separa

Pada kali ini, gerhana matahari anulus akan berlaku pada esok hari dan 
kelihatan dengan lintasan selebar 300 kilometer (km) merentasi Afrika Tengah, 
Lautan Hindi dan Asia Timur .

Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena tersebut bermula pukul 3 petang 
hingga 5.45 petang.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0114&pub=utusan_malaysia&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_03.htm&arc=hive

Ahli PAS diminta solat gerhana matahari esok

IPOH, 14 Jan: Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein meminta 
seluruh umat Islam di negeri ini khususnya ahli PAS menunaikan solat sunat 
gerhana matahari, esok.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS negeri, Khalil Idham Lim dalam 
satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, semua PAS kawasan diarahkan untuk menganjurkan solat sunat gerhana 
di markas dan tempat lain yang difikirkan sesuai.

"Marilah kita mengambil peluang keemasan yang jatuh pada hari Jumaat, esok hari 
untuk bermunajat kepada Allah SWT agar suasana politik yang tidak tenteram dan 
tidak aman di Perak dikembalikan dengan rakyat diberikan peluang sekali lagi 
untuk memilih siapakah kerajaan pilihan mereka, Pakatan Rakyat atau BN," 
katanya yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (Adun)Titi Serong.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24234:ahli-pas-diminta-solat-sunat-gerhana-matahari-esok&catid=56:negeri-perak-darul-ridzuan&Itemid=101





Kirim email ke