Daripada Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : Bahawa pada suatu hari saya sedang 
berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu 
sabda baginda : ‘Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu 
beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara 
kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia 
berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. 
Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah 
bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu 
menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan 
dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka 
berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan 
mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas 
kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan.’

(Riwayat Tirmizi)

Kirim email ke