*Teknologi Niat Yang Diabaikan
*

Dalam Hadith 1 yang dikumpulkan oleh Imam Nawawi dalam Hadith 40, diletakkan
hadith berkaitan niat. "Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat ..."
Mengapa hadith ini diletakkan awal ? Sudah tentu kerana ia penting dan
sebahagian ulama menyatakan ia adalah 1/2 atau 1/3 daripada amalan. Sebesar
itu? Ya. Ia bukan sains picisan yang hanya dibaca sambil lalu. Tetapi niat
ialah satu teknologi yang penuh dengan seni untuk menjadikan seseorang itu
hebat dan ke hadapan.

Hadith ini sebenarnya ada kaitan dengan ayat Maaliki Yaum ad-Deen yang
dibacakan minimum 17 kali bagi seorang Muslim yang sedar fardhu solat boleh
membawa kepada kejayaan. Maaliki Yaum ad-Deen bermaksud 'Penguasa atau Raja
Hari Pembalasan'. Ia mengajar kita untk berfikir dan berpandangan jauh.
Apabila seseorang khusyuk dengan Maaliki Yaum Ad-Deen, ia akan membayangkan
hari akhirat sebagai tempat tujuan. Semua niatnya akan dialurkan kepada hari
akhirat.

Bagaimana niat dialurkan kepada hari akhirat? Perancangan strategiknya akan
menuju hari pembalasan. Kalau ada angan-angan, ia dijabarkan hingga ke
akhirat.

'Apa anda ingin jadi nanti?'
'Saya mahu masuk syurga'
'Selain itu?
'Lantas di dunia ini saya berniat untuk membina rumah anak yatim pada usia
40 tahun kerana ini salah satu bukti saya ingin masuk syurga dengan izin
Allah. Tidak mungkin saya masuk syurga kalau saya tidak berniat besar-besar
meninggalkan legasi di atas muka bumi ini. Moga Allah beri saya kekuatan dan
mengabulkan niat saya ini.'
'Kalau awak tak sempat sampai hidup 40 tahun?'
'Saya sudah berniat. Saya sedang berusaha. Allah sudah membalas niat saya
Insya-Allah. Kalau tiada niat dan perancangan dari sekarang, tiada balasan
untuk individu tersebut'
'Oh..niat bukan untuk sesuatu yang immediate seperti nak solat, puasa, dsb?'
'Itu niat yang sempit pemahamannya. Tengoklah niat solat Nabi Ibrahim
sebagai khalifah Allah. Dia berniat dan berdoa bukan untuk solatnya sendiri
sahaja. Tetapi berniat untuk solat anak cucunya yang tidak nampak lagi pada
waktu itu. Khalifah perlu berniat begitu'
'Baiklah..saya perlu berniat besar selepas ini'.

Moga kita menjadi individu yang beramal dengan teknologi niat dengan baik.

*Artikel ini ialah sebahagian kandungan program Build Your Legacy pada 30-31
Jan 2010. Info lanjut boleh dilayari di sini
http://www.masterpies.com/course/programs-offered/casic-training *

Kirim email ke