KANAK-KANAK
dilahirkan umpama kain putih yang memerlukan ibu bapa dan insan
sekeliling untuk mencorakkannya, samada mahu membentuk mereka menjadi
insan yang berilmu, beriman atau sebaliknya.



Anak-anak adalah
anugerah Allah yang tidak ternilai harganya dan mereka dilahirkan ke
muka bumi ini untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan di samping
menerima didikan dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka.

Sejak
kecil mereka diberikan kasih sayang dan belaian yang tiada nilainya
supaya mereka tahu untuk menghargainya apabila dewasa kelak. Sebagai
ibu bapa, jangan ada rasa benci atau halangan untuk mencurahkan
sepenuhnya kasih sayang terhadap anak mereka, supaya mereka tidak
merasa terpinggir.

Sesibuk
manapun seorang ibu atau bapa itu dengan kerjaya masing-masing,
anak-anak tidak sepatutnya diabaikan. Walaupun diupah pengasuh untuk
menjaga makan minum si anak, namun sebenarnya anak-anak lebih
memerlukan perhatian daripada kedua ibu bapa mereka.



Anak-anak
kecil mahukan belaian kasih sayang daripada insan yang melahirkan
mereka, menyuapkan makan dan minum serta menidurkan mereka dan bukannya
hanya wang ringgit semata-mata.

Namun, kisah penderaan
kanak-kanak sering menjadi isu tatkala berlaku kes ini sehingga
melibatkan kehilangan sebuah nyawa insan yang masih kerdil dan tidak
berdosa.



Kita juga sering kali diperihalkan mengenai kisah
kanak-kanak yang didera di media elektronik dan media massa sehingga
mengusik naluri setiap insan.

Tiap kali berita seperti ini dipaparkan, ramailah yang mengutuk perlakuan insan 
yang tidak berhati perut ini.
 Reaksi terhadap perbuatan tidak berperikemanusiaan menjadi lumrah, namun ia 
tidak dapat membantu mengurangkan gejala ini.

Kes
penderaan kanak-kanak ini sering dikaitkan dari segi mental mahupun
fizikal. Akibat didera secara fizikal seperti dipukul, disimbah minyak
panas dan ada dicucuh puntung rokok ataupun ubat nyamuk, akan
meninggalkan parut-parut luka.

Malah, ada ibu bapa yang lebih
kejam sehingga mereka sanggup menekap seterika panas di badan anak
kecil ini tanpa ada rasa belas kasihan malah hanya membiarkan anak
kecil ini menangis menahan rasa sakit yang tidak terhingga.

Penderaan
dari segi mental juga meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diri
mangsa malah tiada ubat untuk mengubati kesan yang dialami. Jika
dibiarkan ia akan menyebabkan tekanan dan gangguan mental serta tekanan
jiwa yang menganggu proses pembesaran apabila mereka meningkat dewasa
kelak.

Selain itu, ada juga penderaan yang melibatkan gangguan atau deraan seksual
 seperti rogol, cabul, mahupun liwat.       Apabila
sudah tidak tahan lagi dengan penderaan dan tekanan anak-anak ini
mencari peluang untuk melarikan diri dari jagaan keluarga. Jika mereka
melarikan diri untuk menumpang dengan ahli keluarga yang lain, mereka
akhirnya akan dikembalikan kepada penjaga asal.


     Apa
yang mereka lakukan ialah lari dan berlindung dengan orang yang tidak
mereka kenali. Jika mereka bernasib baik mereka akan dihantar ke rumah
jagaan atau rumah perlindungan.

  Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (No. Pendaftaran 646393-A) ditubuhkan bagi 
membantu anak-anak yatim, miskin serta anak terbiar.      Pada
masa ini pihak yayasan sedang menjalankan berbagai program bagi
mempertingkatkan kemudahan asas, peningkatan tahap pendidikan serta
pembangunan insan bagi beberapa buah rumah jagaan anak-anak yatim,
miskin serta anak terbiar di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.


     Rumah-rumah
tersebut
ialah Rumah Nurul Iman di Manjoi, Ipoh, Perak , Pondok
Penyayang Raudah, Gombak, Selangor,
Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Sri Sabah dan Rumah Jagaan Darul Qana'ah
Gombak, Kuala Lumpur, Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim, Flat Sri Sabah, KL
yang melibatkan lebih 300 orang anak-anak. Beberapa buah lagi rumah
jagaan juga sedang dalam
proses untuk dimasukkan didalam program sokongan Yayasan Pembangunan
Nur Hikmah.

   MELALUI MAYBANK
    Anda
dijemput menyalurkan sumbangan untuk anak-anak ini melalui Yayasan
Pembangunan Nur Hikmah. Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam 
akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030  , letakkan alamat email 
presi...@nurhikmah.org.my.     MELALUI CIMB ONLINE       Caranya ialah :      
1. Login ke https://www.cimbclicks.com.my/     2. Pilih Pay Bills     3. Pilih 
Akaun Anda (Payment From)     4. Pilih Payment To >> Payee List     5. Pilih 
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah     6. Masukkan Nama Anda (optional)     7. 
Masukkan Contact No. (optional)     8. Masukkan Jumlah     9. Tekan Submit      
   -------------------------------------------------------  YAYASAN PEMBANGUNAN 
NUR HIKMAH  No. Pendaftaran : 646393-A          No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,    
 Taman Mesra,     43000 Kajang,       Selangor Darul Ehsan.  Telefon : 
03-87332411
HOTLINE 24 JAM : 1700 800 020
Fax       : 03-87332967   Laman web : www.nurhikmah.org.my  EMAIL  : 
presi...@nurhikmah.org.my      Yahoo 
Group: http://groups.yahoo.com/group/nurhikmah/

        
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
     AMARAN :     Pihak
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah TIDAK PERNAH melantik mana-mana pihak
atau mengeluarkan surat kebenaran atau apa-apa surat rayuan kepada
pihak ketiga bagi memungut derma atas nama Yayasan Pembangunan Nur
Hikmah atau Khidmat Nur Hikmah. Sebarang sumbangan hendaklah dibuat
terus kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah samada melalui cek atau
secara online ke Akaun Maybank  564306010030.     Sebarang kemusykilan atau 
pertanyaan sila email kepada presi...@nurhikmah.org.my atau telefon 019-2144214 
(24 jam) .









      
__________________________________________________________________________________________
Yahoo! Toolbar is now powered with Free Anti-Virus and Anti-Adware Software.
Download Yahoo! Toolbar now!
http://malaysia.toolbar.yahoo.com/

Kirim email ke